Bukan tak kisah ...
Tapi kerja manyak kat opis ...
Memang sangat rindu mahu buka blog ...Nak jalan-jalan blog orang..
Sempat baca dua tiga entry orang pastu sambung kerja....
Malam tadi baru mimpi .
Mimpi sampai terjaga di tengah malam hari ...
Then terkejut sorang sorang terkebil kebil .
Takut pun ada . Nak jerit sapa nak dengar . Cik abang confirm tidur lena.
Tifa kejut minta tolong . Minta tolong dengar aje.
En. Hubby minta tolong dengar dan sambung tidur balik .
Farhan terjaga sekejap .Agaknya dia dengar ibunya mengadukat ayah .
Anak beranak sama aje...sambung tidur balik.
Ibunya aje dok terkebil-kebil sengsorang .
Apa nak buat.
Nak tidur balik pun macam takut .
Takut mimpi tu bersambung .Ngarut tak ?
Pernah jadi nih , mimpi Tifa bersambung berepisod episod.
Dua hari berturut-turut beb.
Mana tak kecut perut .
Bangun tidur , mimpi sudah lupa. Tapi rasa takut ada lagi .
Adakah saya seorang penakut ?
Ataupun memang kes macam ni memang biasa.
* Tifa tak biasa dengan benda benda macam ini
Any pengalaman nak share?
Tolong-tolong :)
4 comments:
pernah kak pernah... min pon pernah mimpi sambung2 episod2 nih... yg seramnya kalau mimpi tu cite antu... kala mimpi tu yg best, min siap bleh fikir2 lagi nak sambung camne :p
akak mimpi apa sebenarnya ni? insyaALLAH tu mainan tido je kot.. kalau jd lagi camtu kan ada doa untuk mimpi buruk...
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
lalu meludah 3X ke arah kiri
ALLOHUMMA INNII A’UUDZUBIKA MIN ‘AMALISY SYAITHOON,
WA SAYYI-AATIL A_HLAAM
"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan
dan buruknya mimpi"
jangan ludah ke muka laki sudah la ye. hahah
apa yang buruk sgt mimpi tue....
kesian dia..byk2 baca ayat kursi...
Thank you for the info guys
Post a Comment