Kawan - kawan

Monday, May 12, 2014

Day 4 at babysitter

Hari ni dah hari ke-4 Umar stay dirumah babysitter sebelum Tifa masuk kerja. Nak biasakan dia dengan environment baru.

Day 1 - Umar tak tahu yang Tifa hantar ke rumah mak mun. Memandangkan hari pertama,Tifa hantar lewat sikit sekitar pukul 10 pagi. Mak mun kata dia well behave cuma confuse kenapa minum susu pakai bottle. Tifa explain sikit tentang macam mana nak handle EBM.

Day 2 - Umar dah kenal mak mun. Sampai dan nampak muka mak mun terus senyum. Mak mun kata dia nak berdukung. So mak mun dah start train umar . Kalau nangis pun dia tak akan angkat melainkan nak minum susu. Sebelum balik, Mak Mun acah nak ambil dia daripada Tifa, terus dia nangis. Sampai rumah terus nak berkepit dengan Tifa. Tifa memang tunggu waktu begini.

Day 3 -  Umar bangun awal hari ini. Waktu Farhan nak pergi sekolah dia pun bangun juga. Buat Tifa kelam kabut. Agaknya waktu start kerja macam ni jugalah keadaannya. Kecoh satu rumah. Tifa dah ajar Farhan untuk uruskan diri sendiri. Jadi bila sampai masa Tifa start kerja dia dah pandai berdikari. Masa Tifa hantar Umar, dia tidur. Umar minum susu sikit hari ni, mungkin teringatkan Tifa agaknya. Masa Tifa ambil Umar, dia memang tak sabar nak mengemping .

Day 4 -  Hantar Umar awal. Tifa nak bagi dia terbiasa dengan waktu kerja Tifa. So far everything went smooth. Cuma ibunya mengantuk sebab bila dah hantar rumah mak mun, umar kerap berjaga malam. Rindu nak mengempeng la tu. Tapi bagus juga untuk bantu increase milk production . Tak payah bangun mengepam instead umar yang tolong buat kerja :) So Tifa dah boleh agak apa yang bakal berlaku. Seminggu lagi sebelum nak kerja.

Breasfeeding journey bukannya masa  kita nak enjoy ke nak suka suka. Tapi lebih kepada tanggungjawab kita kepada anak anak. Macam kita kahwin, ada masa masa kita tak suka, tak enjoy takkan kita nak berhenti kan ? So samalah juga macam breasfeeding journey. Jom kita berusaha memberinyang terbaik .

No comments:

Click click Nuffnang