Kawan - kawan

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Pengalaman berdiet


Zaman anak dares, memang suka berdiet sebab berat aku paling max pernah 58 kg .
Sebab aku tinggi tak ada orang nak perasan pun . Sendiri yang tahukan .
Konon kononnya tak ambil nasik langsung, banyakkan makan sayur and makan lauk .
Korang pernah buat camtu tak ? Tapi makan coklat and jajan jugak .
Masa tu tak pernah aware pasal nutrition .
So walaupun tak ambil nasik tapi berat tetap tak boleh turun walaupun mencuba sungguh sungguh.

Zaman masuk you , lagilah aku diet . Masa boyfriend aku jumpa aku , memang tak tau nak cakap apa . Paha besar, punggung pun besar , kalau pergi jalan jalan dia nak belikan baju, size 32 seluar tak pernah muat , Malu tak kalau jadi aku ?
Sampai aku naik segan. So aku berusaha untuk berdiet dan exercise. Jogging tepi sungai, makan pun kontrol.
Turun la satu dua kilo . Itu pun still tak cukup . Sebab aku still rasa aku gemuk. Tapi masa noi seluar dah boleh pakai 30 kg . Masa ni aku belajar, berat tak memainkan peranan penting . Yang penting dapat bentuk badan . But still aku berkira apa yang patut masuk dalam perut aku .
Target aku masa ni untuk dapat perut yang cantik .

Aku pergi gym, pergi swimming. Berat tak turun tapi badan ada bentuk compare dengan dulu dulu .
Then masa 3rd year , aku nekad sebab masa tu aku nak kawen, so mestilah nak diet gila gila kan .
Aku bulan pose pun aku boleh pergu gym pagi petang, makan biskut empat segi , minum kopi , avoid nasi. Korang boleh bayangkan tak ?
Berat aku adalah 45 kg okay ? Korang pernah turun mendadak  ?
Masa nilah berat aku 45 kg within 3 months. Banyakk tak turun ?
Then right after graduation photo, keluar rashes kat leher aku . Aku ingat aku allergic . Bila tanya doktor , itu shingles atau kayap.
Doktor pelik kenapa muda muda lagi aku dah ada kayap.
Soal punya soal, rupanya aku dah teroverdo. Terover exercise . So otak kata ok untuk exercise, tapi badan aku dah tak boleh tampung lagi .
So doktor admit aku untuk further treatment.
Sakitnyer tak boleh nak cakaplah . Dengan dehidrated lagi .
2 minggu kat spital . Luckily waktu tu midterm exam baru lepas.
Nasib aku baik tau . Kalau tak extend ler jawabnyer.

So right after that , aku lupakan pasal diet . Fokus pada kesihatan . Balance nutrition dan exercise.
Back to normal life .

Bila dah kawen , aku baru sedar , apa kita makan kita boleh balancekan dengan aktiviti harian .
Berat aku before kawen 56 kg then 55 kg then 54kg , beranak naik sampai 62 kg, lepas pantang 55kg , breastfeed 49 kg walaupun aku makan banyak mana pun pergi ke susu. Sampai sekarang dan aku dah mampu untuk balance makanan dan aktiviti harian .

Banyak yang aku belajar untuk dapat berat yang ideal

Tips 1
Jangan putus asa.

Tips 2
Balance makan dan diet

Tips 3
Breastfeed pun cara nak kuruskan badan

Tips 4
Tell everyone you all diet supaya mereka akan support usaha anda

Tips 5
Amalkan cara masakan yang sihat, grill , rebus , ulam ulaman

Tips 6
Kurangkan minum ais

Tips 7
Banyak minum air

Tips 8
Avoid junk food sebab mempunyai gula dan garam yang tinggi

Tips 9
Jangan overdo . Biar lambat tapi selamat . Insaff  betul .

Tips 10
Diet diet juga, tapi mesti bertenaga. Kalau tak larat buat kerja rumah tak guna berdiet .

