Kawan - kawan

Friday, October 1, 2010

Suara siapa yang minta tolong di Ladang Gadong ?

Kes belum selesai lagi . Ada pula peristiwa lain yang berlaku.

Seram pula bila baca berita kat utusan ni.

Siapa yang minta tolong tu ?

Kasihan pada petugas yang sedang bertugas .

Confirm diorang ketakutan . Tapi dek kerana tugas .

Nak tak nak mesti diteruskan juga. Apa nak buat .

Harap mereka tabah sehingga tugas mereka selesai,

*Mungkin suara tu jadi petunjuk kot .

Sumber : Utusan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

 

 

 

4 comments:

Anonymous said...

mmmm,kena siasat tuh,takut juga kalu2 ada yang terkurung ke,kita mana tahu.tgh2 malam baru clear dengar.kalau siang hari,orang terkurung menjerit pun takleh nak dgr sbb derang buat keje....heheheh...pandai2 jerk.

Eliss said...

ngeri jugak dengar yer...

HaniFadil said...

seram ni.. tapi betul tu kena siasat juga... mana tahu ada lagi yang boleh diselamatkan.

rilekboy said...

boleh buat filem ni...jangan pandang ladang...

Click click Nuffnang