Kawan - kawan

Showing posts with label interesting place. Show all posts
Showing posts with label interesting place. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Medan Trip 2011- Makan - makan

Kali ni Tifa nak cerita tentang mana nak cari tempat makan.
Kalau lapar macam mana mau shopping kan ?

Famili Restoran 




















Restoran ni seberang GarudaPlaza Hotel .
So kami makan di sini 1st day masa kami sampai ke Medan.
Tifa pernah datang sini last year .
Agak jakun bila mereka hidang lauk banyak banyak .
Pilih yang nak makan aje . Yang tu kita bayar .
Yang lain tak payah bayar .
Rating harga 7/10 .
Kira sederhana lah . Tak murah tak mahal .
Rasa boleh tahan sedpanya . Kiranya bolehlah masuk tekak Melayu Tifa ni.

Teluk ibai 

*gurumi bakar


















Dalam banyak banyak Tifa suka makan ikan bakar di sini .
Harga pun berpatutan dan sedap . Free side dish lagi.
Sini makan ikan bakar dengan ayam bakar memang cun sangatlah .
Sedap betul .
Ikan Tilapia from lake toba buat bakar dan marinate.
Jus alpokat( avocado) adalah sangat sedap sepanjang Tifa duduk di sini .
Rating harga : 9/10 Murah .....

Koki Sonda
Makanan famous di sini adalah gurumi goreng ( tilapia).
Suasana nyaman sangat . 
Side dish free tau .
Rojak buat dengan ulam ulaman . 
Kami tambah dua kali .
Kangkung goreng belacan pun ada.
Restoran ini moden sikit . Pada menu ada harga . 
So bolehlah kira budget yang ada .
















 *Ulam ulaman & Rojak buah. Main menu dah habiskan dulu sebelum sempat disnap.Lapar sangat .

* Jus kedondong yang sedap.














Amalium Food Court 
Milik Garuda Hotel juga. From Garuda hotel ada shuttle bus kalau mahu ke sana. Tak sempat nak snap gambar. Tapi di sana Tifa merasa makan a bakso, my hubby makan nasi goreng pedas. Kuew teow goreng pun ada, makanan india pun ada. Banyak pilihan dan tempatnya bersih .
Masa Tifa makan, ramai yang tengah tengok bola. Masa malam yang Malaysia vs Singapura . Pada malam yang sama team indonesia pun ada game juga . Tak ingat siapa lawannya.


Option Lain , tempat ni tempat yang Tifa tak pergi tapi orang lain dah pergi .

Garuda Restoran , but no comment . Ada yang kata mahal . Tifa tak tengok lauk apa depa ambil. So tak experience tak boleh nak komen banyak banyak kan ?


Mc Donald
Ni Tifa sempat makan masa semua dah kepenatan . Sedap . Taste macam burger kampung . Rasa dia tak rasa western . Ikut tekak orang sana kot . Memang sedap :)

Hopefully my entry dapat membantu sapa sapa yang mahu ke sana

Thursday, August 11, 2011

Medan Trip 2011 - Tempat shopping yang harus anda pergi

Tempat - tempat yang harus dilawati jika ke Medan . Tifa Google cari medan.com. So from there Tifa decide mana nak pergi. Info tentang medan tak banyak dan detail . So kumpul sana sini baru jumpa.

Pajak Ikan 
















 * Tifa dah macam diorang dah. Tak larat nak shopping , tunggu kawan-kawan shopping kat kaki lima.Diorang yang menjual ni sibuk tunjuk barang jualan dia.Nasib baik tak tergoda.
Apa yang lagi dasyat, kami jumpa orang yang jual barang di Garuda Plaza. Kantoi disitu. My hubby yang perasan. Nasib baik tak beli barang diorang . Lesson learn jangan mudah terperdaya.
 
Nama je pasar ikan ,tapi sebenarnya tak ada jual seekor ikan pun.
Banyak kain baju , telekung , kain lace dan macam macam lagi .
Agak sesak keadaannya. Kalau bawak si comel , kepanasanlah jawabnya .Tapi kalau dah perempuan , panas semua tu memang tak perasan .Kat sini boleh cari tudung , tak pun nak tempah langsir datanglah ke mari . Sehari dua dah siap .Cadar pun ada .
Rambang mata dibuatnya .But, not in our budget. Kami dah buat budget siap siap so lain kali ajelah ye.