Tips 11
Enjoy your exercise, enjoy your activity

Tips 12
Swimming membakar lemak yang lebih cepat dan mengurangkan impak

Tips 13
Kalau bosan sorang sorang ajak kawan kawan

Tips 14
Warm up sebelum exercise

Tips 15
Timbang sebulan sekali , jangan selalu , kadang kadang berat tak turun tu sebab dia build muscle

Tips 16
Makan dengan kerap dan jangan biarkan perut kosong sebab nanti possibility nak makan lebih banyak adalah tinggi

Sharing is Caring




Tuesday, November 22, 2011

Dugaan ketika berdiet


1.  Makanan di depan mata
Confuse nak tolak ke nak makan ? Padahal favorite food. Telan air liur lak gamaknya .
Kalau masak, confirm rasa macam nak makan nasi dua tiga pinggan .
Makan seciput jer buat rasa.
     
2.  Cake coklat yang sedap
Waktu ni lah teringin nak makan  manisan . Cake chocolate, I like .
Divertkan nafsu makan buah buahan jer la .
   
3.  Cerita kat tv lebih menarik daripada bersukan
Tak tahu nak pilih yang mana satu . Ikutkan hati lebih baik bergolek depan tv sambil tengok Tentang Dhia. Daripada duduk mengeluarkan peluh . Dugaan betul .

4.  Burger vs Roti
Mana yang lenih menyelerakan ? dua dua tak besh . Tapi sebab malas nak masak , pilih burger la kan . Kita pun tahu, kalau masak kat rumah boleh control kalori intake kita . Kita tahu apa yang kita taruk dalam makanan. Minyak apa yang kita guna . Kalau kat kedai , mesti pakai minyak yang dah guna buat goreng ayam ke ikan . Diorang nak cut cost , tapi kesihatan tak dipentingkan . uhuhu .

 

Monday, November 14, 2011

Diet Tips 1 : No junkfood

Yeay berjaya .....avoid junkfood.
Junkfood ni bila masuk badan waste aje.
Karbohidrat, lemak , garam, gula .
Kalaori tinggi. Cholestrol pun manyak wooo.
Memang sedap tapi tak baik untuk badan .
Tifa berjaya avoid makan junkfood.
So rasa perubahan sikitlah.
Lagipun makan junkfood boleh naik badan .
Hari tu tak control itulah jadinya.
Dah lemak ada kat badan .
Tak suka lemak lebih.
Rasa macam tak berkeyakinan aje .
Hopefully after 1 month avoid junkfood, Tifa boleh turun balik .
Meals tak bole tinggal tinggal.
Mana nak dapat energy kan .
Okay. Nanti Tifa cerita apa yang Tifa buat lagi ye :)

Friday, November 11, 2011

Naik 2 kg hokey !!!

Sedar tak sedar sudah naik dua kilo .
Kalau orang kata 2 kilo ajer. Tak banyak dan effect pun .
Itu tak betul tu . Baik kita selamatkan sebelum lemak menjadi tepu dan sangat degil .
Waktu tu lagi susah nak loose weight .
Itu pun salah sendiri, makan tak sedar diri lepas tu malas nak
exercise. Padanlah muka tu .

Tifa tahu sebab kenapa berat badan naik .

1. Minum air manis
2. Terove makan nasi. Dua kali tambah okay lagi , ni tak bertambah tambah . Lepas tu tidur.
Lemak pun sukalah kat kita
3. Kurang minum air, so toksin badan banyaklah kan ?
4. Tak exercise, peluh tak keluar.
5. Stress, menyebabkan homon tak stabil dan sebab tu aku makan jajan.
     Ahahahah . Alasan kan :)

Mesti, wajib turun.Nak stay healthy . Cantik tu  nombo dua sebab cantik tu tak kekal.

Plan nak kurus.
Let's workout. Tak ada shortcut
Lepas tu eat healthy.
Live healthy.
Reduce comfort food. Bye bye cekelat buat sementara. No soda. No cakes.Uhuhu my favorite yummy food.
Release stress
Alwiz get sweat. Suka atilah nak buat apa .
Cukup tidur.

