Kawan - kawan

Monday, July 2, 2012

Korang suka cermin mata hitam yang macam mana ?

Bila dah lama tak blog rasa gian pulak nak berblog .
Idea pun datang .
Spek mata hitam ni dah empat tahun umur dia .
Dah bercalar balar dah .
Tapi aku sayang sangat kat dia .
Sebab dia jaga mata aku masa drive .
Apa ciri ciri cermin mata yang aku cari ?
1. Protect mata 
Ini memang paling penting .Korang tau tak , yang korang beli RM 10/20 tu boleh merosakkan mata .
Please beware . Mata nak pakai lama. Yang penting mesti ada UV protection .
Aku suka Serengeti sebab dia dicipta untuk pemanduan .
Dengan kata lain dia menjaga mata .
Compare tu yang ada brand , diorang pentingkan design , penjagaan mata kurang .
Dulu aku memang suka spek yang berbrand bagai tu , tapi bila dah ada kesedaran, i will choose the one yang ada eye protection .
Kalau yang fesyen fesyen tu , untuk amik gambar jer ok la .
Nak drive , aku tak pakai kot.
Spek aku ni kalau waktu hujan , aku boleh nampak jalan lebih clear . That's why aku suka . Sebab masa hujan pemandangan kabur . So syukur , sebab kalau tak nampak depan boleh gelabah dibuatnya .
2. Glass ke plastik
Ini aku tak kisah , cuma kalau glass berat sikit tapi tak mudah calar, tapi boleh pecah . Tapi kalau plastik , kompem ringan , tapi kena makesure tak calar balar. Kena handle with care .
Ok jer dua dua cuma ada pro and cons.
3. Simpan dalam case
Jadikan habit yer . Sebab kalau letak kat luar kena panas berulang kali , nanti mulalah herot berot . Sayang wei ...
Bagus simpan dalam case ni , satu lagi kita tak lupa mana kita letak dah possibility untuk duduk, ke terpijak ke tak adalah kan ? Jadikan habit lepas pakai taruk dalam case . Nasihat diri sendiri jugak :)
4. Hitam ke kelabu ke coklat
Aku suka hitam. Kalau grey dan coklat rasa terang sangat . Suka yang redup redup pemandangan . Tapi terpulang pada kesukaan masing masing .
5. Harga
Range harga ikut kemampuan. Macam me 400 to 700 jer dah okay . kalau lebih daripada tu , macam kena fikir dua kali . Baik aku simpan . Itu pun nak beli spek kena kumpul duit tak pun tunggu hujung tahun sebab diskau gila gila . Lagi pun hujung tahun murah sebab diorang nak kelurakan design baru untuk next year .Mana ada cara berjimat kita berjimat kan ?







Sent from my iPhone

1 comment:

Nieda said...

Suka yg besar gedabak

Click click Nuffnang