Kawan - kawan

Sunday, November 13, 2011

Aksi Farhan membuat split

Ni Tifa memang tak paham dan cuba nak faham.
Mana ntah dia dapat akal nak buat split .
Aktiviti dia dan ayah dia .
Tifa nampak dalam tepon hubby.
Terkezut aku ha.
Tulang lembut lagi boleh la buat macam tu .
Kalau aku buat mau terkoyak.
Seriau aku .
Bertuah punya anak . Boleh tersengih lagi tu .
Masa kat kampung raya haji hari tu .
Tifa nak tengok , mintak dia buat lagi .
Haram jadah dia. Tak mau ulang balik aksi menakutkan ini .
Nasib baik hubby ada bahan bukti .
Nanti dah besar aku nak tunjuk kat dia .
Macam macam hal .Mana belajar ntah . Adakah pengaruh You tube ?
Ngucap banyak banyak .

2 comments:

Admin said...

Assalamualaikum....

Aksi seperti itu biasa dibuat atau diamalkan oleh pelatih seni beladiri (martial art) sebagai salah satu regangan pada bahagian kaki.

Selain itu ia memberi manfaat pada fleksibiliti atau pergerakkan kaki apabila membuat tendangan. Selalunya aksi seperti itu dapat dilihat dalam seni beladiri Tae Kwon Do (sbb sy pun belajar TKD).

Mungkin "budak kecik" ni ada melihat aksi beladiri ataupun aksi dari pelakon drama / filem di TV, tak pun pada gambar di majalah dan surat khabar.

Walaupun aksi split ni ada kebaikkan, namun jika dibuat secara melampau atau dengan teknik yang salah, ia boleh mendatangkan kecederaan.

Unknown said...

Thanks for da info

Click click Nuffnang