Kawan - kawan

Tuesday, December 29, 2009

Nak kurus simple aje.....

Masa ku gumuks 58 kg .....2004


Saya tidak percayakan ubat ubatan untuk Menguruskan badan .
Sangat la memudaratkan kalau ubat tu tak sesuai dengan kita (Based pada pengalaman sendiri )

Apa yang penting adalah disiplin .
Untuk kurus, setiap hari kita perlulah membakar kalori lebih daripada apa yang diambil . Barulah aktiviti menguruskan badan itu berkesan. Dan mesti dan wajib untuk istiqamah ye,

Senaman yang konsisten dan pengambilan makanan mengikut kalori yang dibenarkan adalah kunci kejayaan menguruskan badan .
Kira BMI anda . Tengok kat sini

If there is a will there's a way .Saya pegang pada prinsip itu.

Pengurusan stress pun penting juga. Stress menyebabkan kita nak makan makanan rapu macam coklat ke , benda benda manis seperti cake dan sebagainya. Kurangkan atau try to avoid makanan berminyak. Makan moderate sangat bagus. Kurangkan pengambilan nasi. Ikut portion yang betul. Makan nasi tu boleh bukan tak boleh tapi berpada pada. Tukar cara memasak kepada bakar, grill, stim rebus .Kadang kadang kita rasa tak lalu . Lama kelamaan kita akan get used.

Minum air dengan cukup . Sekurang kurangnya 8 gelas air okay .Ada orang kata perut akan buncit .Tapi sebenarnya silap . Air itu akan mengeluarkan segala toksin badan melalui perpeluhan dan perkumuhan. Ingat !!!Air manis tidak termasuk dalam pengiraan 8 gelas air ye. Jangan tersilap itu.

Buat jadual pemakanan dan exercise - Bila kita dah ada itu semua , kita mesti follow tau .
Kalau exercise tu buat perlahan lahan . Ikut kata badan . Memang mula mul apenat tapi bila dah get used , okay la tuh . Aktif kan diri jangan duduk aje. Bila duduk duduk la rasa nak makan aje.

Dan beritahu orang yang anda sedang berdiet .Bukan nak menunjuk tapi kita perlu follow apa yang kita plan . Insyaallah kawan kawan dan orang tersayang yang supportive akan memahami kita. Niat untuk kesihatan supaya mudah untuk beribadah insyaallah berjaya.


3 comments:

ankowada said...

waaaaaaaaaaaa bagus tips ni..aku ni pun dah lame berdiet ni..asik malassssssssssssssss je.thnx tifa! aku nk try~

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhU..nice entry..
sesuai buat bacaan seisi famili ;)

Cik Lily Putih said...

Salam Ziarah,

Skrg nie dlm process kecikkan pinggang. Thks for the tips tau.

Click click Nuffnang