Kawan - kawan

Thursday, August 19, 2010

Gambar kelas di masa hadapan- Lawak tak boleh blah

 

Gambar kelas di masa depan

cid:image001.jpg@01CB3F83.55B2FBD0

Biasalah tiap-tiap tahun sekolah akan ambil gambar kelas. Oleh kerana gambar sekarang ni dah bersaiz 4R harga dah mahal sikit , RM10 sekeping. Jadi murid-murid darjah 6 Bunga Raya di sebuah sekolah dimanantah sgt berkira nak beli gambar kelas tersebut.RM10 boleh buat topup 2-3 minggu tu .

Lagi pun diaorang tunggu seseorang yang akan upload gambar kelas diaorang ke Facebook baru masing-masing nak save. Biasalah skrg ni zaman digital, gambar-gambar bersaiz besar ni pun tak muat nak masuk dalam album.

Kecewa sebab tak dapat komisyen dari menjual gambar kelas tu, Cikgu Radin memujuk anak muridnya membeli gambar kelas tersebut:


Cikgu Radin : Kamu semua tak faham lagi kegunaan gambar kelas ni pada masa sekarang tapi gambar ni amat bermakna dan menjadi kenangan manis di masa hadapan bila kamu dah bekerja.

Sorang pun takde yang menyahut, lalu Cikgu Radin sambung lagi..

Cuba kamu bayangkan 10 tahun dari sekarang semasa kamu tgk gambar ni dan berkata: ni Siti dah jadi Doktor, ni Sumardy dah jadi engineer , ni Faris dah jadi artis…

Tiba-tiba Ajoi menyampuk dari belakang…..”Ni Cikgu Radin, dah meninggal…”

Dan apa lagi, Ajoi pun didenda lari mengundur keliling padang sebanyak lapan round…

 

 

 

 

 

No comments:

Click click Nuffnang