Lebih kurang tiga petang kami bertolak dari rumah. Tak jauh mana, satu jam perjalanan dari Shah Alam kami pun sampai.
Tapi sebelum tu kami singgah makan di warung berdekatan dengan hotel. Kebetulan ada buaian kat situ, apa lagi letak Umar dalam tu maknya pun melantak makan soto. Hubby makan nasi and tifa order goreng pisang.
Dah kenyang barulah check in. Cepat jugak proses dia . Tak ramai orang masa kami sampai.
Farhan yang tak sabar sabar nak masuk dalam air terus tukar pakaian . Tifa tukang ambil gambar jer. Bilik dia boleh tahan. Ada jakuzi lagi. Tifa yang tak mandi dok berendam dalam tu je la. Tapi view bilik Tifa pemandangan dia tak best.
So lepas rehat rehat TIfa pun join turun. Dari memerap dalam bilik kan tak best. Lagipun channel tv tak banyak. Dah purpose nak main air, main air je la sila abaikan yang lain.
Sempat Farhan buli ayah.
Malam kami dinner di hotel. Ambil pakej ,senang untuk orang yang ada anak kecil macam kami. Kalau nak rate makanan, Tifa boleh kata food variety just fine. Nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab kami bukan jenis yang suka makan buffet. Kami cuma makan shabu shabu, nasi goreng, dan kek. So tak boleh komen banyak.
Aktiviti malam cuma duduk di bilik since semua dah kepenatan. Hubby dan Farhan plan nak main air keesokan harinya. Tifa cuma bermalasan di bilik dan have me time dengan Umar.
Just nak bagi tips kalau nak main air lagi keesokan harinya jangan tanggalkan tag tu. So boleh main semula dan tak payah beli tiket yang lain. Itu yang bagus bila pergi hotel ni. Farhan main sampai puas.
Kami check out tengah hari. Walaupun aktiviti kami tak banyak tapi penat boleh tahan juga. Pulang ke rumah sambung tidur berjamaah satu family sampai petang.
2 comments:
Tifa, mmg nampak Farhan macam big boy dah. Dah boleh tolong mama dia ... ;)
supreme shirt
pandora
ggdb
golden goose outlet
jordan retro
bape
longchamp handbags
curry 8
supreme t shirt
yeezy
Post a Comment