Kawan - kawan

Showing posts with label baby development. personal. Show all posts
Showing posts with label baby development. personal. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Day 4 at babysitter

Hari ni dah hari ke-4 Umar stay dirumah babysitter sebelum Tifa masuk kerja. Nak biasakan dia dengan environment baru.

Day 1 - Umar tak tahu yang Tifa hantar ke rumah mak mun. Memandangkan hari pertama,Tifa hantar lewat sikit sekitar pukul 10 pagi. Mak mun kata dia well behave cuma confuse kenapa minum susu pakai bottle. Tifa explain sikit tentang macam mana nak handle EBM.

Day 2 - Umar dah kenal mak mun. Sampai dan nampak muka mak mun terus senyum. Mak mun kata dia nak berdukung. So mak mun dah start train umar . Kalau nangis pun dia tak akan angkat melainkan nak minum susu. Sebelum balik, Mak Mun acah nak ambil dia daripada Tifa, terus dia nangis. Sampai rumah terus nak berkepit dengan Tifa. Tifa memang tunggu waktu begini.

Day 3 -  Umar bangun awal hari ini. Waktu Farhan nak pergi sekolah dia pun bangun juga. Buat Tifa kelam kabut. Agaknya waktu start kerja macam ni jugalah keadaannya. Kecoh satu rumah. Tifa dah ajar Farhan untuk uruskan diri sendiri. Jadi bila sampai masa Tifa start kerja dia dah pandai berdikari. Masa Tifa hantar Umar, dia tidur. Umar minum susu sikit hari ni, mungkin teringatkan Tifa agaknya. Masa Tifa ambil Umar, dia memang tak sabar nak mengemping .

Day 4 -  Hantar Umar awal. Tifa nak bagi dia terbiasa dengan waktu kerja Tifa. So far everything went smooth. Cuma ibunya mengantuk sebab bila dah hantar rumah mak mun, umar kerap berjaga malam. Rindu nak mengempeng la tu. Tapi bagus juga untuk bantu increase milk production . Tak payah bangun mengepam instead umar yang tolong buat kerja :) So Tifa dah boleh agak apa yang bakal berlaku. Seminggu lagi sebelum nak kerja.

Breasfeeding journey bukannya masa  kita nak enjoy ke nak suka suka. Tapi lebih kepada tanggungjawab kita kepada anak anak. Macam kita kahwin, ada masa masa kita tak suka, tak enjoy takkan kita nak berhenti kan ? So samalah juga macam breasfeeding journey. Jom kita berusaha memberinyang terbaik .

Wednesday, March 28, 2012

Budak ni boleh tolong hilangkan stress

Budak ni boleh hilangkan stress .
Buat aksi stunt kaki tunggang  terbalik membuatkan aku tergelak sakan .
Hilang jap fikir itu ini . Walaupun kadang kadang aku hangin tak ingat .
Ayat ayat yang keluar dari mulut dia tak boleh blah . Macam orang besar .
Atau aku still rasa dia ni still budak tecikkk.
Aki suka kalau dia hug aku sambil sebut " sayanggg ibu "
Kadang kadang macam exaggerate jer lebih.
Hilang stress aku bila aku suap nasi semua dia habiskan .
Tengok dia makan membuatkan selera aku nak makan jugak .
Itulah senang jer berat naik 3 kilo. Tapi dah turun satu kilo tinggal 2 kilo lagi to go . Baru semalam start cycling balik ...rajin rajin buat kerja rumah .
 Memang seriyes berpeluh sakan .
Tak mau kurus sangat , hubby tak suka..kui kui kui .
Sekarang patut turun balik . Setelah makan tak hengat , badan naik seluar tak muat , baru nak sedar diri heh... Manusia macam aku memang begitu .
Tapi sedar diri separuh jalan kira ok sikit jangan dah gumuk terlampau ,
baru nak sedar, action plan pun tak jalan .
Ajak budak ni joging petang petang .
Tak sedar dah turun balik . Plan nak beli beskal jalan keliling taman .
Mesti best kan nak nak angkut  budak 15 kg ni kat belakang .
Kaki ke atas nak buat somesault .
Mesti transformer dekat tangan . Muka naughty, naughty, dan banyak akal ....tak larat nak layan .
Rajin jugak la nak baca buku , tapi buku yang dia suka sahaja.
Gelak gelak sambil tengok tv . Tembam jugak budak ni . Baru nak perasan. Masa bagi makan tak perasan pun .