11.11.11 is a great start kan :)

Monday, September 19, 2011

Personaliti diri

Semua wanita mahu kelihatan cantik luar dan dalam. Macam confident jer kalau nampak cantik. Ada yang sanggup berbelanja lebih untuk nampak cantik. Banyak kaedah yang digunakan secara saintifik atau kaedah alternatif. Semua pun bertujuan untuk nampak cantik dan anggun.Yang penting be your self. Jangan pura pura. At the end of the day, orang akan tahu siapa diri kita.
Pakaian
Pakaian perlu sesuai dengan bentuk badan. Tak semestinya pakaian tu mesti mahal. Yang gemuk tak semestinya tak boleh melawa. Kalau kena gaya mereka nampak lebih anggun dan menonjol.kalau tifa, walaupun baju murah, kalau kena gaya, nampak menarik sangat. Less is more pun macam sesuai dengan jiwa tifa. Suka baju kosong. Senang nak mix and match. Masa mengandung pula, tifa kebih suka pakai baju yang boleh pakai lagi ketika lepas bersalin. Tak lah membazir. Boleh pakai lagi.
Make up
Jarang memakai make up. Lebih suka natural beauty. Waktu biasa lip gloss and compact powder sudah cukup. Kalau jalan dengan hubby baru pakai make up. itu pun x berapa tebal. Make it simple. Lagipun tifa concern more on skin care.jenis make up, mix. Mana tifa suka, tifa akan pakai. Ikut pada kulit yang sangat sensitif. Luv elianto, sking food, misha, lancome , dior. Suka baca review. Mana menarik pasti nak cuba. Depend on budget. Kalau budget tak ada , kumpul duit dulu.
Skin care
Macam maca cuba, dari dulu sampa sekarang. Za, st ives, za, clarinss, cliniqur, loreal dan yang paling lama adalah decleor. kulit tifa sensitif.so pakai pun yang boleh ngam dengan kulit sensitif ni esoecially bedak sejuk ok. Thats why better bogelkan aje kulit muka ni. Biar tak pakai make up daripada terseksa melihat jerawat.nantilah bila ada masa buat review pasal product product ni.
Food
Memang sedar makanan memainkan. Makan makanan kurang berminya, banyakkan sayur dan ulam - ulaman .

Tuesday, August 23, 2011

Tenkyu !! Ramadhan telah menghilangkan perut buncitku.


Yeee Haaa…….
Perut Tifa yang sebelum puasa buncit sudah kempis ….kesan daripada makan tahap Gaban.
Bulan Ramadhan telah menyedarkan Tifa untuk makan berpada pada .
Bulan biasa makan tak ingat kiri kanan.
My hubby pun berat badan dah turun . Walaupun Tifa tak ikat pun perut dia.
Terasa perbezaannya.
Seluar lama my hubby semua dah muat .
Baju kerja pun dah muat balik .
Tak yah membazir. Tak yah pergi slimming centre .
Hari tu beria ria nak pergi tapi simpan dahulu dalam hati.
Lagipun nafsu nak makan bulan puasa ni tak lah beria sangat .
Sebelum berbuka memanglah.Dah berbuka tiada nafsu.

Masa bulan puasa makan tak adalah  nak tahan tahan .
Lagipun kami makan kat rumah , boleh tahu berapa banyak kalori yang kami ambil.
Tapi Tifa nampak bulan puasa ni makan ikut time ikut waktu .
Walaupun makan nasi, tapi berat badan dah okey balik .
Gembira nak pakai baju raya ni.
Tak sabar betul .

Walaupun begitu , untuk mengelakkan daripada berat badan naik balik,
Daripada beli perabot untuk raya , Tifa telah membeli  basikal yang tak  boleh bergerak.
Kayuhlah macam mana pun , still tak boleh nak gerak .
My hubby cakap “orang raya beli furniture, dia beli alat exercise”
Senyum ajerlah. Kenang  fikir jauh ke depan . Ingat orang tersayang .
Hadiah for my hubby yang selalu nak bagi macam macam alasan untuk tidak exercise.
Tanda saying katakana.
Chayyok semogai  berat maintain walaupun dah cecah umur 3 series nanti . Amin.

