Kawan - kawan

Monday, June 11, 2012

Musim Durian dah tiba

Musim durian dah tiba ...aku lah manusia yang paling suka makan dng mentang durian . Hubby sedang sedang aje. Itupun lepas dah kahwin dengan aku baru mula belajar suka . Kalau tidak , seulas dua dia dah berhenti .
So, kami memuaskan nafsu makan durian ni kat Seremban , kami makan sepuas puasnya . Mentang mentang depan ada dusun .Memang masyuk betul .
Feberet Tifa adalah durian yang pahit , ada manis sikit sikit . Itu yang mantap . Kalau durian ni , berapa bijik bukak pun licin . Kalau yang tak berapa sedap tu , mereka akan dijadikan tempoyak .



Antara durian yang paling besar aku jumpa tapi isi dia ada empat ulas aje. Semuanya kucing tidur .

Budak ni memang anti durian . Puas pujuk makan durian . Tak maunya . Dia tak suka bau durian . Tengok boleh makan idkaler .Aku tak tau nape dia tak suka durian . Pelik pelik . Ada satu hari tu offer dia cendol durian, memang tak mau dia . Walaupun bentuk yang lain :)


 Haaa muka ni memang hantu durian . Pantang tengok licin . Dengan muka tak malu , aku bawak bekal buah durian dalam guni . Sambung makan balik rumah . Bukan itu ajer my SIL siap bekalkan kuah durian , tempoyah . Lengkap satu pakej. Kalau tak makan durian memang tak sah . Memang pantang jumpa.
Budak ni sampai sudah tak makan . Teman ayah basuh tangan jadilah .

Tips tak mau bagi badan panas bila makan durian :
Orang tua kata masukkan air dalam bahagian dalam kulit durian tu pastu minum . Insyaallah kurang panas. Kalau tak boleh jugak, apa lagi pasnag aircond kuat kuat :)
Jangan lupa minuma air banyak banyak supaya suara tak serak .

Selamat makan durian :)

3 comments:

Nieza Ishak said...

uwaaa sedapnya, nak kena carik udang merah kat chow kit ni ... hihihi

Tifa said...

tifa tak kisah apa jenis durian janji ada duri :)

Tifa said...

tifa tak kisah apa jenis durian janji ada duri :)

Click click Nuffnang