Tuesday, December 27, 2011

Ayam dua ketul mana nak cukup

My sis mintak SOS guna fb.
Macam macam zaman sekarang.
Farhan feberet dia ayam. Tak ade ayam tak jalan.
Kadang kadang selang selikan jugak dengan ikan, udang dan lain- lain.
Asyik ayam ajer, farhan tak boring, mak dier naik jemu.
So alkisah hr ni dia nanges sebab x cukup :) kuang kuang kuang.
Nak jadikan cerita gas kat rumah aku pulak abis . Sian sian .
Lepas ni stok ikan , ayam kena lebih dan yang penting tong gas kena selalu penuh .
* Percaya tak tong gas umah aku adalah sejak setahun yang lepas . Kantoi tak rajen masak :)

Thursday, December 1, 2011

Indahnya bershopping

Hujung tahun adalah masanya untuk membeli barang . Sebab sales . Tapi hati hati , kadang kadang di tulis sale, tapi harga dia macam normal price juga .
Tifa buat survey juga. Mana Tifa minat , Tifa dah siap siap simpan kat kepala. Sale ajer Tifa check harga sales vs harga actual . Contohnya macam baju hubby, End year sale adalah terbaik . 70% dan memang murah . Baju anak , macam tak shopping aje. Baju Tifa pun year end baru beli . Sepanjang tahun kami usha je kerja . Kalau perlu baru beli .

Shopping is like heaven . Tak shopping tak sah . Bukan shopping barang mahal pun .
Barang murah murah pun jadilah .
Perempuankan sinonim dengan shopping.
Kadang kadang berwindowshopping pun jadi jugak .
Kadang kadang tak terasa nak beli pun . Just suka usha product  terbaru dipasaran .
Mana tau bila nak guna nanti, terus beli tak yah nak terkial kial cari .

Now I’m looking for

1.       Iphone casing – pusing puisng belum berkenan di hati.
2.       Mixer – sebab dah beli oven , so macam rasa nak buat kek. Mixer murah pun jadi.
3.       Shawl. Luv shawl very muchhh!!!!
4.       Meja study , usha mana yang berkenan di hati . Tgh fikir nak letak macam mana. Mana tau nanti Farhan boleh guna pulak J
5.       I Mac . Nampaknya lambat lagi kot . Tunggu bulan jatuh ke riba. Lalu Machine selalu usha. Nak kumpul duit lagi tiga tahu baru beli J
6.       Rak buku Farhan . Story book Farhan sekarang tumpang almari kasut ibunya. Mana boleh kan ? Masing masing jaga barang masing masing .


Ikut urutanlah ye . Takkan nak beli sekaligus . Kalau duit satu lori boleh lah .
Masukkan dalam wish list dulu dan perlu beli barang yang betul betul perlu . Kalau tak boleh jadi sampah.
Bak kata hubby , kat umah ni tak boleh beli barang dah . Rumah kami kecil
Dia dah hint dah jangan beli perabot . Biar luas sikit rumah . Boleklah Farhan berlari lari sesuka hati .

Hari tu diskaun , Tifa borong kasut , dah tak tau nak letak kat mana. Dok je la dalam kotak.

