Kawan - kawan

Tuesday, December 21, 2010

Pengalaman jaga anak di hospital

Alhamdulillah , semalam Farhan keluar hospital .
Walaupun batuk dia tak berapa nak habis lagi at least, Farhan dah naik selera minum dan selera makan dia .
Baru semalam dia minum susu sampai habis. Lega rasanya .
Penat Tifa belum habis lagi , Tapi Tifa dan hubby sudah masuk kerja .
As usual , Farhan hantar Rumah Mak Mun.
 
Aktiviti di hospital selama tiga hari adalah sedut asap from nebuliser, makan ubat dan buat chest fisiotherapy.
 
Hari pertama Farhan okay lagi . Dah masuk hari ke empat dia dah macam boring dan fobia nak buat semua tu . Nangis dia makin hari makin kuat .
Kasihan la pula. Tapi because nak Farhan baik cepat , relakan aje .
Tifa and hubby sibuk melayan dia baca bukulah , jalan-jalan sekitar hospital la , tak pun layan dia makan .
 
Tips bila berada di hospital .
 
1. Sediakan toys atau barang kesukaan anak .
Berguna masa nak bagi anak makan ubat buat treatment .
Kalau tak susah benar nak pujuk anak .
 
2. Bercerita
Masa nak bagi anak makan gunakan method bercerita. Ceritalah apa apa yang buat dia tertarik untuk makan. Memang berhasil .
 
3. Bagi semangat
Berada di sisi anak masa buat treatment . Ketakutan dia akan kurang .
 
4. Pakaian yang cukup
Makan ubat , buat treatment cukup untuk mengotorkan baju anak kita . Memang ken bawa baju lebih la . Asyik tukar aje.
 
5. Titbits
Titbits ni sangat perlu untuk memujuk anak . Sekali sekala dikala anak sakit apa salahnya kan ?
 
What about hospital fees?
Bila dah cerita bab hospital swasta . Toksah cakaplah .
Nasib baik company cover . Tang ni yang Insurance amat diperlukan . Nak nak bila ada anak kecil , sentiasa ada sakit sakit yang unexpected.
So masa ni bila fikir , camna orang boleh tak ada insurance nak bayar bil yang cecah RMK nih ?
Masa Farhan nak admit hari tu ada student yang terpaksa admit . Siap kawan dia bising "Tula ko menggatal nak check hospital swasta. Nanti masuk hospital siapa nak bayar ? "
 
Siannya bila Tifa dengar . Sediakan payung sebelum hujan tu sangat penting . Beringat sebelum kena.
 
Enjoy ye gambar Farhan masuk hospital . Macam -macam ragam .
Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan .
Lesson learn , kesihatan anak perlu lebih diutamakan selepas ini .
Apa apa yang lain sikit , cepat cepat refer doctor sebelum melarat .

1 comment:

isabelle said...

hmm tingat masa lil adam admitted ptg raya dulu. tau je la ptg raya, kat kg mrhubby lak. hospital punyalah jauh. berkukus gak la i meneman kat spital.
hrp2 lps ni dah xyah lalui semua tu. risau sgt dan membosankan.

Click click Nuffnang