Friday, July 1, 2011

Tip mau kurus...

Semua orang mau kurus....
Rasa sudah gemuk plak hai.
Mana taknya sedap makan , kerja rumah tak buat. Ada orang tolong buatkan. Till this week sahaja jadi queen .
Next week start balik dengan rutin biasa.
So no worry but stilk have to control.
Muka pun sudah naik tembam.
Kalau boleh, makan lebih untuk permulaan harj iaitu breakfast. Untuk tambah tenaga dan juga untuk membakar kalori. Hai lemak, tolonglah terbakar dengan senangnya. Lemak tifa degil sikit.
Makan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit. Orang kata makan kerap dapat elak kita makan banyak. Untuk alas perut.
Minum banyak air. Tanya la mana mana orang pun, mesti surub minum air banyak banyak. 8 gelas tu tak masuk air manis.
Nak snack pula better to tak sayur , buah ke ... Low calorie. Jajan tu bukan snack yang sihat. Reminder ni.
Jangan sekali kali ambil slimming pil ke laksatif ke untuk dapatkan result yang cepat. Takut sakit lain yang dapat nanti. Tak sian ke kat badan . Long term kita tak tau kan....
Exercise.... Key word yang bagussss....bakar lemak dan jey kepada weight loss. Tak ada jalan singkat untuk kurus.
Dont give up jalau berat tak turun. Yang penting sabar dan usaha lagi. Kalau bersalin tu jangan expect boleh turun dalam masa yang cepat. Depend pada orang. Makan untuk 9 bulan nak turun salam sebulan. Memang tak logik pun . Fikir fikirkanlah....
Lol
Tifa yang caring

Monday, February 22, 2010

Saya banyak makan .....macam mana nak control ni


Aktiviti makan ku menjadi jadi.
Pantang ada free time sikit, mesti nak cari benda nak kunyah ...
Semuanya nampak sedap.
Dah makan breakfast , nak snack pula, dah makan snack , pastu lunch, then minum petang and malam.
Bila la nak berhenti ni.
Tengah tekad ni nak kurangkan makan especially makan nasi.
Tapi,bila nampak nasi mulalah cair.
Macam nak makan.
Akhirnya ibu kalah.
Ada tips tak ? Risau juga ni...
Makan ikut mulut memang sesedap rasa, takut penyakit lain pula yang datang.
Anyone nak share...?

Sunday, February 7, 2010

Makan nasi tak boleh ke ?

Isu ni selalu orang tanya..
Kalau diet kita tak boleh makan nasi ye?
Ibu confuse?
Kadang kadang ada orang tak makan nasi pun naik badan juga.
Sebab mereka lebih terdorong kepada junk food dan sebagainya yang lebih tunggi karbohidrat.
Itu yang menjadi peroalan di dalam kepala ibu .
Kalau ibu tak makan nasi, sampai terketar ketar kaki sampai tak boleh buat apa apa.
Ada tak yang boleh bagi penjelasan? 
So , patut ibu tak makan nasi ke untuk berdiet ? 
Any comment ?

Thursday, January 14, 2010

Mari melawan lemak dengan breakfast

Oh lemak mengapakah ko degil ? Susah betul nak buang lemak ni .
Tapi ada cara nya tanpa kita sedari. He he he ..Nanti ko lemak .
Oatmeal or bran cereal boleh membakar lemak dengan lebih lagi ...Bukan lemak je , colestrol pun diserapnya juga. Tak ke bagus tu . Buat kerja dua dalam satu .