Friday, November 25, 2011

Feberet place Farhan

Tempat favorite Farhan confirmla dekat kedai mainan.
Dia sangat suka buat lawatan ke sana .
Tak kisah kat mana mana asalkan ada mainan.
Tengok boleh , bawak balik jangan . 
Prinsip mak bapak dia yang taik idung masin :) 
Bukan tak beli mainan pun . 
Kalau tahu apa yang dia minta ,kami akan beli dibelakang dia.
Bukan apa, tak mau biasakan kalau nak sesuatu terus boleh dapat .
Belajar dari kecil , senang . Nanti nak ajar bila dah besar payah la pulak.
Farhan beria ajak ayah tengok maian. Bab mainan ni Tifa serah kat hubby . Takkan Tifa nak ajak Farhan main masak masak pulak kan ?
Dia tengok mainan yang berkenan kat mata dia ajer . Biasanya apa yang bebudak laki suka , Farhan pun suka .
"Ni lori ni Farhan", kata ayah ."Bukanlah ayah ni transformers", saja ayah dia nak duga Farhan .

Farhan suka bunyi piana. Ayah jadi mangsa. Dia suruh ayah tekan . Kalau tak tekan komoem goleh dok dia kat situ .
"Saya lah robot "Robot dengan Farhan memang tak dapat dipisahkan . Kawan dia semua kuat kuat . Ultraman, spiderman, Transformer yang paling dia suka.







Cak!!!!

Monday, November 14, 2011

Farhan suka coffee

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Farhan enjoy minum coffee. Bukan banyak pun. Satu cute and small cawan aje. Rasa aje bak kata farhan. Dia kata masuk kedai kopi bau wangi. Kalau kami tak ahak, farhan yang ingatkan. Dia akan tanya, kita minum kopi tak hari ni. So cute. Dia minum sikit sikit. Macam enjoy aje tengok dia minum. Geng minum kopi dah jadi tiga bukan dua lagi. Besh besh.
(see full image)


Sent from my iPhone

Friday, November 4, 2011

Blogging release stress

Sapa kata blogging membuang masa ?
Actually tak de la membuang masa pun kalau digunakan sebaiknya .
Banyak pekdah untuk saya ...pekdah untuk kawan kawan blogger juga.
Meramaikan kawan melalui minat yang sama .Kenapa nak cerita kat blog ? Buka pekung di dada ? Itu semua typical question yang orang tanya .
Sebenarnya , tulis blog ni macam virtual diary, boleh dibawa kemari. Tifa realise it bila Tifa bukak entry yang lama lama , waaa macam ni banyak kisah hidup kita walaupun kita rasa tiap tiap hari sama aje. Tak percaya, pergi bukak balik entry korang yang lama lama. Korang akan senyum sorang sorang . Banyak perit  maung dan kegembiraan yang kita lalui tanpa kita sedari dan kita dapat hadapi dengan jayanya.
Boleh share macam - macam idea daripada A to Z. Cerita mak senah, mak leha, gelagat manusia semua ada . Dari yang sekecil kuman sampai ke sebesar banagunan.
Boleh share petua dan tips macam breastfeed, cara nak manage duit, review mana tempat nak makan best . Bagi idea pada yang ada problem . Cari problem solution . Cuci mata . Networking , jana duit dari rumah dan macam macam lagi .Kadang kadang idea yang kita dapat daripada comment tu sangat bernas dan idealistik dan boleh diguna pakai .
Satu lagi kita boleh jadi creative.Generate idea, kongsi idea .
Tak ke hilang stress tu ? Daripada terbeban seorang, ada juga orang lain yang tolong fikirkan.
Daripada kita dok mengumpat tak tentu pasal , cerita perkara yang sia sia .
Lagi banyak pekdah .
Satu lagi kita boleh sharing . Sharing is caring .
Dunia blogging ni sangat luas, makin explore makin banyak pengetahuan .
Kadang kadang tengah stress ni , bukak blog , cerita cerita ada  yang rajin beri support bukan sebab traffic aje pun . Just have fun dengan berblogging okay .
Jangan stress stress, nanti banyak penyakit datang :)

Thursday, November 3, 2011

Ayah , pakai tali pinggang keledar !

