Boleh ke masalah selesai dengan menggantung diri ?
Makin bertambah masalah.
Kesian kat family, kasihan pada anak-anak yang ditinggalkan.
Tersiksa jasad.
Sebagai orang Islam banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah.
Cuba fikir dengan lebih mendalam.
Mendengar kisah memang Tifa terkejut.
Tak sangka perkara begini akan berlaku . Sedihnya…
BUKIT MERTAJAM 19 Sept. – Ahli keluarga pengasas kosmetik Aveer, Sarina Jaafar yang ditemui mati tergantung di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, percaya kematian usahawan wanita itu berpunca daripada masalah keluarga.
Anak saudaranya, Naimah Sahid, 32, memberitahu, ibu saudaranya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Anjang sering mengadu mengalami tekanan perasaan, malah pernah cuba membunuh diri sebelum ini dengan mengelar pergelangan tangannya.
Sehubungan itu, katanya, desas-desus mengatakan kematian Sarina mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini, adalah tidak berasas.
‘‘Mereka (Sarina dan Sosilawati) memang mengenali antara satu sama lain kerana Sarina pernah mengedarkan produk keluaran syarikat milik Sosilawati beberapa tahun lalu, tetapi sekarang dia hanya menguruskan produk perniagaannya sendiri.
‘‘Arwah sering meluahkan rasa sedih dengan masalah keluarga yang dihadapinya. Dia tidak mengalami masalah dengan perniagaannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Sarina di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment