Kawan - kawan

Friday, March 11, 2011

Hobi separuh jalan

Memang hangat hangat tahi ayam .

Kalau ada hobby mesti separuh jalan aje.

Mula mula bersemangat waja, lepas tu semangat hilang entah ke mana .

 

Hobby ambil gambar .

Kamera besar dah beli dah .

Siap tambah lens lagi .

Lepas sebulan dua okay lagi .

Pastu tak kuasa nak bawak kamera besar ke hulur ke hilir .

Kamera phone dah ada snap ajer la.

Kamera besar tu Tifa pakai bila ada kenduri kendara ,

Lepas tu abis.

Siap kena peril dengan cik abang.

So pasni kena rajin rajin ambil gambar .

 

Hobby memasak .

Konon konon anak dah kuar makan ni dah nak kena buat kek sendiri .

Siap pi tebus point nak beli oven .

Bila oven dah ada , dok simpan dalam kotak tak bukak bukak sampai sekarang.

Habis kena peril dek Cik abang gue.

Kek ntah ke mana oven pun ntah ke mana .

Resipi dok lekat dekat peti ais.

Apa kes?

Kan kan kan ?

Lagi satu dulu berkobar kobar balik kerja nak masak .

Bila dah penat balik kerja , masak ntah ke mana , lagipun Farhan dah siap makan kat rumah mak mun .

Mak  nyerrr…diet je la ….

 

Hobby kemas rumah .

Ahahha ni satu lagi .

Biasanya lepas dah kemas satu rumah , mesti lah nak maintainkan kan kan .

Siap alih kerusi ke sana kemari .

Lap habuk lap tingkap .

Segalanya rajin lah .

Boleh lah maintain satu dua bulan  rajin berkemas.

Bila dah masuk tang balik kerja lambat , nak buat housework lagi , penat lagi .

Semua kerja rumah Cuma di hari minggu , itu pun kalau tak kuar jalan .

Siap my hubby tanya , minta cari helper sebab banyak aktiviti kami di luar rumah daripada di dalam rumah .

Nak ambil maid, kem salam sebab tak ada privacy .

So weekend helper dah cukup .

 Kalau dah kuar , confirm buat mana yang patut patut aje.

 

Banyak hobbi tak apa , tapi kalau tak boleh nak maintain macam saya , semua nye jadi sekerat jalan , ikut mood, ikut keadaan .

Bak kata hobi bermusim .

Nampak macam hobi berblog pun macam tu jugalah nampaknya …ehehehhe

Hopefully boleh maintain , insyallah .

 

No comments:

Click click Nuffnang