Kawan - kawan

Tuesday, July 13, 2010

Sebab - sebab mengapa saya perlu masak di rumah

i LUV cooking .
Tapi kalau dagh balik sampai umah pukul 7 mana nak masaknyer weyh.
Ye la pukul 8 hubbY sudah mahu pergi kerja.
8 malam ye bukan 8 pagi.
Then sempat tak ? 
Kalau masak yang berat berattu confirm tak sempat.
Tapi kalau setakat sayur air sempat le.
Itu pun kalau mr hubby tolong masak nasi.
* Harap-harap my hubby baca ini entry.

Hal ini baru terjadi tadi.
Tifa ajak ayah makan satu tempat yang 2 bulan dahulu sangat sedap.
Tiba-tiba kami makan hari ini . 
Sangat mengecewakan kami.
Makan tak ada rasa pulak tu .
Buka tak sedap . Tapi memang tak ada rasa.
 Setakat makanan lalu kat tekak aje la.
Aiseh rugi RM 20.Kalau maska kat rumah kira budget 2 hari makan tu. Caya tak ?
Nasib baik air dia sedap.
Kami bukanlah cerewet bab makan .
Tapi kalau dah jadi macam ni , confirm dah tak jejak kaki ke tempat ini sekali lagi . Walau di beri free pun kami tak mahu.

So kesimpulannya, antara sebab utama mengapa Tifa perlu masak di rumah adalah
1. Rasa masakan itu sendiri.

Biarlah cuma telur bubuh kicap. 
Tapi makan mesti feel baik punya okay.

2. Bahan masakan

Kalau makan kat luar kita tak tau apa dia masukkan dalam makanan kita . Cuma teka aje la. Then fresh ke idak juga tidak dapat dikenal pasti.Pendek kata , kesihatan kita bergantung kepada diorang juga.

3. Kebersihan .

Tahap kebersihan . Ini sangat penting . Nak bawa anak kecil makan pula tu . Yang tak tahan depam kedai bersih . Bila masuk bab dapur dia, tiga hari tak lalu makan. Inilah dia yang susah sikit ni . Bukan fussy sangat, kebersihan tu kan bab paling penting. Takkan nak biarkan makanan tercemar yang masuk dalam perut kita. Perut nak guna lama pula tu.

4. Kalori

Ada tuan kedai kisah , kalori tu tinggi ke idak. Air manis ke idak.Kadang-kadang minyak penuh kat pinggan . Adoilah . Rumit bangat ni.Ada orang kata kita berdiet la bila makan ada tisu kat tangan satu lagi. Bukan isu diet ke tidak. Isunye, sanggup ke kita nak bersenam atau lari 3 km sehari untuk bakar lemak yang masuk dalam badan tu . 
Kalau tak buat , lemak tu boleh jadi toksin .
Penat la badan nak memproses.

5, Kos perubatan tinggi 

Duit berubat sekarang ni semakin tinggi meninggi. Sakit mana tau mahal ke murah . Yang dia tau sakit je la. 
Nanti yang susah siapa ? 
Kita juga. 
Dengan kata lain , cegah sebelum kena.Dah terkena memang dah tak guna.
Sambil membebel sambil menasihati diri sendir juga.
Mari memasak di rumah walaupun simple.
Suami pun sayang :)










1 comment:

chekna said...

setuju... walopun sekadar nasi berlaukkan telur goreng + kicap.. tetap membuka selera, tetap hubby sayang...

Click click Nuffnang