Tifa expose Farhan dengan You tube.
Bukan sesaja nak berintertainment ye , sambil tu educate Farhan.
Sekarang sebelum start enjin kereta ,Farhan dah start sound ayah suruh pakai tali pinggang keledar.
Maksudnya dia dah faham kenapa tali pinggang keledar tu penting .
Tak pun kalau ayah dia bawak laju sikit, dia selalu cakap "Ayah , jangan bawa laju laju , bahaya !"
Yang kelakar semalam , lepas dua kali dia sound ayah dia jangan bawa laju laju, ayah dia tak dengar, 3rd time terus dia menangis .
Terpaksa ayah dia pujuk , baru kamu keluar dari kereta for dinner.
Itu Tifa tak masuk campur .
Hal ayah dengan anak okay. So ayah pun dah kena belajar mematuhi peraturan. Tifa nasihat x dengo. Biar anak dia pulak nasihat . No question, terus buat .
Boleh ke gitu ?
Tifa dok pehati aje la.
So moral of the story , kita dah boleh ajar anak kita pasal disiplin sejak kecil lagi . Tak ada alasan. Nak tak nak aje .

Saturday, October 22, 2011

Unplanned weekend without Farhan

Sentap bila sikecil tak ada di rumah .
Bukan senang senang nak hantar anak balik kampung .
Tifa - Netball on Sunday . Tak  sampai hati nak bawa Farhan because cuaca tak menentu .
Hubby - Well, unplanned task on weekend . Mula mula merajuk . Tapi kejap aje . Ingatkan nak ajak hubby sama-sama jadi pom pom girl kat tepi padang . Last minute kena jaga Booth @ KLIFF. Marah kejap aje, oleh kerana memahami redhakan aje . So terpaksalah hantar balik kampung .Pulak tu nak kena drive alone ke Tanjung Malim . Wallaweyh.
Mak Mun ? - Mak Mun dah plan nak ke Melaka . Tu yang sentap tu .
Tak boleh berjauhan dengan anak sekarang ni .
Nasib baik dia tak mengamuk tadi.
Anak yang baik hokey .
Good Boy .
Sekejap aje , nanti kita jumpa .
Mak dia yang sedey sebenarnya .
Of course , rumah saya sunyi seperti dilanggar garuda.
So apa lagi , let's doing my homework .
Malas betul pelajar tua ini . Exam mtak sampai satu bulan lagi .
Cepat masa berlalu .

Tuesday, August 23, 2011

Farhan makan sayurlah !

Sayur memang tak ngam dengan budak –budak .
Kalau Tifa kecik kecik dulu, kalau mak Nak  suap sayur ….cepat cepat lari .
Tak sedap betul especially warna hijau .
Mesti luak balik .
Anak Tifa ni pelik pulak . Ibu dan ayah dia pun naik hairan .
Bila masa kami galakkan dia makan sayur ni ?
Kami try bagi dia sayur,  nasib baik tak luak dek Farhan .
Semua sayur dia makan . Walaupun yang hijau hijau .
Sawi, Kacang buncis , brokoli , semua lah .
Yang Tifa tak tahan kalau dia dok ratah Timun .
Fuyyo . Rupanya , husband Mak Mun suka makan Timun tu macam tu aje .
Patutlah Farhan mengikut .

Satu lagi , Tifa selalu letak sayur depan mata dia .
That’s why dia ratah macam itu aje .
Tapi kalau dah jumpa sayur, tak mau makan nasi pulak dah .
Tu yang payah .
 Tapi sayur kaler oren macam carrot dia tak makan pulak .
Pelik betul si Farhan ni .

Tapi syukur sebab kai tak perlu nak paksa Farhan makan sayur .
Dia makan dengan sendiri .
Hoorayyyy….

