Daily task yang dah jadi rutin .
Pagi pagi , aku akan hantar dia ke rumah babysitter.Masa tu dia belum bangun lagi . So ibu dia la dok mendukung masuk dalam kereta . Bila sampai rumah Mun, Tifa dukung lagi Farhan .
Memang dia masih nak bermanja manja walaupun dah cukup tak larat nak mendukungnya .
So petang Tifa jugak yang ambil dia . So Tifa layan dia kalau dia nak makan aiskrim. Lepas tu makan dengan Tifa . Kalau tak larat kompem aku tapau makan kat kedai . Kalau aku larat masaklah apa yang patut. Telur mata kerbau pun jadi asalkan masak . Farhan tak cerewet sangat bab makan . Tapi wajib nak minum air yogurt bliss . Feberet dia selalu. Lagi satu pelbagai jenis kerepek patut ada di rumah . Tak pun fruitss....
Sambil aku tengok Top Chef, sambil lipat kain . Aku layan dia menggomel . Macam macam dia bercerita sampai aku pun tak larat nak layan. Tapi bagus jugak , ada kawan untuk aku berbual .
Kalau ada ayah dia , aku bagi ayah dia layan dia bercakap . So laju sikit aku buat kerja rumah.
Kami tak ada maid . So sumer buat sendiri . Tunggang langgang, penat sumer kami tanggung sendiri. Tak larat nak layan karenah maid . Lebih baik penat daripada jaga hati orang .Full stop .
Memang penat . Memang tabik pada full time housewife . Kerja paling mulia . Aku sanggup pi kerja dari duduk rumah . Kalau nak bercuti, kami akan keluar dari rumah sebab kerja rumah tak pernah habis .
My life is hectic . Penat . Tak cukup masa . Kelam kabut semua pun rasa sekarang ni. Kalau nak berjaya ini bukan alasan . Fikir masa depan . Part time study memang jalan pintas . Kerja swasta tak ada orang nak bayar gaji walaupun tengah belajar . Keluar duit EPF, so tangguh beli rumah . Biar laki aku pk . Banyak pengorbanan , masa dengan anak, masa with family, kadang kadang curik masa pi lunch dnegan hubby. Kalau hubby pun busy , aku pinjam adik aku yang belajar kat uitm . Babysit anak aku. Penat sikit tak apa kan. Asalkan enjoy . Tapi bagus juga busy , dari tak buat apa apa.
Tapi kasihan kat Farhan . Kadang kadang study group aku pun dia kena join .
Tapi Tifa dah prepare segala barang mainan and also his colouring book .So that he could stay calm while i can proceed with my study group . I will make sure my study will take maximum for 3 hours .
I will ask my babysitter to make sure he got enough sleep . Besides, i will tell Farhan that i'm going to have study group and if he want to join me on the study group , he should get enough sleep.
Bila weekend, aku mintak hubby jaga sebab sekarang everyweek aku ada kelas . Sian hubby. Tapi segala kelengkapan Tifa dah get ready. Tifa masak kemas , sumer dah settle. Hubbyy tinggal main dengan Farhan . Itu jer aku request. Tapi weekend anak beranak dok bantai tido. Bila aku balik depa ajak aku jalan. Walaupun aku penat aku layankan ajer . Sebab happy bila bersama family. Penat pun hilang bila nampak depa happy.
So walaupun semakin sibuk , tapi Tifa happy dan bersyukur kerana Allah kurniakan kami kesihatan.
Walaupun masa bersama sikecil kurang, tapi spend quality time with limited time. So terpaksa korbankan masa berblog . :)
2 comments:
well, tifa...thats the price we have to pay for success.
all the best to u.insyaAllah, itu la yg membawa kemanisan bila berjaya
Thanks Is...
Post a Comment