Kawan - kawan

Sunday, March 16, 2014

Pengalaman bersalin anak kedua

Day 25- baru nak cerita pasal experience Tifa melahirkan anak kedua.
5 tahun gap dengan Farhan membuatkan Tifa terpaksa jadi lupa macam mana nak bersalin...
Kali ni Tifa pilih DEMC untuk bersalin. Yang penting dekat dengan rumah in case of emergency. 
Lagipun En Hubby sangat sibuk, so itu antara persediaan uang Tifa buat.
Takut takut nak terberanak boleh lah nak drive sendiri.
39 weeks 

Kronology 18 Feb  
Tifa dah tak pergi office. Just work from home. Tifa cover adhoc issue je. Yang lain dah hand over.

Blood show pada 7:00 malam. Sakit tak ada lagi. So buat macam biasa hantar Farhan mengaji dan singgah kedai beli apa yang patut. Kat kedai rasa sakit sikit sikit je. So buat tak tahu. Tapi dah inform hubby dan bagitahu dia jangan risau.
Sampai rumah, Tifa berkemas apa yang patut. Apa yang belum dihabiskan. Masa ni baru nak kemas beg pergi hospital . Last minute betulkan ? Itulah tangguh tangguh. Naluri kat esok mesti beranak. :)
19 Feb 2014

5:00 am terjaga dari tidur dahaga. Hubby baru je balik dari appoinment. Tifa minum air tiba tiba air tertumpah di lantai. Ambil kain lap nak lap lantai... Tengah tunduk terasa ada air mengalir.... Pandang hubby and cakap macam air ketuban jer. Pergi check , rupanya leaking . Jernih. Nasib bsik Tifa pakai pad. 
Tifa bagitau hubby suruh dia tidur dulu dan plan ke hospital lepas Farhan pergi sekolah. Kalau tak ada Tifa , Farhan mesti tanya. 
Sementara hubby tidur, Tifa mandi , berkemas, check barang , prepare barang hubby, make sure all in place, senang untuk hubby cari nanti.

8:30 am 
Singgah mc d lapar. Teringin makan big breakfast. Call mak bagitau air ketiban dah pecah. Mak cakap pergi sekarang . Dia pelik Tifa bertenang je.

9:30 am 
Sampai hospital dan report di kaunter. Diorang suruh terus pergi labour room untuk check up.

Sementara tunggu doktor , Tifa dipasang dengan ctg.
Doktor datang check dilate 3cm tapi contraction tak kuat. Since ketuban dah pecah dia tanya nak tunggu ke atau nak induce. Kalau nak tunggu dia bagi sampai esok. Kalau tak tunggu , induce at the same day. 

Tifa hint hubby let hubby to decide. Doktor bagi masa untuk decide , nak pakai epidural ke tidak. Dulu Tifa ada experience pakai epidural. Works really well for me walaupun Tifa ada dengar banyak cons daripada pros. 

So kami sepakat untuk induce dan epidural. Jangan ingat walaupun epidural Tifa tak ada rasa sakit. Ada jugalah rasa sakit. Kita boleh pilih sama ada nak rasa sakit ke tak ? Tifa pilih untuk rasa sakit masa bersalin. 

11:30am dah start induce dan epidural. Diorang expect Tifa bersalin at 3:30 pm 

1:00 pm Tiba tiba Tifa rasa sesak nafas.... Cepat cepat inform hubby and hubby inform nurse.
Nurse check dia keluarkan air di pundi kencing and check dah 9cm .Diorang cakap cepatnye. Dah boleh bersalin. Hubby tercengang terkejut agaknya. Sementara doktor sampai nurse ajar macam mana nak push. Ada cara rupanya. Masa 1st pregnancy, tak tau pun ada cara. 

1:20 pm doktor sampai dan doktor arahkan supaya start push ... Sekali push dah nampak kepala. Tunggu another contraction, kepala dah keluar , 3rd time tu doktor suruh push sikit je. 1:39 pm officially baby keluar. Syukur segalanya dipermudahkan.

Healing process pun better compare to previous experience. Syukur sangat sangat . 

Tinggal sedikit lagi nak habis pantang . 19 days to go . Harap harap semoga dipermudahkan amin . 






7 comments:

Wana Owen said...

congrats tifa.boy ke girl?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. alhamdullilah. lahir sudah zuriat kedua awak. salam perkenalan daripada sheila ~~~

siti farah Kamarudin said...

Hi dear, lelaki :)

Nieza Ishak said...

Tahniah Tifa .... ;)
Farhan dah ada geng ...

mamasyafi said...

Tahniah...sama la kita gap 5 thn...abg sayang adik sgt.I dlm pantang lagi ni..hahahah br 36 hari

Lisya said...

Salam tifa.. boleh share berapa cost bersalin di demc utk 2014? tgh google demc tu yg tersampai sini.. :)

VitaminSuci said...

Alhamdulillah dan tahniah dapat baby boy. :)

www.vitaminsuci.com

Click click Nuffnang