Kawan - kawan

Monday, April 2, 2012

Nak tengok wayang

Dari hari sabtu dok ajak ibu dan ayahnya tonton wayang. Tak larat nak dengar and tahan telinga nak dengar request budak ni .
Puas explain pada Farhan yang  kat wayang tak dak cartoon.
Pujuk punya pujuk tak mahu jugak.
Aku tunjuk satu satu cerita yg ada kat wayang akhirnya sepakat tengok Wrath of the Titan.
Amik ko....
Masa sampai kat Bukit Tinggi , dia terus cakap nak pergi tempat wayang.
Laju semacam berjalan dengan ayah .
Maknya ditinggal kat belakang .
Beli tiket , aku mintak adik jual tiket tu cakap , wayang belum start lagi kena tunggu lama sikit.
Kalau kami kata dia tak mau dengar .
Bila kakak tu kata baru dia slow down sikit .
Kalau tak melalak dia kat situ .
So sempatla maknya cuci mata , tapi tak sempat nak beli apa pun .
Sampai masa , nak singgah beli popcorn Farhan tak kasi, dia beria ajak kami terus tengok wayang .
Kami nak jugak beli, sebab yang makan pop corn tu nanti Farhan jugak .

Betul Tifa cakap masuk wayang , makan makan sampai habis terus tidur ko .Puaskan hati dia nak tengok wayang .
Ekceli ayahnya memang nak tengok sangat cerita tu , so kira oklahkan, bukan semata mata nak layan permintaan anak 3 tahun yang aku rasa tak munasabah .

Bak kata hubby , sabar kitorang dah sampai kat kepala ni ha belum kuar jer lagi . Anak bertuah betul . Apa dia nak , nak lah jugak . Ikut perangai siapa yer ? Maknya tak mau mengaku :) Sabo jer lah .

2 comments:

zh-ena said...

betul tu anak ena pun sama
apa yg dia nak tetap la nak jgk

Tifa said...

pening pening maknya nak menjawab :)

Click click Nuffnang