Kawan - kawan

Thursday, December 31, 2009

Tips untuk terus berdiet ( Azam Baru )

Salah satu azam baru ni . Untuk berdiet memang mudah . Bila badan dah turun kita kena tahu apa yang boleh mengekalkan diet kita tu . Kalau tak alamatnya beryoyo lah kita .

1. Jadikan doktor teman baik anda

Bukannya apa doktor adalah orang yang tahu akan nutrien yang diperlukan oleh badan dan risk risk yang ada jika melakukan sesuatu perkara. Dia akan menentukan berapa kilo yang perlu kita turun dan diet jenis apa yang sesuai untuk kita .

2. Buat diari makanan

Ceritakan apa yang kita ambil setiap hari .Daripada pagi sampai petang . So that kalau kita makan benda benda yang tak tentu tu . Insyaallah keesokan harinya kita akan cuba improve . X percaya cubalah . Dalam masa yang sama kita akan mengetahui pengambilan kalori kita . Untuk orang biasa average pengambilan kalori ialah 2000 kalori manakala untuk yang berdiet , 1750 for man and 1500 for woman . Ini adalah satu cara yang baik untuk mengubah eating habit kita daripada makan junk food kepada makan makanan yang berkhasiat . Kalau boleh pilih makanan yang low fat ye...n ambil buah buahan sebagai snack . Kalau tak pun kat internet banyak resepi untuk low fat .

3. Pilih plan pemakanan yang sesuai dengan lifestyle kita.

Tidak semestinya berdiet itu makanan makanan yang tidak sedap okay . Salah tu .Walaupun kita berdiet kita boleh makan 3 meal and 2 kali snack okay . Jangan tinggal breakfast okay . Breakfast yang paling penting dalam banyak banyak meal. Untuk memulakan hari mesti ada energy ok . Kalau breakfast pembakaran kalori adalah lebih cepat . Ini memang saya amalkan . So saya bertenaga sepanjang hari balik umah jaga anak lagi ko n buat kerja rumah .

4. Berhenti membeli dan memasak junkfood.

Kalau tak beli for sure tak makan . Betul tak ??

Ini sumer dah tahu kan . Apa lagi mulakan dari sekarang . Maksudnya no cookies, cakes, donut , biskut, ice-cream, fast food and macam macsm lagilah . X de khasiat. Anak anak pun x perlukan je. Sekali sekala ok la . Tapi jangan selalu . Lagipun kita pun manusia kan . Nak merasai nikmat dunia. Bila kita makan makanan berkhasiat , dah tentu anak anak akn follow. Habit yang baik apa...

4. Kawal portion makanan.
Jangan makan depan tv ( Tapi saya buat ihihi ) Kerana kita akan mengabaikan berapa banyak makanan yang masuk di dalam perut ini . Gunakan pinggan yang kecil . Ini sumer psychology ok. Banyak membantu tau . Saya dah cuba . Bila dah abis dalam pinggan tu, saya rasa macam dah full. Orang kata makan banyak kali dalam portion yang kecil lagi baik daripda makan dalam jumlah yang banyak .

5. Berjalan

BERJALAN lah dengan orang tersayang . Start dengan 15 minit dulu then tambah masa sedikit sedikit. Ini juga baik untuk spend quality time with orang tersayang. Dan kita mengajak mereka menjaga kesihatan juga. Macam saya , saya jalan kat shopping complex . Sejak dahulu lagi . Lenguh juga. Tapi lama lama dah biasa. Exercise juga kan ??


6. Raikan kejayaan kecil anda itu .

Penting untuk permulaan diet anda .Raikan dengan yang tersayang. Bila celebrate jangan lupa pilih makanan berkhasiat . Kita memerlukan sokongan untuk melakukan perubahan drastik .

Berdiet dengan cara yang menyeronokkan lebih baik daripada kita dibayangi stress. Tanpa kita sedari berat badan dah turun, tambah lagi kita heppi!!!!
Selamat berjaya

No comments:

Click click Nuffnang