Medan Plaza







 *Boring tunggu ibu dia, Farhan sudah bukak kipas dia






Sale gila - gila gila . Diskaunnyer toksah cakap .
Brand yang besar besar tu adalah . Tapi materialnya sangat cantik dan berkualiti.
Tifa dah pergi tahun lepas , sebab tu la tulah Tifa datang lagi .
Tempat makan Esteler pun ada di sini . 
Dunkin donut ada ditingkat paling bawah .Tiga jam shopping kat sini tak cukup .

Medan Fair Plaza 
Di sini ada Carrefour dan jugaMatahari yang lebih  besar compare to Medan Plaza.
Tu yang susah sikit nak control anak anak .
Kat sini lagi besar lagi ramai orang .
Tifa and hubby sambar seluar Levis sorang satu . Original hokey tapi harganya murah bangat.
Depends pada orang .Kalau Tifa suka ke Matahari di Medan plaza. Sunyi sikit .Bag laptop pun Tifa beli . Cik abang yang suka tapi dia belikan untuk wifey dia .
Tengs .

Sun Plaza
 * Sini ada playground. So budak budak boleh bermain.
 * Farhan dah tertidur dah masa ni . 3 jam tu.





 * Ini acara wajib, self camera









Sun Plaza ni high class punya shopping complex. Sekadar cuci mata. Ada playground. Dapat lepak di Starbucks cuci mata sementara si comel tidur .
























 * Di Sun Plaza si kecil still tidur. Kami gilir gilir dukung . Farhan kalau nak tidur, mana mana pun jadi.













Perhati orang lalu lalang .
Tengok baju apa depa pakai .Bag apa depa pakai .
Usha pun jadi.
Sogo dia tak macam sogo kita .
Takut nak masuk .
Cuci mata aje .
Berjuta juta rupiah harganya .  
Kalau convert lebih kurang di sini .
So cuci mata cukup . 
Nak shopping , baik shopping di Malaysia.
Tempat makan banyak kat sini .
Boleh pilih pilih .lagi . Sejuk . Sesuai bawak anak anak tapi tak boleh shopping .
Window ajelah :)



Ada lagi tempat yang boleh bershopping but not in my list.
Central Pasar
Factory Outlet
Sila google ye .





Wednesday, August 10, 2011

Medan Trip - 2011 - Jalan - jalan

8Sempat juga Tifa melawat sekeliling Medan sebelum Tifa balik .
Bukan apa pun , cuma ada masa lebih . Tak jalan jalan rugi pulak kan.

 Mesjid Raya
Cantik masjid ni walaupun sudah lama . Keindahan yang tersendiri . Masa kami sampai semua orang berpusu-pusu masuk mau sembahyang Zuhur . Kalau Ramadhan depan masjid ni , pak supir kata Bazar Ramadhannya sangat meriah .
















Istana Maimoon
Ada cerita disebaliknya Istana ini . Sultan sekarang berumur 13 tahun . Muda sangat kan ?
Kata penjaganya , Misteri Nusantara pernah datang sini .















Bergambar depan singgah sana.
Seorang penasihat Istana ni yang explain detail . Kata dia Mak dia ada di Istana Klang .
Farhan panggil orang tu tu MBAH .

















Meriam ni ada kisah tersendiri. Dah patah dua . Ni sebelahnya aja. 















Muzium  
Lupalah pulak nama Muzium ni . Dalam medan aje.
Sejarah Medan ni dapat diketahui jika kita ke sini . Atap muzium tu tinggi, melambangkan budaya kaum Batak . Kalau dulu kita tahu kaum batak makan orang . Tapi sekarang tidak lagi .Masa kami kemari budak sekolah je ramai. Mana ada foreigner yang melawat muzium .
Teringat zaman budak budak dahulu.
Ada juga barang barang dalam muzium tu, macam ada di muzium negara.
Menarik juga tahu tentang sejarah di tempat orang .

















So ini adalah di antara tempat yang boleh dilawati di Medan.

Tempat yang Tifa tak sempat pergi adalah
Merdeka Walk
Plan nak pergi malam tapi dah hujan .
Sempat bergambar depan hotel
















Farhan dengan ayahnya.

Tuesday, August 9, 2011

Medan Trip 2011

Before Ramadhan menjelma, Tifa pergi ke Medan .
Kalau last year pergi dengan officemate, tapi tahun ni Tifa angkut family dan juga kawan kawan.
Book ticket masa ticket Air Asia murah hari tu .
So sempatlah ajak kawan kawan sekepala untuk pergi sama sama .
Cuma sorang aje ketinggalan  bas sebab pregnant . So sis, terpaksalah ditinggalkan tunggu deliver kita plan ke tempat lain pula ye :)





*Pinjam anak orang nak posing .







