Kawan - kawan

Monday, February 13, 2012

Farhan naik Broga Hill

Sabtu lepas , tifa n hubby bawak farhan pergi broga hill, makcik dia pun ikut, tukang tunjuk jalan.
Ni pun 1st time pergi itupun asyik dengar orang dok cerita.
Mencabar jugak sebab bawak budak tecik ni.
Mencabar nak kejut dia and my hubby bangun tidur. Yang lain tu okay ajer.
The day before tifa dah bagitau farhan esok mesti bangun pagi nak naik bukit.
Malamnya tak jugak dia tidur awal.
Masa kejut cepatlah jugak dia bangun. Tapi tak mandi, basuh mana yang patut ajer.
Kami sampai tu 7:30, ramai jugak yang dah nak turun.
Biasala 1st timer, lagipun bawak budak tecik, kira kowtim lah tu.
Masa sampai dah 7:30 tu tak derlah panas sangat.
Nak naik atas, kami suruh Farhan jalan, mana laluan yang susah tu, kami tolong.
Mulut dia riuh tanya itu ini. Akhirnya, sampailah ke puncak.
Yang beshnya dia tak cakap penat pun. Susu pun tak mintak.
Excited nak ajak ayah dia naik sampai atas.
So dah sampai atas, kami sakan ambil gambar. Farhan ajak baik paling atas. Tak larat lah tifa.

Tips nak bawak budak naik bukit ,

1. Bagi dia cukup rehat
2. Bagi cukup makan
3. Bawak bekalan macam air dan makanan sikit
4. Jadikan aktiviti naik bukit ni aktiviti menarik. Contohnya bagitau dia apa kat atas tu. Explain kat dia 
     apa yang dia boleh lihat . So dia yang akan excited nak naik dan jangan takutkan dia. Budak budak 
     ni mana tau takut unless kita yang takutkan dia .

Good experience for Farhan and for me yang bawak sikecik. Balik kami tidur lintang pukang kepenatan . Nak explore nature lagi lepas ni ,maybe pi yang dekat dekat pulak . Boring la asyik jalan shopping complex. Yeay dah dapat new hobby for me and family :)
Farhan excited ajak ayah dia naik bukit ni
Dah sampai ke puncak
Farhan with makcik dia
Nyempat juga dia pakai spek dia ni
Farhan tengok bukit dari bawah masa nak balik

2 comments:

Nieza Ishak said...

seronoknya,

kalo bawak 2beradik tu mau kena berdukung sentiasa ... semputtt.

Unknown said...

Memang best pun. Mak dier yang excited.

Click click Nuffnang