Kawan - kawan

Wednesday, October 24, 2012

2nd hero in my life

Ini hero kedua aku :)
Budak ni teman aku makan, teman aku tidur, pandai pujuk ibu dia . Kalau ibu menggomel ayah balik lewat , nanti dia pujuk ," Sekejap lagi ayah baliklah ibu, sabar ye"
Dialog drama mana ntah dia dengar . Ada ajer yang keluar dari mulut dia.
Budak ni sangat comot ...makan apa pun mesti nak comot...feberet eskrem . Aiskrim mat kool jadi pilihan. Kalau boleh nak makan aiskrim hari hari . tak pernah jemu ok ...Makan nasi sekarang dah tak boleh share . Pinggan mesti satu sorang . Kalau dulu kami share aje . Bolehlah ibu diet. Sekarang dia nak makan sendiri . Dah boleh berdikari.
 
Suka buat muka selamba bila kena marah ...yang best tak akan mengaku salah .....keras hati macam ibu :) Jangan tak tau budak ni garang . Sila jangan cuba ganggu, ambil barang dia ok ?
 
Sentiasa suka nak pakai baju baru . Baju mesti smart , rambut mesti sikat , kasut mesti bersih, stokin mesti matching ....ni kompem ikut ayah dia ni .
Dah pandai berfesyen fesyen dah sekarang ni ...pilih baju sendiri . Kalau tak suka jangan lah paksa tak akan pakai punya .
 
Budak ni la penyejuk hati , balik jumpa dia hilang penat satu hari . Celoteh mulut dia sampai tak larat aku layan soalan dia satu persatu . Balik dari rumah baby sitter dia akan buat laporan satu persatu . Yang penting dia pandai ambil hati ayah n ibu . Mesti tak jadi nak marah . Mesti cari jalan nak tidur dengan ibu walaupun dia dah tahu dia mesti tidur bilik sendiri .

No comments:

Click click Nuffnang