Kawan - kawan

Thursday, February 16, 2012

Melayan kerenah anak


Sibuk main tak ingat dunia
Muncung muncung mulut dia

Balik dari pejabat , sangatlah penat .
Tapi penat tu atomatiknya hilang bila jumpa anak .
So aktiviti melayan anak pun bermula.
Apa yang penting makan dia dulu.
Kalau dah makan dekat rumah mak mun , aku senang sikit .
Tapi kalau tak makan lagi aku bagi dia makan. Tak makan kat rumah, makan kat luar .
Yang penting perut dia kenyang .
Aku tak kisah sangat . Makan ok tak makan pun ok .
Hubby memang tak makan kat rumah .

Then aktiviti 'bermain dia kat rumah".
Kalau sampai  jer rumah , Farhan akan terus capai ‘motor kesayangan dia’ berlakon konon konon nak pergi kerja .

Salam Ibu then terus pergi kerja.

Sambil tu aku akan suap dia makan .

Kalau nak bagi dia makan waktu ni sangat senang sebab hati dia girang sampai lupa apa yang dia makan.

So suap  apa pun dia akan layan .
Biasa Farhan akan order sup ayam goreng satu . Dah jadi trademark dia .



Then dah jemu main motor, dia capai raket badminton.

Bukan main badminton tu, raket tu jadi alat untuk dia pura pura patah kaki, pastu raket tu jadi ‘senapang dia”.

Then bila dah berpeluh peluh aku bawak dia naik atas mandi.
Time aku solat and ajar dia alif ba ta ,
Bila dah wangi wangi , ada can dia tidur awal .
 Kalau tak dia pun join aku stay up sampai lewat malam.
Tapi dia main ipad ajer kerjanya . Tengok video. Atuk Mr Bean la . Apa lagi .
Layan jer la . Sebab atuk Mr Bean tu tak ada dialog . Aku selalu dengar dialog keluar dari mulut Farhan .
Buat dialog sendiri guna vocab dia yang sekangkang kera . Sambil sambil aku betulkan jugak vocab dia .


Kadang kadang, sengaja aku tak charge battery ipad , then dia main lego dia buat “tower”

Dia sambungkan lego dia setinggi yang boleh , janji tak jatuh .

Lepas tu dia show off kat aku .



Malas nak layan dia aku pi mandi pesan kat dia duduk diam diam .

Aku pun lalalala mandi .

Keluar ajer dari bilik mandia , aku tengok dia....
















Tetiba dah tidur .....maksudnya malam aku akan sunyi kalau aku tak join dia tidur



No comments:

Click click Nuffnang