Kawan - kawan

Thursday, September 26, 2013

Jalan jalan lost world of Tambun

Last week Tifa and Family jalan jalan ke Tambun . 
Ambil time weekday to avoid jam . 
Sambil sambil tu dah janji nak bawa Farhan jalan - jalan . 
Dah lama tak jalan jalan satu Family . 

Tempahan semuanya buat melalui online dari hotel dan juga tiket . 
Senang tak payah nak fikir fikir bila sampai sana. Lagipun dapat discount lagi .

Kami dapat check in awal . Dalam info tulis pukul 3:00 sampai sampai jer kul 11 terus boleh check in . Tak ramai orang kot .So senang semua barang dah bawa masuk dalam hotel .


Budak yang paling happy tak sabar nak masuk sebab Farhan dah tanya apa yang ada dalam tu . So Tifa dah tunjuk dia website . So dah plan siap siap plan apa kitorang nak buat kat sana. 

Bab makan , masa masuk tak boleh bawa apa apa . So kami lunch dekat dalam . Standardlah harga makanan dia mahal daripada di luar . So sila cari option kalau tak mau beli di dalam . Isi perut siap siap dulu ke . Macam Tifa memang tak rajin nak bawa bekal . So beli je lah . Kiranya dah ada dalam budget cuti cuti kami . 

So apa lagi kitorang terjah petting zoo dulu . Farhan memang suka haiwan .
Dia kata bau pony ni 'busuk " Mulut tak de insuran betul kan anak aku ni . Busuk pun nak pegang jugak .
Satu lagi marmoset . Farhan suka sebab dia kecil sangat and so cute . Pada dia si mamorset ni monyet versi size xxxxxs
Dulu dia takut nak dekat dengan haiwan . Sekarang dah nampak berani . Dah besar kot .
Farhan dengan ayah tangkap ikan longkang . Bukan mudah nak tangkap ikan ni . 

Event of the day , tiger feeding . Memang ini yang dia tunggu tunggu .  Seronok betul dia jumpa rimau . 

Lepas tu kitorang mandi manda . Masa mandi manda tak rajin nak ambil gambar . 

Kami tidor di lost world hotel . Service pun cepat tak ada banyak soal  . Semuanya cepat baik check in ke check out .  

Bab breakfast , kira buffet dia quite ok . Tak adalah variety sangat tapi cukuplah untuk kami isi perut ni .

Overall kami rasa lepas ni nak datang lagi . Sebab di sini tenang je. Lagipun Farhan memang animal lover . Main air dia tak heran sangat . 

Pengalaman tak boleh dilupakan , balik dari tapah , tayar pancit lah pulak . Dugaan tapi ada hikmahnya kan ? Tersadai jugalah kami di tepi jalan dalam satu jam . 
Farhanlah budak yang paling tak sabar sekali .

Click click Nuffnang