Kawan - kawan

Wednesday, December 1, 2010

Kacang pandai

Anakku hantu pistachio ..Nasib baik warehouse kacang depan umah Tifa aje .

Kalau siapa lalu federal highway mesti nampak signboard besar Mahnaz.

Pistachio atau dikenali dengan kacang pandai …

Ahahah tu mak Tifa panggil  masa kecik kecik .

Selain kismis mak paksa makan kacang ini.

Walaupun Tifa memang hantu kacang , masa kecik bila emak tunjuk kacang warna hijau macam tak ade selera .

Takut jadi macam incredible hulk.

Huk aloh tak logic langsung kan ? Masa kecil kecil imaginasi cukup tinggi .

Tapi bila dah besar , boleh tahan juga rasa pistachio ni .

Masa mengandungkan Farhan memang suka makan kacang .

Tu yang bila sekarang pantang Nampak kacang , banyak betul dia ngap.

Yang bahayanya tentang pistachio ni pada budak budak  , kulit luar tu kan keras, semalam sampai terlekat kat celah gigi .

Ayah nya la yang tolong keluarkan .

 

Confirmlah En Pistachio ini banyak khasiatnya .

Bila di google ,  49 biji pistachio sama dengan 160 to 170 kalori which is rendah kalori dan juga berfiber tinggi . Semestinya bagus untuk orang yang sedang berdiet .

Dan dia mengandungi good fat yang baik untuk jantung kita . Ada 30 vitamins,minerals. Sebab banyak khasiat, agaknyala nama dia lekat jadi Kacang pandai kot .

 

3 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

suka jugak makan kacang cerdik ni :)

tifa said...

sedap kan kan kan

eynda said...

Eynda panggil kacang cerdik...anak2 tak reti makan...eynda & hubby je :-D

Click click Nuffnang