Kawan - kawan

Monday, July 2, 2012

Umur berapa korang start memasak ?

 Cerita kisah dulu dulu pulak lah ye ?
 Just nak tau kawan kawan start belajar memasak umur berapa tahun ?
 Aku ? Aku start memasak masa aku darjah empat .
 Bermula dengan suka tengok mak aku memasak , tapi tak menolong pun :)
 Seronok tengok mak aku masak . Tukang tengok boleh lah :)
 
Lepas tu, masa sekolah rendah aku join persatuan tunas puteri.
So ada macam macam aktiviti yang membuatkan aku mesti belajart memasak.
Masa first time aku pi camping , aku memasak nasi lemak dalam buluh . Lepas tu, aku belajar jugak buat roti yang gulung kat kayu, tapi bakar guna tin biskut . Aku tak boleh lupa . Pengalaman yang sangat menarik bagi aku .
Then aku pernah masuk pertandingan, aku kena come out with my own idea, guna resipi sendiri .
Imagine masa tu umur aku baru 10 tahun .
 
Then aku teringat resipi mak kat rumah .
Aku amik ayam , aku perah dengan kicap .
Then after that aku goreng .
Ala ala masak ayam yang buat nasi ayam tu .
Aku menang korang . Yelah kan , masa tu yang tau masak pun tak ramai .
I remember my tunas puteri teacher, cikgu zahalina.
 
So kalau kat rumah , aku masuk dapur bila mak aku pergi kerja . Goreng telur, buat cekodok, masak mee goreng mamak .Masa darjah enam itu yang aku tau . Bila mak balik , kami tidak dibenarkan masuk ke dapur sebab taste kami berbeza , so nanti resipi jadi lain :)
Mak aku suka masak makanan yang bersantan whereby aku suka makanan yang rebus, bakar.
So makan ajerlah apa mak masak .
 
Then aku rajin memasak masa aku kat Korea.
Tak masak macam mana nak makan kan . Makanan  halal susah nak dapat .
Nak makan karipap kena masak ok .
Mula mula rupanya tak cantik. Tapi rasa ada .
So memang mula mula tasteless, aku pun tak lalu nak makan :)
Tapi , lama - lama , dah okay .
Masak jerlah ikut resipi sendiri .
 
So bila dah ada suami, kena ikut taste suami, takkan nak makan maggi kot .
Tifa ambil masa 2 tahun nak adjust untuk sama dengan taste suami.
Ikan nya kena goreng macam gitu , telurny kena goreng begini ,
ayamnyer nak size macam gitu . Then , bila dah okay baru lega .
 
Bila Farhan lahir, lain pulak jadinya , kena ikut tekak dia jugak .
Nak makan mee la , nak sup la, tapi taste dia hampir hampir sama dengan hubby .
Favorite dia ikan bilis :) Nasib baik dia ni tekak melayu , kalau tidak mana aku nak cari resipi pizza :)
 
So bila korang nak kena belajar masak ?
Kalau tanya aku, tak kisah bila bila , bila terpaksa tu insyaallah menjadi :)
Aku nak belajar buat cake ke pastry pulak .
Save niat murni ini tahun depan bila dah tak busy :)
Salam Isnin :)

No comments:

Click click Nuffnang