Tahun ni beraya berempat . Ada sikecik pula tahun ni. Persiapan pun ala kadar sahaja. Kami guna je baju yang ada.
Lagipun raya keempat Tifa dah mula kerja.
Tahun ni balik ke Sabak bernam sebab raya ke empat Tifa dah masuk kerja , closing tengah raya memang menghilangkan mood raya. Tapi panjat rasa syukur sebab boleh kerja dari rumah.
Ibu bapa nak tengok muka cucu. Anak anak dah jadi no 2. Rindu cucu terlebih.
Farhan paling gembira sebab dah ada adik. Sayang sangat dia kat adik Dia. Apa keperluan adik dia laju je dia buat.
Kalau ibu suruh liat je.
Tahun ni Farhan kumpul angpau. Berapa ada dalam angpau tu dia tak kisah pun. Duit raya dah masuk bank seronok depa sebab dapat masukkan duit dalam bank sendiri.
Nasib baik jalan tak jam. Kami pilih waktu yang sesuai untuk bertolak pulang.
Kuih raya ada lagi ni. Sambil buat kerja sambil jamah kuih raya. Maklumlah ibu menyusu asyik lapar jer .
No comments:
Post a Comment