Kawan - kawan

Wednesday, August 13, 2014

TLJ Empire Subang

TLJ. Dah lama buka di Malaysia baru la ni Tifa nak jenguk. First time makan masa di Korea dulu.
Tifa ada dengar TLJ ni ada di Bangsar dan Bukit Bintang. Jauh la hai dari Shah Alam. So bila dah buka di Empire cepat cepat ajak hubby.
Coffee latte dia memang sedap. Tiramisu pun sedap. Pelbagai aneka roti yang memang Tifa idam idamkan. Tifa suruh hubby komen dulu. Dia cakap sedap compare to xxxx kedai roti. Itu pun yang TIfa nak dengar. Sebab hubby bab makan dia fussy sikit. The next day dia dok teringat nak ajak pi beli roti kat sini.

Jangan lupa try castella. Dulu kalau nak malan TLJ Tifa order pada colleague yang nak balik ke Korea. Masa dia datang Malaysia suruh depa bawak balik.

Cubala try kalau korang jenis yang sukak makan kek, roty dan pastry.. Dan juga coffee lover. Nyam nyam

Monday, August 11, 2014

Hantu durian

Sementara musim durian ni kalau tak pekena durian memang tak sah. Ada yang tak suka bau durian. 
Sekarang macam macam jenis durian ada dipasaran. Dari yang murah kepada yang mahal.
Tifa tak melepaskan peluang merasa. 
Hubby yang dulu tak suka durian sekarang dah pandai makan pun.
Tapi Farhan sua la macam mana pun,memang tak makan durian fresh. 
Yang pekik nya gulaj tempoyak ikan patin makan pula. Siap dihirup kuahnya. 

Kelmarin, Tifa sampai rumah ada bungkusan atas meja. Ingatkan apa rupanya ada dua bekas berisi durian. Isi jer tau. 

Tanya hubby mana dapat? Rupanya dia dengan kawan baiknya turun Bentong semata mata nak pekena musang king. Nasib baik bungkus bawak balik untun wife masjing masing .
Terharu sekejap hik hik. Nasib baik jngat bini.
Kalau Tifa tak ada nya nak turun Bentong semata dek pekena durian. 
Ni mesti sebab pekena kes makan durian kena tipu ni. 
Kalau banyak durian tu jangan lupa jemput ya sebab i hantu durian :) 




Susu ibu oh susu ibu

Seperti yang semua tahu , susu ibu tu susu terbaik untuk anak anak .
Kalau mak Tifa tengok , apahal anak dia dok busy bawak pam ke sana ke mari .
Dia kata dia dulu bagi Tifa susu Dumex je kot . 
Lepas di ceritakan dengan panjang lebar barulah dia nak faham .
Kalau nak kata penat memang penat, tapi bila tengok muka anak senyum kat kita , sanggup tunggu ibu balik nak menyusu, semua kepenatan tu hilang . 

Breastfeeding journey anak kedua agak tenang sebab dah bersedia dari awal .Suami pun lebih memahami .

1. Niat dari masa baby dalam kandungan
2. Fokus aktiviti mengepam dalam pantang .
3.Buat jadual mengepam - supply vs demand
4. Jaga kesihatan diri
5. Kurangkan stress
6. Bersedia dengan stok, untuk masa kecemasan, i.e sakit, bulan puasa, period
7. Mendapat sokongan keluarga

 Faedah faedah menyusu

1. Senang nak kurus - ini memang terbukti
2. Family planning - sampai 6 bulan je lepas tu kena cari jalan lain
3. Bonding dengan anak
4. Jimat duit nak beli susu
5. Kurang barang nak bawa bila berjalan
6. Kurang terjadinya alergik
7. Pasal anak bijak tu sebernarnya bergantung pada didikan ibu bapa. Cuma artikel tu bolehlah menguatkan semangat kita untuk teruskan menyusu sampai dua tahun untuk memberikan yang terbaik pasa anak anak . 

Chayok . Kuantiti susu tak penting yang penting usaha memberikan yang terbaik .



Click click Nuffnang