Friday, June 24, 2011

Habit makan jajan ....

Buka Baby center tadi.
Ada pula cerita pasal budak macam Farhan memerlukan energy yang tinggi . Tak larat nak kejar walaupun satu masa dahulu kami berdua ni  atlit sekolah yang kuat lari .
Energy = makan . Tak makan karang lapar pulak , pastu tak larat nak lari .
Bukan semestinya perlu makan jajan atau keropok , yang manis manis . Banyak keburukannya. Gigi pun rosak . Cost lagi …..nanti kang menghadap pula doctor gigi . Too bad kan ?
Banyak lagi makanan lain di dunia ini .
Contohnya, apples, bananas, a peanut butter sandwich, a chunk of cheese.
Kesimpulannnya perlu berkhasiat .
Pilih yang bagus-bagus sahaja untuk tumbesaran mereka.

Persoalannya setakat mana keprihatinan kita ?
Frankly speaking , Tifa tak aware sangat .
Apa yg Tifa makan , itu yang Farhan makan. Macam tak patut pun. Sian kat anak . Nanti jadi habit sampai besar .
Lepas tu bila anak gemuk dan badan dipam pam , mulalah salahkan nasi lemak buah bidara …..masuk surat khabar .
Sebenarnya bila dah jadi habit memang tak boleh nak buang . Nak buang sangatlah sukar .
Tapi kalau dah dibentuk daripada kecil, confirm nampaklah makanan apa pun , pasti tak diusik disebabkan disiplin .
Kalau Farhan minta coklat, tak boleh nanti gigi rosak ,
Kalau nak makan jajan, tak boleh nanti gumuks.
Tak pun satu lagi cara, ajak satu family bersenam….exercise pusing satu tasik .
Yang paling liat , nak bangun pagi tukar baju, dan lepas tu mengeluarkan peluh .


Jajan …kadang kadang  .
Boleh ke macam tu? Jawapannya tak boleh .
Tak bagus , tak berkhasiat .
Jangan lah makan depan anak betul tak ?
Instead of jajan, mari makan buah buahan .
Kan sihat tu .ni

Maknya ni banyak sangat alasan.
Resist to change . Itulah saya.
Berubah untuk kebaikan , apa salahnya kan ?


Tuesday, April 26, 2011

Fun dengan anak

Susah juga nak fikir apa yang kita nak buat supaya anak kita bergembira...
Cukup ke dengan membeli mainan yang banyak dan mahal mahal?
Atau
Beri saja apa yang dia mahu.....
Tifa pun tak tahu......
Parenting ni sangat luas.... Banyak sangat yang tak sempat diexplore......
Pada tifa yang penting anak bergembira tapi tak berlebihan.
Nak create sesuatu yang akan diingati oleh anak kita bila dia besar nanti.
Create that moment bukan semestinya sesuatu yang memerlukan wang.
Sepanjang farhan dua tahun..... Tifa nak listkan kenangan yang manis yang tak mungkin dilupakan....
1st day farhan lahir
1st day tumbuh gigi
1st day berjalan
His 1st birthday
1st day panggil ibu dan ayah
Pengalaman pertama anak demam
Pengalaman pertama anak admitted
Pengalaman anak tinggal bersama ayah
Apa favorite lagu anak
Favorite iklan
Favorite food
My baby 1st time makan solid food
Pengalaman pertama berjaga malam....
Wauuu long list rupanya...
Tak rugi berblog , kalau lupa semua boleh tengok balik....
Dan sedar tak sedar dia sudah dua tahun....
Cepatnya.....
Dan dua tahun juga tifa aktif dalam dunia blogging ni.
Semuanya kerana farhan.... Inspirasi tifa berblogging....
Orang kedua terpenting in my life.....

