Kawan - kawan

Wednesday, February 8, 2012

Farhan suka bercakap

 

Kalau dulu masa tak boleh cakap, aku nak suruh anak aku cakap .

La ni aku nak stop dia bercakap pun tak boleh dah .

Aku nak tidur pun dia tak kasi , suruh teman dia .

Soklan maut pun banyak sampai tak tau nak jawab

 

Soalan 1

Tonton tv

Farhan : Ibu kenapa orang tu gaduh ?

Tifa : Aku senyap ajer . ( Takkan nak kasi tau orang tu gaduh sebab perempuan kan ? )

 

Soalan 2

Farhan : Ibu , kerbau tu apa ?

Tifa : Selamba jerk aku jawab, Lembu tu kawan kerbau.

Farhan : Tak pueh ati dengan apa aku jawab. Bukan la bu .

Tifa : Aku bukak google cari gambar kerbau . Kan lebih kurang macam kerbau tu Cuma kaler jer lain.

Farhan : Baru dia puas hati sambil sambung tengok “Pada zaman dahulu “

 

Soalan 3

Lepas solat subuh

Farhan : Ibu ni baju apa ? sambil tunjuk baju yang dia pakai .

Tifa : Baju raya

Farhan : Ini  bukan baju raya , ini baju melayu .

Tifa : Okayy.

Biasa nyer dia yang selalu panggil baju melayu tu baju raya . Aku ikutkan ajer. Tup tup hari ni dah tukar vocab dah .

 

Macam macam soalan lain yang tak terfikir  dek akal aku .

Penat nak melayan .

Sangat talkative , sangat suka buat lawak spontan .

Kalau korang first time tengok dia pasti korang cakap dia tu pendiam bangat .

Tapi sebenarnyer…..sangat banyak mulut tak pernah nak stop dari pagi sampai malam .

Macam hubby cakap, bangun tidur pun dia boleh terus bercakap .

Ikut perangai mak dia ok .

 

So tips nak bagi anak korang cakap cepat

 

1.       Tanya dia soalan ? Walaupun dia tak dapat jawab . Lambat laun dia akan ulang balik soklan tu kat kita .

2.       Masa dia tak boleh cakap, korang cakap jer dengan dia, pretend yang dia dah boleh cakap .

3.       Jangan cakap pelat dengan anak . So anak korang takkan pelat

4.       Nak belajar ALIF BATA ,  ABC, 123 ker atau nak kenal benda, nama nama nabi , mulakan melalui lagu. Sure cepat pandai.

5.       Kalau keluar perkataan tak elok melalui mulut dia , explain kat dia naper tak boleh cakap. Kompem dia tak ulang dah .

 

 

Itu jer kot , berkesan juga apa yang aku buat . Mula mula hubby tak percaya apa aku buat .

Lepas dah ada result baru dia percaya J

 

No comments:

Click click Nuffnang