Kawan - kawan

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Korang suka cermin mata hitam yang macam mana ?

Bila dah lama tak blog rasa gian pulak nak berblog .
Idea pun datang .
Spek mata hitam ni dah empat tahun umur dia .
Dah bercalar balar dah .
Tapi aku sayang sangat kat dia .
Sebab dia jaga mata aku masa drive .
Apa ciri ciri cermin mata yang aku cari ?
1. Protect mata 
Ini memang paling penting .Korang tau tak , yang korang beli RM 10/20 tu boleh merosakkan mata .
Please beware . Mata nak pakai lama. Yang penting mesti ada UV protection .
Aku suka Serengeti sebab dia dicipta untuk pemanduan .
Dengan kata lain dia menjaga mata .
Compare tu yang ada brand , diorang pentingkan design , penjagaan mata kurang .
Dulu aku memang suka spek yang berbrand bagai tu , tapi bila dah ada kesedaran, i will choose the one yang ada eye protection .
Kalau yang fesyen fesyen tu , untuk amik gambar jer ok la .
Nak drive , aku tak pakai kot.
Spek aku ni kalau waktu hujan , aku boleh nampak jalan lebih clear . That's why aku suka . Sebab masa hujan pemandangan kabur . So syukur , sebab kalau tak nampak depan boleh gelabah dibuatnya .
2. Glass ke plastik
Ini aku tak kisah , cuma kalau glass berat sikit tapi tak mudah calar, tapi boleh pecah . Tapi kalau plastik , kompem ringan , tapi kena makesure tak calar balar. Kena handle with care .
Ok jer dua dua cuma ada pro and cons.
3. Simpan dalam case
Jadikan habit yer . Sebab kalau letak kat luar kena panas berulang kali , nanti mulalah herot berot . Sayang wei ...
Bagus simpan dalam case ni , satu lagi kita tak lupa mana kita letak dah possibility untuk duduk, ke terpijak ke tak adalah kan ? Jadikan habit lepas pakai taruk dalam case . Nasihat diri sendiri jugak :)
4. Hitam ke kelabu ke coklat
Aku suka hitam. Kalau grey dan coklat rasa terang sangat . Suka yang redup redup pemandangan . Tapi terpulang pada kesukaan masing masing .
5. Harga
Range harga ikut kemampuan. Macam me 400 to 700 jer dah okay . kalau lebih daripada tu , macam kena fikir dua kali . Baik aku simpan . Itu pun nak beli spek kena kumpul duit tak pun tunggu hujung tahun sebab diskau gila gila . Lagi pun hujung tahun murah sebab diorang nak kelurakan design baru untuk next year .Mana ada cara berjimat kita berjimat kan ?







Sent from my iPhone

Monday, June 11, 2012

Musim Durian dah tiba

Musim durian dah tiba ...aku lah manusia yang paling suka makan dng mentang durian . Hubby sedang sedang aje. Itupun lepas dah kahwin dengan aku baru mula belajar suka . Kalau tidak , seulas dua dia dah berhenti .
So, kami memuaskan nafsu makan durian ni kat Seremban , kami makan sepuas puasnya . Mentang mentang depan ada dusun .Memang masyuk betul .
Feberet Tifa adalah durian yang pahit , ada manis sikit sikit . Itu yang mantap . Kalau durian ni , berapa bijik bukak pun licin . Kalau yang tak berapa sedap tu , mereka akan dijadikan tempoyak .



Antara durian yang paling besar aku jumpa tapi isi dia ada empat ulas aje. Semuanya kucing tidur .

Budak ni memang anti durian . Puas pujuk makan durian . Tak maunya . Dia tak suka bau durian . Tengok boleh makan idkaler .Aku tak tau nape dia tak suka durian . Pelik pelik . Ada satu hari tu offer dia cendol durian, memang tak mau dia . Walaupun bentuk yang lain :)


 Haaa muka ni memang hantu durian . Pantang tengok licin . Dengan muka tak malu , aku bawak bekal buah durian dalam guni . Sambung makan balik rumah . Bukan itu ajer my SIL siap bekalkan kuah durian , tempoyah . Lengkap satu pakej. Kalau tak makan durian memang tak sah . Memang pantang jumpa.
Budak ni sampai sudah tak makan . Teman ayah basuh tangan jadilah .

Tips tak mau bagi badan panas bila makan durian :
Orang tua kata masukkan air dalam bahagian dalam kulit durian tu pastu minum . Insyaallah kurang panas. Kalau tak boleh jugak, apa lagi pasnag aircond kuat kuat :)
Jangan lupa minuma air banyak banyak supaya suara tak serak .

