Kawan - kawan

Monday, March 26, 2012

Apa yang orang lelaki suka shopping ?

Bila cerita pasal apa orang lelaki suka shopping memang pening .
Kalau perempuan , semua benda pun kita panggil shopping .
Banyak sangat nak di shopping sampai tak tahu nak shopping apa.
Tapi orang laki kalau shopping setahun sekali ajer kan ?
Time raya, beli baju raya. Yang lain tu jarang unless memang hobby dia shopping macam kami orang perempuan .
Kalau diorang shopping , mesti mahal mahal . Tak macam perempuan barang perempuan murah murah :)

1. Perfume
Memang susah benar nak pilih perfume apa diorang suka. mesti pergi dari satu kaunter ke satu kaunter . Fikir punya lama fikir barulah terbeli. Sekali beli sambar terus dua. Sebab tak ada masa nak pi survey macam kita orang perempuan .

2. Baju kerja
Biasanyer depa shopping baju kerja masa ada sale. Baju orang laki bukannya murah . So hujung tahun memang time mereka shopping sebab ada sale . Kalau beli terus banyak . Senang tak yah ulang ulang lagi .

3. Gadget
Mula mula depa baca review .
Lepas tu bermulalah aktiviti shopping diorang.
Handphone, laptop,  memang rajin jer diorang menepek kat kedai .kalau bagi tiga empat jam pun diorang sanggup melanguk kat kedai tu . Kalau tak beli hari ni sanggup depa datang lagi the next day .
Pastu survey kat mana kedai paling murah .

4. Kasut
Ni pun diorang suka . Beli sekali lepas 5 ke 6 tahun baru beli lagi . Tu yang lama jugak diorang nak membelek. Kalau tak jangan harap mereka nak singgah beli kasut lagi .

5. Spek mata
Ni pun sama, kalau beli mesti pakai sampai bila bila . nak tukar pun masa rosak ajer.


Ni adalah di antara barang yang depa suka shopping . Ada lagi tak nak tambah?
Barang lain yang diorang tak beli tu semua wife la yang tukang beli .

Kalau nak bagi list orang perempuan satu entry belum tentu habis :)

Dapat idea masa layan en hubby bershopping .Dia shopping setahun sekali jer . Lepas tu x de nyer nak shopping . Pening den duduk kedai perfume . Tunggu punya tunggu inilah hasilnya . Mandi perfume la gamaknya laki aku ::)


No comments:

Click click Nuffnang