Inilah juga trip Farhan yang pertama naik flight .
Dia excited. Biasa tengok dari bawah , tapi this time dia ada kat atas.
Dalam flight, tak reti nak  duduk diam. Bila penat habis susu satu botol.

Yang penting Tifa dah jaga perut si Farhan ni.
Susu cukup makan cukup tak adalah dia mengamuk .
Disebabkan dia cukup kekenyangan, dia boleh tidur kat bahu mak bapak dia selama tiga jam.
Lenguh juga tangan ni sebab kena tampung berat Farhan . Faham - fahamlah , budak debab. Mak ayah size s .
Tapi tak kisahlah kan .
Asal hajat kami nak shopping sampai.



 * Rombongan Mak Temah .









Ada juga yang tanya , kenapa Medan , tak ke Bandung atau ke Jakarta? 
Sebab last year Tifa pergi tak habis round . Itu pun one day trip aje .
So bagi nak puaskan hati kami ambil tiga hari.

So trip kali ni Tifa ambil 3 hari 2 malam. Itu pun tak cukup .
Tema cuti kami adalah bershopping sahaja .
No Lake Toba , No lah Berastagi .
Walaupun kalau pergi Medan , tempat itu adalah tempat yang wajib pergi.
Bawa budak budak untuk trip naik kereta dua tiga jam , memang tak larat . Lagipun bukan tempat kita . Tunggu Farhan besar sikitlah baru datang lagi.
Kalau korang tanya Tifa , Tifa tak tahu ye ...
Kalau tanya shopping kat Medan kami dah khatam :) 

Kami tidur di Garuda Plaza. 
Nice place . Harga kira sederhana. Around RP 371, 000 satu malam.
Tengah bandar senang nak ke sana sini .
Itupun selepas direcommend oleh pak supir yang bawa kami jalan - jalan .
So Pak Supir yang bawa kami jalan jalan di recommend oleh kenalan kami .
So tak ada problem tipu ke apa ke ..semua settle....
Kami bayar RP 500, 000 sehari naik Innova.
Tifa naik dengan my friend yang bawak anak kecil .
So senang if anything . Kami bahagi lah transportation fee tu .
Nak pergi ke mana pun mereka akan bawa.

Ada juga suggestion from Pak Supir , tapi ada yang kami tapis , sebab kami dah pernah datang sini .
Mereka pun cari makan . Dah confirm mereka nak bawa ke tempat yang dapat komisen .
Mula mula kami ikutkan aje , lama lama, kami rasa macam buang masa, so kami pun decide untuk ikut plan yang kami rancang .

For this Medan trip , Tifa book hotel melalui internet .
Buat survey mana yang murah baru beli .
Kira rate yang Tifa dapat agak murah compare tu direct book bila sampai .
Best juga Garuda Plaza Hotel ni sebab makanan dia dijamin halal . 
So tak takut lah kan .
Tapi makanan dia nak kata sedap, biasa aje , cukuplah untuk mengalas perut .
Syukur . Sempat lagi kami urut refleksologi pada malam kedua kami di sini . RP 50,000.
Kalau convert duit kita dah kira untung .

Suasana di sini berbeza dengan Malaysia .
Hati hati . 
Kalau bermurah hati sangat , adalah yang ikut kita ke mana kita pergi .
Agak rimas. 
Tapi nasib baik bawa en hubby . Kurang sikit takut .


Tip nak shopping kat Medan ni , 

Please buat comparison sebelum beli - Jangan main beli aje tau sebab walaupun kita rasa murah, sebenarnya harga dia lagi murah . Sebab dia tau kita foreigner, sebab tu harga jadi mahal .
So sila tawar menawar .Manalah tau kalau rezeki kita baik dapat harga yang berpatutan.

Oklah sambung lagi di next entry .

Sunday, March 20, 2011

Apa yang menarik tentang shah alam?

Dah almost 3 years stay at shah alam.
Apa yang menariknya tentang shah alam adalah roundaboutnya yang banyak.
Mula mula dulu asyik gelabah tak ingat sebab lupa jalan mana ak masuk.
Nak masuk pukul sembilan ke pukul dua belas ke.
Kalau lupa masuk even 1st roundabout, confirm sesat.
Till now tifa still confuse walaupun dah selalu dok lalu jalan yang sama.
Tifa rasa sangat unik okay.
Rasa rasa shah alamlah mempuyai roundabout paling banyak ye tak?
Bilalah nak jadi expert menghafal roundabout ni.
Asyik sesat aje :)
adakah tifa sorang je macam tu?
Sent from my iPad

Click click Nuffnang