Alhamdulillah , semalam Farhan keluar hospital . Walaupun batuk dia tak berapa nak habis lagi at least, Farhan dah naik selera minum dan selera makan dia . Baru semalam dia minum susu sampai habis. Lega rasanya . Penat Tifa belum habis lagi , Tapi Tifa dan hubby sudah masuk kerja . As usual , Farhan hantar Rumah Mak Mun. Aktiviti di hospital selama tiga hari adalah sedut asap from nebuliser, makan ubat dan buat chest fisiotherapy. Hari pertama Farhan okay lagi . Dah masuk hari ke empat dia dah macam boring dan fobia nak buat semua tu . Nangis dia makin hari makin kuat . Kasihan la pula. Tapi because nak Farhan baik cepat , relakan aje . Tifa and hubby sibuk melayan dia baca bukulah , jalan-jalan sekitar hospital la , tak pun layan dia makan . Tips bila berada di hospital . 1. Sediakan toys atau barang kesukaan anak . Berguna masa nak bagi anak makan ubat buat treatment . Kalau tak susah benar nak pujuk anak . 2. Bercerita Masa nak bagi anak makan gunakan method bercerita. Ceritalah apa apa yang buat dia tertarik untuk makan. Memang berhasil . 3. Bagi semangat Berada di sisi anak masa buat treatment . Ketakutan dia akan kurang . 4. Pakaian yang cukup Makan ubat , buat treatment cukup untuk mengotorkan baju anak kita . Memang ken bawa baju lebih la . Asyik tukar aje. 5. Titbits Titbits ni sangat perlu untuk memujuk anak . Sekali sekala dikala anak sakit apa salahnya kan ? What about hospital fees? Bila dah cerita bab hospital swasta . Toksah cakaplah . Nasib baik company cover . Tang ni yang Insurance amat diperlukan . Nak nak bila ada anak kecil , sentiasa ada sakit sakit yang unexpected. So masa ni bila fikir , camna orang boleh tak ada insurance nak bayar bil yang cecah RMK nih ? Masa Farhan nak admit hari tu ada student yang terpaksa admit . Siap kawan dia bising "Tula ko menggatal nak check hospital swasta. Nanti masuk hospital siapa nak bayar ? " Siannya bila Tifa dengar . Sediakan payung sebelum hujan tu sangat penting . Beringat sebelum kena. Enjoy ye gambar Farhan masuk hospital . Macam -macam ragam . Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan . Lesson learn , kesihatan anak perlu lebih diutamakan selepas ini . Apa apa yang lain sikit , cepat cepat refer doctor sebelum melarat . |
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan ini. Berblog sekadar suka - suka, untuk mengisi masa lapang, mencari kenalan,mari bersama-sama berkongsi pendapat, hobi, cerita dan pengalaman, tips dan kekeluargaan. Semoga membawa kebaikan kepada semua. Have fun.
About Me
Kawan - kawan
Tuesday, December 21, 2010
Pengalaman jaga anak di hospital
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hmm tingat masa lil adam admitted ptg raya dulu. tau je la ptg raya, kat kg mrhubby lak. hospital punyalah jauh. berkukus gak la i meneman kat spital.
hrp2 lps ni dah xyah lalui semua tu. risau sgt dan membosankan.
Post a Comment