Kawan - kawan

Wednesday, July 14, 2010

Macam mana nak tidurkan baby bawah 2 tahun

Senang tak nak tidurkan baby bawah 2 tahun ? 
Bukan senang kan ... 
Nak nak yang BF ibu dia asyik nak mengemping setiap saat. 
Kalau tak tidur pun macam - macam aktiviti yang akan di buatnya . 
Memanjat lah apa lah . 
Kalau kita ke dapur , diikutnya kita ke dapur . 
Kalau kita nak memasak nak tolong masak juga . 
Selagi kita tak tidurkan baby ni , selagi itu kita tak boleh buat kerja lain.
So macam mana nak tidurkan mereka? Ni apa yang tifa praktik yang sesuai dengan FARHAN. Apa yang kita praktik mungkin tak sama ngan orang lain . Mana tau berguna bukan rugi pun share.

1. Bilik tidur yang sunyi.
Tifa perasan , tempat tidur yang sunyi membuatkan baby tidur dengan nyenyak. 
Baby pun tak senang jaga .
Itu yang Tifa suka tu.
Boleh la Tifa buat kerja masa dia tidur.
Gosok baju ke tak pun turun bawah kemas kat bawah.

2.Train baby sejak kecil untuk tidur awal.
Tifa start train Farhan tidur pada pukul 8 malam.
So around 8 to 9 dia dah mula tidur and wake up for susu at 12 then sambung tidur sampai the next day around 5 . So Tifa tak ada masalah untuk bangun malam buat susu kerana susu cap gantung kan ada. I love it. Inilah kebaikan BF.

3. pastikan baby ambil dinner.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati .
Jangan biarkan baby lapar. Kalau lapar memang selalu terjaga.
So biasanya dinnner baby tak macam kita . 
Tifa make it around 6 to 7 kalau tak ada tetamu di rumah .

4. Peluk baby
Semasa nak tidurkan dia hug baby and cium dia .
Memang cepat tidur . Baby suka di belai .
Mesti dia tidur cepat . 

5. Sapu baby oil 
Jenama baby johnson tu works for Farhan . Babu wangi tu buat dia Cepat tidur. Dengan Tifa sekali layan tidur. :)
Sambil buat dia tidur bagus untuk kulit dia.


6. Lampin sentiasa kering .
Ni wajib . Before Tifa nak Tidur, Tifa akan change diapers baby. So lagi lena dia tidur.Satu lagi check samada dia kembung ke tak.

7. Bilik yang sejuk .
Apa lagi my baby Farhan kalau tak ada aircond memang tak sah .Kalau panas susah dia nak tidur . Farhan kuat berpeluh . Terpaksalah kami pasang aircond untuk dia feel more comfortable. Macam kitalah , kalau berpeluh sure melekit and susah nak tidur.


Itu aje yang dapat Tifa share . Hope will help . 
Sharing is caring

No comments:

Click click Nuffnang