Monday, April 25, 2011

Farhan 2 years

Happy Birthday .Budak ini sudah 2 tahun .
Last Saturday bufday Farhan .
But we decide tak ada majlis majlis ni .
Cuma buat makan makan seisi keluarga .
Cepat betul masa berlalu .
Sedar tak sedar pun anak aku dah besar .
Kelam kelibut dengan Farhan .
Riuh rendah rumah dengan si ayah yang suka menyakat si anak .
Mak nye pun jerit pekik sesuka hati .
Yang penting happy.
Bila sikecil tak ada sunyi sepi .
Hari ini dia demam . Sian Farhan.
Semoga cepat sembuh .
Semoga menjadi anak yang soleh .

Monday, April 11, 2011

Spend quality time bersama anak

Kalau dua puluh empat jam , kira kira balik tak sampai 3 jam je duduk bersama anak setiap hari.
Ayah dia pulak 10 minute in the morning before Tifa send Farhan to baby sitter .
Kesian kan ? Tak ada masa bersama anak sendiri pun . Sob sob .
Waktu tidur tak masuk lah kan .
Kalau nak panjang pun masa weekend.
Itupun bukan semua weekend.
Weekend yang lain I leave it to my hubby to handle .
Kadang kadang anak dan bapak mahu berdua duaan juga kan ?
Ibunya stay at home .
So that’s why bila ada masa aje kami buat aktiviti yang kami rasa sesuai bersama Farhan . Yang penting dia happy .
My suggestion untuk buat activity bersama anak .

1.       Main bola sepak . Ni memang best . Sebab anak Tifa lelaki , Tifa pun join sekaki . Berpeluh juga layan dia .
He love soccer very much .
Bola ada yang dalam rumah dan luar rumah . Of course yang dalam rumah ni yang lembut punya . So tak ada lah barang yang pecah .
2.       Aktiviti makan makan
Makan kat umah ke kat luar pun kadang kadang kitorang buat .
Makan kat umah memang dia cukup selera . Ibu dia kan jarang masak .
But sometime Tifa bagi dia comfort food. Mek D Cuma dua bulan sekali .
Yang lain sila tonton melalui cermin tingkap . Tak dapatlah Tifa nak bagi selalu .
Sweet pun kadang kadang
3.       Melawat haiwan .
Tak zoo ke aquaria . Kucing depan umah pun jadi. Jaga haiwan di rumah Tifa rasa tak sesuai since tak ada manusia di rumah .
Tengok ikan kat aquarium pun Farhan cukup seronok .
Siap lepak tepi kedai sampai satu jam pun boleh . Ahahahah
4.       Duduk baca buku . Ini pun favorite Farhan . Kalau suruh baca buku. Mainan pun dia tinggal .Beria ria dia explain kat Tifa .
Tifa pun hepi Farhan pun hepi .
5.       Layan you tube .
Dia suka tengok upin ipin . Mak dia pun join sama . Dia siap dok cerita character yang ada di dalam Upin Ipin .
Kalau opah cakap semua dia dengar .
6.       Nyanyi .
 Ibu dia pun mesti menyanyi macam dia . Nasyid dan abang maher zain menjadi pujaan . Kakaka …Mak dia pun suka . Siap pasang dalam kereta masa jalan jalan .
7.       Singgah playground .
Ni pun ok 10 minit dia sudah lepas gian . Mak nye sampai rumah pun pukul 6.50 . So 10 minit cukup .

Tak ada masa pun alhamdullillah still bagi yang terbaik untuk anak .
Insyaalaah kalau kita nak , allah akan permudahkan . Amin .

Tuesday, March 1, 2011

Macam budak besar.....




Si kecil ini x padan kecil.
Minta tifa pakaikan baju sejuk ibunya.
Bila dah pakai baru puas hati.
Orang nk pakai sunglasses pun dia pun nak.
Suka tiry aksi ibu ayah.
Banyak akal betul.

Riuh rendah. 
Bila malam farhan tidur, rumah jadi sunyi sepi.
Sent from my iPhone

Click click Nuffnang