Sebenarnya oatmeal adalah makanan yang mempunyai GI yang rendah (low-glycemic-index (GI) meal)

Makanan yang mepunyai GI yang rendah ialah
Rice
Basmati, long grain brown rice, Uncle Ben's Converted long grain

Pasta
Most types are fine

Couscous
Served like rice

Noodles
Dried thin egg noodles

Beans (Canned or Dry)
Garbanzo beans, haricot, kidney, lima, pinto, soybeans

Lentils
Any type

Dried Fruits
Apricots, berries, figs, prunes

Frozen Fruits
Any type, but berries are particularly good

Nuts
Peanuts, walnuts, Brazils

Canned Fish (in Water)
Tuna, sardines, mackerel, salmon

Canned Vegetables (for Quick Use)
Asparagus, beans, carrots, mushrooms, peas

Frozen Vegetables
Beans, broccoli, cauliflower, corn, peas, spinach

Oils
Olive oil, canola, flaxseed, wheatgerm

Condiments
Lemon juice, soy, chili sauce

Dairy



Hope this info will help you

GI is all about quality of the carbo not the quantity . Ingat tu.

Monday, January 11, 2010

Diet Tips : Sebab sebab untuk kurus

1. Untuk dapatkan badan yang fit -senang nak pakai baju . Boleh pilih apa- apa baju yang kita mahu . Kalau dulu tifa beli baju yang bersize lebih kecil daripada baju yang ada. So ia akan motivate diri kita untuk menuruskan badan dan dapat memakai baju yang diidam idamkan . Tak sangka it's works.

2. Untuk elakkan masalah kesihatan - Ini memang patut. Orang kata penyakit semua datangnya daripada perut kita.Kalau makan banyak sangat makanan yang berminyak sangat kuatlah badan kita bekerja untuk memproses segala kekotoran yang ada di dalam badan . Sangatlah kasihan pada badan yang perlu bekerja keras.

3. Meningkatkan keyakinan . Memang betul pun . Bila kita mempunya tubuh badan yang sihat dan cantik . Dengan sendirinya kita akan mempunyai keyakinan yang tinggi .

Thursday, January 7, 2010

French woman don't get fat

source : sini

Malam tadi ibu tengok satu dokumentari ni . Mengisahkan pasal diet perempuan Perancis . Mengapa mereka boleh kurus ? Kita bukan main susah untuk kurus . Mereka boleh senang senang kurus. Jeles nya saya .
Ibu ada juga ternampak buku buku kat kedai mengenai diet mereka . Tapi tak terfikir pun nak baca . Kat otak ni memang belum ada jawapannya . So semalam segala persoalan terjawab .
Cuba teka apa sebabnya mereka kurus?

jawapannya adalah
source: sini
Air.

Mereka minum banyak air . Lebih kurang 3 liter dan ke mana mana mereka pergi mereka akan membawa air . Mereka x malu pun membawa botol yang besar besar . All is about drinking water . Kita pun tahu air akan membuang kekotoran badan . Kita pun tahu tu .
Tapi kita tak buat , okay .
It's all about habit .

Macam mana mereka tanamkan habit ?
Sejak dari kecil lagi . Mereka akan menanamkan habit itu kepnak anak dada aan inform anak dia soda adalah tidak baik . Buat apa apapun dia akan suruh anak dia minum air. It's works.
Buktinya, dia bagi anaknya dua gelas. Satu air kosong dan satu air soda. Yang terkejutnya budak itu pilih air kosong . So ibu bapa memang memainkan peranan yang penting .

sATU LAGI . sNACK .
sNACK MEREka adalah buah . Bukannya kek dan makanan makanan lain yang manis. Dia akan bagi buah buahan dahulu dan after that kalau lapar lagi baru bagi makan kek . Itulah sebenarnya .
Habit /Tabiat

Exercise. Mereka exercise di mana mana termasuk semasa bekerja. Rupanya pergerakan adalah satu exercise.

Kesimpulannya yang saya dapat di sini adalah jadikanlah minum air, exercise and snack yang berkhasiat itu sebagai
habit
.


Thursday, December 31, 2009

Tips untuk terus berdiet ( Azam Baru )

Salah satu azam baru ni . Untuk berdiet memang mudah . Bila badan dah turun kita kena tahu apa yang boleh mengekalkan diet kita tu . Kalau tak alamatnya beryoyo lah kita .

