Kawan - kawan

Thursday, February 2, 2012

Farhan boleh pulak tidur 12 jam

Semalam Tifa sampai rumah Mak Mun kul 6 petang.

Mak Mun kata dia tak tidur dari pagi tadi . Asyik main , makan, minum susu.

Itu jer la kerja dia.

Mak Mun kata Farhan baru jer tidur .

Hokey . Faham yang malam ini aku bakal keseorangan .

Anak aku boleh selamba dek jer tidur.

Aku bukak tv maha kuat pun dia tak heran .

Tidur lagi syok kot .

Aku dukung bawak naik atas nak smayang maghrib boleh dia tak sedar.

Tukar kan diapers dia pun dia okay jer tidur .

Siap FArhan tolong angkatkan bontot dia masa tidur memudahkan aku pakaikan diapers dia.

Cuma kul 10 malam dia terjaga and aku offer susu .

 Dengan mata pejam dia angguk .

Aku hulur susu , mata pejam pun dia boleh capai susu .

Then kul 11 aku pun masuk tidur .

Kul 2:30 dia kejut aku sambil membebel kat aku suruh bangun .

Dah segar bangatlah tu. Aku turun bawah buatkan susu.

Tak makan malam lapar la tuh.

Sambil naik tangga dia membebel lagi , mata ni punya ngantuk.

Aku letak dia atas katil, “ibu nak tidur ke? “ “ye la dah malam”

Dia pun layan layan gian susu dia tu sorang sorang  then ntah bila aku tak sedar dia tidur .

Masa hubby balik tu , hubby kata dia dah tidur .

Pecah rekod wei anak aku yang memang kaki tidur .

12 jam wei .

Mak dia pun tak kaki tidur macam dia.

Kompem dia penat sangat main kat rumah Mak Mun tu yang buat dia bantai tidur sampai 12 jam .

Aku tak tau baik ke tak budak budak ni tidur lama.

Tapi as long as penat dia hilang I’m okay .

Jangan ngamuk sudah.

12 jam tu aku macam macam benda berpekdah boleh buat selain tidur .

Anak kecil mana ada problem macam kita , dosa pun tak ada.

Alahai Farhan .

 

 

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mak aih lamanya tido. my nuha skang tido awal sebab letih kat taska.

Tifa said...

Tu la budak budak nak nak budak budak laki macam Farhan asyik nam main ajer :)

Click click Nuffnang