Memang susah nak dapat gula kabung . Kalau balik Kuala Lipis mesti Tifa beli buat bekalan balik Shah Alam .
Nak buat cekodok senang sahaja . Cuma nak dapat gula kabung yang susah .
Resipi simple tapi sedap . Bentuk gula kabung ni macam gula melaka, cuma cara balut dia lain sedikit.
Bahan - bahan :
1. Tepung gandum ( 3 cawan )
2. Gula kabung ( dihancur halus2)
3. 2 sudu gula pasir
4. Air ( ikut adunan )
5. Soda bikarbonat ( setengah sudu kecil )
6. Minyak untuk menggoreng .
Cara - cara :
1. Satukan bahan 1 ~ 5 dan kacau hingga sebati .
2. Biarkan selama 5 minit supaya soda bikarbonat bertidak balas
3. Panaskan minyak dan gorengkan adunan .
4. Hidang panas - panas .
Sesuai di hidangkan panas panas bersama kopi dan teh .
Memang masyuk .
Selamat mencuba .
1 comment:
mesti rasanya manis-manis ek... nampak cam sedap la
Post a Comment