Kawan - kawan

Tuesday, April 22, 2014

Kumpul Stok EBM bagi ibu bekerja

Alhamdulillah. Kali ini breastfeeding journey Tifa dipermudahkan untuk anak kedua.

Hendak menyusu dimulakan dengan niat . Bila niat kita hendak menyusu kemudian diikuti dengan usaha. Usaha ada berbagai bagai cara. Tifa nak share tips sebagai amatur dan berdasarkan pengalaman sendiri. Sharing is caring kan?

1. Ilmu breastfeeding 
Teruskanmencari ilmu breasfeeding . Banyak yang kita perlu tahu. Tifa mulakan dengan pengalaman anak yang terdahulu. Bila membaca , dapatkan consulation daripada beberapa orang, ( specialist, nurse) baru TIfa sedar rupanya terlalu cetek ilmu di dada. Jangan malu bertanya walaupun usia dah lanjut. Makin banyak membaca dan rujukan makin banyak kita boleh improve cara menyusu dan cara menyimpan stok . Tak rugi punkan? Dan kita boleh tahu permasalahan menyusu yang tidak kita ketahui.Website dan blog pun banyak memceritakan pengalaman dan cara mereka mengendalikan susu badan.

2. Disiplin
Disiplin yang tinggi sangat perlu. No doubt bila dah ada anak lebih daripada dua memang sangat stress nak bahagikan masa, penat, tak ada orang yang nak bantu. Walaupun begitu tetapi perlu teruskan mengepam bila ada masa. Perlu rajin bangun malam. Kalau hendak seribu daya. Teknik tandem pumping amat menjimatkan masa . Pam elektrik salah satu alternatif. Teknik double pumping meningkatkan produktiviti susu. Apa lagi alasan yang mahu kita berikan? Tapi lain orang lain pengalaman dan kekangan. Siapa kita mahu menilai . Yang penting buat yang terbaik.

3. Kesihatan ibu
Kesihatan ibu ada kaitan dengan pengeluaran dan kualiti susu. Kalau badan tidak sihat, bagaimana mahu hasilkan susu. So pemakanan seimbang sangat perlu . Kalau dah tahu cara pemakanan kita tak seimbang, dan mempunyai budget lebih, consider ambil supplement. Mula mula Tifa ambil supplement suka suka sebab hubby belikan nak tolong kawan, at the end Tifa nampak perbezaannya ( tifa dulunya bukan jenis orang yang suka makan supplement dan tak berapa percaya pada supplement ) . Apa bezanya? Rasa much more healthier dan bertenaga. Bangun malam pun tak rasa stress. 

4. Jadual mengepam
Pam mengikut jadual & konsisten sangat penting. Pam setiap dua atau tiga jam sekali. Kalau terlepas cuba catch up balik. Bangun malam dua kali sebab waktu malam adalah waktu mengepam yang menghasilkan susu yang berkualiti. Tifa pernah sambung tidur dalam dua tiga hari tanpa mengepam. So terima akibatnya susu tak berapa meriah. Umar jenis tak bangun menyusu malam. Kalau dah tidur dia tidur sampai pagi. So TIfa fikir secara positif, waktu nilah kita nak buat stok susu. 

5. Pam
Ada yang kata pam sebagai investment untuk menghasilkan susu yang banyak secara efektif . Ada pro dan kontra sebenarnya. 

Pam manual- avent 
Mula memakai pam manual. Bila production susu tak banyak still boleh manage pakai pam manual.  Tapi bila dah banyak, lenguh tangan nak mengepam. Yang bagus tak payah cari sumber elektrik. Tapi avent ni part dia banyak . So bila waktu mencuci tu take time . Tapi alah bisa tegal biasa no excuse. Ringan pun ringan .Walaupun Tifa ada pam elektrik still Tifa pakai pam manual sebab ringan untuk dibawa. Kalau jalan setakat sehari dua, Tifa akan bawak manual.

Pam isis duo - lepas tu ambil keputusan pakai pam elektrik. Tifa masih suka menggunakan avent. Beli yang double pam . Dah alang alang husband kata terus beli double pumping sebab kalau beli yang satu pump nanti nak beli jugak yang double. So terus invest double pumping. Sebab kat malaysia jenama avent sangat mahal, tifa beli melalui gmarket ( korea website ) . Harga dia dua kali ganda murah . Mungkin rezeki waktu beli pump tu. Pump tu tifa beli masa anak pertama. Kiranya berbaloi baloi bila anak kedua ni boleh pakai. Cumanya spare part kalau hilang atau wear off susah nak cari. Kena pergi authorized distributor di plaza damas. Dekat kedai the curve pun ada . Itu pun rezeki nak jumpa.

6. Sokongan keluarga 
Sokongan keluarga sangat penting terutama suami. Masa berpantang TIfa ada me time, sebab yang lain keluarga uruskan. So masa ini Tifa fokus pada mengepam. Baby mak abah jagakan, waktu menyusu jer Tifa uruskan baby. So siang malam mengepam ikut jadual . Start mengepam selepas dua minggu pantang sebab susu dah start stabil.

Bila dah habis pantang , sokongan suami pula yang kita perlukan . Macam Tifa yang tak ada maid ni, memang suami banyak membantu. Keutamaan diberikan pada anak dan menyusu. Yang lain tu dah jadi yang kedua. Dah ada dua anak dua dua anak kena uruskan . So bila balik kerja , hubby akan tolong kemas mana yang TIfa tak sempat . Sebulan pertama memang rasa stress. Lepas dah biasa.


Oklah itu je nak share untuk kali ini . Harap perkongsian ini dimanfaatkan.

Click click Nuffnang