1. Jadikan doktor teman baik anda

Bukannya apa doktor adalah orang yang tahu akan nutrien yang diperlukan oleh badan dan risk risk yang ada jika melakukan sesuatu perkara. Dia akan menentukan berapa kilo yang perlu kita turun dan diet jenis apa yang sesuai untuk kita .

2. Buat diari makanan

Ceritakan apa yang kita ambil setiap hari .Daripada pagi sampai petang . So that kalau kita makan benda benda yang tak tentu tu . Insyaallah keesokan harinya kita akan cuba improve . X percaya cubalah . Dalam masa yang sama kita akan mengetahui pengambilan kalori kita . Untuk orang biasa average pengambilan kalori ialah 2000 kalori manakala untuk yang berdiet , 1750 for man and 1500 for woman . Ini adalah satu cara yang baik untuk mengubah eating habit kita daripada makan junk food kepada makan makanan yang berkhasiat . Kalau boleh pilih makanan yang low fat ye...n ambil buah buahan sebagai snack . Kalau tak pun kat internet banyak resepi untuk low fat .

3. Pilih plan pemakanan yang sesuai dengan lifestyle kita.

Tidak semestinya berdiet itu makanan makanan yang tidak sedap okay . Salah tu .Walaupun kita berdiet kita boleh makan 3 meal and 2 kali snack okay . Jangan tinggal breakfast okay . Breakfast yang paling penting dalam banyak banyak meal. Untuk memulakan hari mesti ada energy ok . Kalau breakfast pembakaran kalori adalah lebih cepat . Ini memang saya amalkan . So saya bertenaga sepanjang hari balik umah jaga anak lagi ko n buat kerja rumah .

4. Berhenti membeli dan memasak junkfood.

Kalau tak beli for sure tak makan . Betul tak ??

Ini sumer dah tahu kan . Apa lagi mulakan dari sekarang . Maksudnya no cookies, cakes, donut , biskut, ice-cream, fast food and macam macsm lagilah . X de khasiat. Anak anak pun x perlukan je. Sekali sekala ok la . Tapi jangan selalu . Lagipun kita pun manusia kan . Nak merasai nikmat dunia. Bila kita makan makanan berkhasiat , dah tentu anak anak akn follow. Habit yang baik apa...

4. Kawal portion makanan.
Jangan makan depan tv ( Tapi saya buat ihihi ) Kerana kita akan mengabaikan berapa banyak makanan yang masuk di dalam perut ini . Gunakan pinggan yang kecil . Ini sumer psychology ok. Banyak membantu tau . Saya dah cuba . Bila dah abis dalam pinggan tu, saya rasa macam dah full. Orang kata makan banyak kali dalam portion yang kecil lagi baik daripda makan dalam jumlah yang banyak .

5. Berjalan

BERJALAN lah dengan orang tersayang . Start dengan 15 minit dulu then tambah masa sedikit sedikit. Ini juga baik untuk spend quality time with orang tersayang. Dan kita mengajak mereka menjaga kesihatan juga. Macam saya , saya jalan kat shopping complex . Sejak dahulu lagi . Lenguh juga. Tapi lama lama dah biasa. Exercise juga kan ??


6. Raikan kejayaan kecil anda itu .

Penting untuk permulaan diet anda .Raikan dengan yang tersayang. Bila celebrate jangan lupa pilih makanan berkhasiat . Kita memerlukan sokongan untuk melakukan perubahan drastik .

Berdiet dengan cara yang menyeronokkan lebih baik daripada kita dibayangi stress. Tanpa kita sedari berat badan dah turun, tambah lagi kita heppi!!!!
Selamat berjaya

Wednesday, December 30, 2009

Food yang boleh membakar lemak .....betul ke ??

Kadang kadang kita tak sedar kita sudah mengambil makanan itu . tAPI PENGAMBILAN MESTILAH MODERATE . Kalau kurang pun x boleh n kalau terover pun memang tak boleh jugak . So apa yang terbaik adalah mengambil secara moderate.

