Kawan - kawan

Friday, July 6, 2012

Sizzling yee mee favorite anak


Favourite anak aku sekarang . Kalau nak keluar je nak makan mee, kalau nak keluar jer mintak mee.
Dia panggil ni mee kicap. Sedap , aku jadi pelanggan tetap yee mee sizzling ni.
Aku makan dia Mr Kaya Kota Kemuning tempat study group .
Memang mantap lah rasa dia .
Aku ingat nak kena cari resipi buat kat rumah . Air tangan ibu lagi sedap kan ?

1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)


300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

 









Bahan bahan :
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
ambil kat sini
Nanti dah siap hasilnya Tifa persembahkan di blog hokey :)

No comments:

Click click Nuffnang