Kawan - kawan

Tuesday, October 12, 2010

Gather info pasal Cloth diapers

Dulu –dulu asyik dok dengar orang bercerita pasal CD ni .

Tapi Tifa tak ambil pusing pun . Sekarang Tifa nak cuba berjinak-jinak nak tau pasal CD ni dari A sampai ke Z.

Kalau siapa besa masuk blog Hanz, you all memang tau betapa tegarnya dia dengan tema go green nya .

Daripada anak –anak sampai ke dirinya sendiri.

 

Banyak sangat brand kat pasaran . Sampai Tifa pun rambang mata .Rupa-rupanya bukan shopping baju je rambang mata .

Shopping cd pun rambang mata juga.

Design yang so cute tak ingat .

Tifa baru je cerita pada my hubby .

Boleh ke nak pakai cd ni ? Dulu Tifa dok focus on pam mengepam ni . Dah pam mengepam ni tak berapa tegar , so Tifa nak try pula benda baru ni.

Long term amat menjimatkan . Kalau ada anak 6 pun stil boleh pakai lagi .

 

Sekarang persoalan yang ada dalam kepala sampai terteleng teleng :

 

1.       Brand mana yang ok ? Dari segi harga dan quality . Itu semua perlu dipertimbangkan . Sebelum nak tadah mintak budget to Ministry of Finance.( en hubby le)

2.       Macam mana nak jaga all the cd supaya tahan lama dan llebih absorb . Tifa dengar ada cara-caranya tapi tak tahu lebih detail sangat .

3.       Berapa banyak nak beli ni untuk pusing pusing dalam satu minggu ?

4.       Apa kelebihannya berbanding diapers biasa ? Ada banyak yang Tifa tahu jimat dan boleh selamatkan alam J

5.       Banyak lagi …

6.        

Kita tengok nanti lepas study pasal cd ni dapat tak all the info.

Wish me luck ok?

Tak sabar nak pakaikan Farhan dengan CD yang ada design moo moo tu J

Mungkin you all boleh share your info dengan Tifa J

3 comments:

tukang karut said...

loh...mati2 aku ingat cmpact disc.bkn ker?

tifa said...

ahahah ...alamak ye ke ..tukar tajuk la macam ni :)

kaklong nuzula said...

Salam singgah n salam perkenalan.. Oo duk cari info psl cd ke.. Saya dah setahun berCD, alhamdulillah seronok. Anak ok, kita pun jimat.. Boleh baca psl cd di blog sy, tips beli cd pun ada..

http://happy-clothdiapering.blogspot.com

Yg penting, jgn beli byk terus satu2 brand tu. Try dulu yg mana ok dgn baby. So far byk demand utk cd minky. Kalau ada apa2 boleh tanya saya.

Click click Nuffnang