1. Buah buahan yang kaya dengan Vit c
....ooo macam tu ka ...tak tahu pun main makan aje . Orange , Lemon dan berbagai lagi . You name it . Kita biasa tau makan buah bagus dan baik untuk badan . Itu aje.

2. Apple
Patut la ada pepatah " An apple a day keeps the doctor away ".Lamanya x makan apple. Yummy

3. Makan makanan yang boleh membaka lemak + EXERCISE = meningkatkan
metabolisme.
Kalau setakat makan pastu dok tido aje x berkesan jugak. :)

4. Food that contains calcium
susu , cheese yogurt i like.....Tapi kalau calcium supplement tak berkesan tau . Tifa memang mengamalkan minum susu pada waktu malam . Pagi pun minum jugak .

5. Kekacang - ooo ye ke .Saya tak tau . Tapi ambil moderate la ...jangan makan i kg kacang pulak ye...I love almond and peanut butter.

6. Cili /paparika - Keberkesanannya adalah selepas 20 minit anda memakan cili ye . Ia dikenali sebagai termogenic food .

7. Lentils

8. Asparagus

9. Brokoli

10. Carrot

11. Soya Bean

12. Blue berry

13. watermelon

14. Green tea.

DAN BANYAK LAGI ...

Kalau nak tau lebih detail tengok kat sini . Just nak share apa yang saya baca sahaja. Saya suka mengorek artikel mengenai diet dan workout . Seronok tau . Nanti Tifa share lagi . Banyak nak share tapi belum sempat . Tifa review mana yang patut aje. Kerana Tifa tau kalau terlalu padat susah nak summarize nanti .

Tuesday, December 29, 2009

Nak kurus simple aje.....

Masa ku gumuks 58 kg .....2004


Saya tidak percayakan ubat ubatan untuk Menguruskan badan .
Sangat la memudaratkan kalau ubat tu tak sesuai dengan kita (Based pada pengalaman sendiri )

Apa yang penting adalah disiplin .
Untuk kurus, setiap hari kita perlulah membakar kalori lebih daripada apa yang diambil . Barulah aktiviti menguruskan badan itu berkesan. Dan mesti dan wajib untuk istiqamah ye,

Senaman yang konsisten dan pengambilan makanan mengikut kalori yang dibenarkan adalah kunci kejayaan menguruskan badan .
Kira BMI anda . Tengok kat sini

If there is a will there's a way .Saya pegang pada prinsip itu.

Pengurusan stress pun penting juga. Stress menyebabkan kita nak makan makanan rapu macam coklat ke , benda benda manis seperti cake dan sebagainya. Kurangkan atau try to avoid makanan berminyak. Makan moderate sangat bagus. Kurangkan pengambilan nasi. Ikut portion yang betul. Makan nasi tu boleh bukan tak boleh tapi berpada pada. Tukar cara memasak kepada bakar, grill, stim rebus .Kadang kadang kita rasa tak lalu . Lama kelamaan kita akan get used.

Minum air dengan cukup . Sekurang kurangnya 8 gelas air okay .Ada orang kata perut akan buncit .Tapi sebenarnya silap . Air itu akan mengeluarkan segala toksin badan melalui perpeluhan dan perkumuhan. Ingat !!!Air manis tidak termasuk dalam pengiraan 8 gelas air ye. Jangan tersilap itu.

Buat jadual pemakanan dan exercise - Bila kita dah ada itu semua , kita mesti follow tau .
Kalau exercise tu buat perlahan lahan . Ikut kata badan . Memang mula mul apenat tapi bila dah get used , okay la tuh . Aktif kan diri jangan duduk aje. Bila duduk duduk la rasa nak makan aje.

Dan beritahu orang yang anda sedang berdiet .Bukan nak menunjuk tapi kita perlu follow apa yang kita plan . Insyaallah kawan kawan dan orang tersayang yang supportive akan memahami kita. Niat untuk kesihatan supaya mudah untuk beribadah insyaallah berjaya.


Click click Nuffnang