Selamat makan durian :)

Tuesday, November 15, 2011

2nd diet tips - exercise

Nak kurus bukan macam magic. Effort tu sangat penting. From day 1 simpan azam, now tifa dah exercise dengan konsisten. Mula mula tak larat. Buat 15 minit then lost focus. 2nd day nekad nsk tambah kepada 30 minit. Dapat jugak. Then 1 jam. Walaupun tak de masa tifa dah disiplinkan diri untuk 15 minit per day supaya tak tinggal workout. So far tak mengah and i'm sweat on the 3rd day. So azam mesti kuat. Cuba untuk reach target. We will see the result in 30 days kay ?
jom dance jugak , kalau dah  bosan lari lari . happy trying :)

Wednesday, November 2, 2011

Mari Bersenam bersama Ultraman

Semalam Farhan tunjuk Tifa Youtube ni and ajak Tifa bersenam bersama dia.
Seronok rupanya.
He taught me somthing even he is only 2 years old.
Bersenam tidak semestinya in a proper way.
Sambil jaga anak pun boleh kan?
Hendak seribu daya.
Jom bersenam.
Keluar jugaklah peluh tu :)
Selamat mencuba .
Sharing is caring .

Tuesday, September 20, 2011

Sebab kenapa kita perlu bangun awal pagi

1. Hari kita semakin panjang . So tak akan ada alasan untuk tak cukup masa. Make sense kan ? Macam kita yang bekerja , bangun awal sempat nak masak ke buat sarapan. Tak pun jemur baju . Kan habit yang bagus tu :)

2. Pagi sangat tenang . Bangun awal pagi , kita rasa tenang. Masa ni belum fikir apa-apa. So kita boleh dapatkan ketenangan.Tak ada alasan untuk mencari ketenangan.

3.Exercise. Ya ..curi sikit masa untuk workout. 10 minit pun dah okay . Asal keluar peluh. Bila jadi rutin hari-hari, memang kuruslah kita.Waktu ni gym buka tak ?

4. Berkemas.Kemas katil, yang kecil kecil . Sedar sedar semua kerja beres.

5.Breakfast . Dapat ambil sarapan untuk dapatkan tenaga sepanajng hari.So masa bekerja kita cergas.

6. Perspektif yang baru . Kalau biasa kita lihat kesibukan . Siapa yang keluar kerja awal , mereka relaks, tenang dna tak tergopoh gapah. So kita akan rasa suasana yang berlainan.

7. Banyak masa untuk menyudahkan kerja .

8. Cergas, bangun awal membuatkan kita lebih cergas.

Monday, September 19, 2011

Personaliti diri

Semua wanita mahu kelihatan cantik luar dan dalam. Macam confident jer kalau nampak cantik. Ada yang sanggup berbelanja lebih untuk nampak cantik. Banyak kaedah yang digunakan secara saintifik atau kaedah alternatif. Semua pun bertujuan untuk nampak cantik dan anggun.Yang penting be your self. Jangan pura pura. At the end of the day, orang akan tahu siapa diri kita.
Pakaian
Pakaian perlu sesuai dengan bentuk badan. Tak semestinya pakaian tu mesti mahal. Yang gemuk tak semestinya tak boleh melawa. Kalau kena gaya mereka nampak lebih anggun dan menonjol.kalau tifa, walaupun baju murah, kalau kena gaya, nampak menarik sangat. Less is more pun macam sesuai dengan jiwa tifa. Suka baju kosong. Senang nak mix and match. Masa mengandung pula, tifa kebih suka pakai baju yang boleh pakai lagi ketika lepas bersalin. Tak lah membazir. Boleh pakai lagi.
Make up
Jarang memakai make up. Lebih suka natural beauty. Waktu biasa lip gloss and compact powder sudah cukup. Kalau jalan dengan hubby baru pakai make up. itu pun x berapa tebal. Make it simple. Lagipun tifa concern more on skin care.jenis make up, mix. Mana tifa suka, tifa akan pakai. Ikut pada kulit yang sangat sensitif. Luv elianto, sking food, misha, lancome , dior. Suka baca review. Mana menarik pasti nak cuba. Depend on budget. Kalau budget tak ada , kumpul duit dulu.
Skin care
Macam maca cuba, dari dulu sampa sekarang. Za, st ives, za, clarinss, cliniqur, loreal dan yang paling lama adalah decleor. kulit tifa sensitif.so pakai pun yang boleh ngam dengan kulit sensitif ni esoecially bedak sejuk ok. Thats why better bogelkan aje kulit muka ni. Biar tak pakai make up daripada terseksa melihat jerawat.nantilah bila ada masa buat review pasal product product ni.
Food
Memang sedar makanan memainkan. Makan makanan kurang berminya, banyakkan sayur dan ulam - ulaman .

