Kalau mak Tifa tengok , apahal anak dia dok busy bawak pam ke sana ke mari .
Dia kata dia dulu bagi Tifa susu Dumex je kot .
Lepas di ceritakan dengan panjang lebar barulah dia nak faham .
Kalau nak kata penat memang penat, tapi bila tengok muka anak senyum kat kita , sanggup tunggu ibu balik nak menyusu, semua kepenatan tu hilang .
Breastfeeding journey anak kedua agak tenang sebab dah bersedia dari awal .Suami pun lebih memahami .
1. Niat dari masa baby dalam kandungan
2. Fokus aktiviti mengepam dalam pantang .
3.Buat jadual mengepam - supply vs demand
4. Jaga kesihatan diri
5. Kurangkan stress
6. Bersedia dengan stok, untuk masa kecemasan, i.e sakit, bulan puasa, period
7. Mendapat sokongan keluarga
Faedah faedah menyusu
1. Senang nak kurus - ini memang terbukti
2. Family planning - sampai 6 bulan je lepas tu kena cari jalan lain
3. Bonding dengan anak
4. Jimat duit nak beli susu
5. Kurang barang nak bawa bila berjalan
6. Kurang terjadinya alergik
7. Pasal anak bijak tu sebernarnya bergantung pada didikan ibu bapa. Cuma artikel tu bolehlah menguatkan semangat kita untuk teruskan menyusu sampai dua tahun untuk memberikan yang terbaik pasa anak anak .
Chayok . Kuantiti susu tak penting yang penting usaha memberikan yang terbaik .
1 comment:
Selalu anak 1st xperience kurg kan .. Masuk anak 2nd steady dah =)
happy bf mom! Insyaallah niat kita menyusukan ank mendpt keberkatan dan dilimpahkan lg dgn rezeki yg melimpahruah =)
syirashahar.blogspot.com
Post a Comment