Tuesday, August 23, 2011

Tenkyu !! Ramadhan telah menghilangkan perut buncitku.


Yeee Haaa…….
Perut Tifa yang sebelum puasa buncit sudah kempis ….kesan daripada makan tahap Gaban.
Bulan Ramadhan telah menyedarkan Tifa untuk makan berpada pada .
Bulan biasa makan tak ingat kiri kanan.
My hubby pun berat badan dah turun . Walaupun Tifa tak ikat pun perut dia.
Terasa perbezaannya.
Seluar lama my hubby semua dah muat .
Baju kerja pun dah muat balik .
Tak yah membazir. Tak yah pergi slimming centre .
Hari tu beria ria nak pergi tapi simpan dahulu dalam hati.
Lagipun nafsu nak makan bulan puasa ni tak lah beria sangat .
Sebelum berbuka memanglah.Dah berbuka tiada nafsu.

Masa bulan puasa makan tak adalah  nak tahan tahan .
Lagipun kami makan kat rumah , boleh tahu berapa banyak kalori yang kami ambil.
Tapi Tifa nampak bulan puasa ni makan ikut time ikut waktu .
Walaupun makan nasi, tapi berat badan dah okey balik .
Gembira nak pakai baju raya ni.
Tak sabar betul .

Walaupun begitu , untuk mengelakkan daripada berat badan naik balik,
Daripada beli perabot untuk raya , Tifa telah membeli  basikal yang tak  boleh bergerak.
Kayuhlah macam mana pun , still tak boleh nak gerak .
My hubby cakap “orang raya beli furniture, dia beli alat exercise”
Senyum ajerlah. Kenang  fikir jauh ke depan . Ingat orang tersayang .
Hadiah for my hubby yang selalu nak bagi macam macam alasan untuk tidak exercise.
Tanda saying katakana.
Chayyok semogai  berat maintain walaupun dah cecah umur 3 series nanti . Amin.

Tuesday, June 28, 2011

Tips untuk tidur lena

Siapa yag sukar tidur malam ? Tifa lately memang susah nak tidur .
So menggoogle and praktikkan apa yang tifa googlekan tu .
Sini ada beberapa tips yang boleh korang gunakan …mana tau berguna untuk kawan kawan J
Tak yah telan pil tidur banyak banyak tak elok pun . Cuba cari alternative lain selain ubat ubatan ni .         

1.       Kurangkan kafein .
As kawan- kawan tahu , Tifa hantu kopi . Before this tak ada masalah sangat dengan kafein .
Sejak akhir akhir ini saja jadi macam ni . So , try avoid kafein buat masa ni . Masa dah gian nanti baru ambil balik .

2.       Suasana bilik tidur
Pastikan gelap . Sometime ada orang tak boleh tidur dalam gelap dan senyap . Tifa mesti mau gelap. Baru boleh lena. Kalau idak, confirm terkedip kedip mata. Warna pun memainkan peranan. En hubby suka tidur sambil tengok tv . Katanya dia tak boleh tidur kata tak tengok tv . Tifa rasa bukan dia tengok tv pun , tapi tv tengok dia. Bila dia dah tidur . Cepat cepat cari remote . Tutup tv . Baru boleh tidur lena.

3.       Aroma terapi
Suka bau wangi wangi ni . Rasa tenang aje nak tidur . Kepala stress boleh relief .Lavender memang besh . Ada orang suka bau vanilla. Ikut suka korang . Jangan bau tahi ayam udah . Kalau sebelum tidur tifa akan pakai lotion wangi wangi . sembur body mist . Bau tangan lain , bau badan lain . Sukanya. Tau tau je boleh tertidur . I like .

4.       Light meal
Makan jangan terover atau berlebih lebihan . So that, tak adalah kes nak ke toilet la , tak pun rasa pedih ulu hati . Kadang-kadang dimaapkan .
  
5.       Minum segelas susu.
Orang katalah , minum susu senang tidur . Perut tak kosong . sedap pulak tu . Masa preggy dulu Tifa minum segelas susu. Tahan sampai ke pagi .

6.       Exercise disiang hari
Ini memang benar . Bila Tifa exercise ke , senaman ke , take a brisk walk . Confirm malam cepat tidur dan tidur pun berkualiti . Lena sampai tak  ingat bila cik abang balik . uhuhu .
     
 Banyak lagi kalau google. Ini salah satu cara aje .
“Sharing is caring “

      
      
                                                                                                   

Click click Nuffnang