Kawan - kawan

Thursday, May 6, 2010

It's all about Food

Tifa sangat jeles dengan orang yang colek makanan sambal berkata "gulai ni kurang asam, kurang masin".
Memang Tifa tabik spring la orang yang boleh buat macam ni.
Macam mana you all boleh pandai masak ye ? 
Sangat sangat adore.
Tifa masak gitu gitu retilah .
 Makan pandai ye.Nasib baik hubby boleh makan apa yang Tifa masak. Jadilah :)
Tifa suka jalan jalan cari makan. Tapi kadang-kadang tu makan kat rumah juga yang sedap/
Makanan yang colourful adalah sangat menyelerakan ok.
Pantang dengar makanan yang sedap pasti kitorang serbu.
Tifa and hubby suka try food baru .
Satu lagi orang yang sangat suka buat kek.
Yummy.
Tengok gambar pun dah terliur.

Macam kak Fida punya blog.Kalau baca blog dia mesti pasal food.
Tak pun blog Nieza. Bertuah your hubbies. Mesti laki sayang :)
Bilalah Tifa nak belajar memasak ni. Tunggu Farhan besor sikitlah :)
*Alasan je tu kan ?

2 comments:

Nieza Ishak said...

Tifa,

nieza kena gak masak sedap2 ekut selera hubby sbb hubby fussy sket dalam sesetengah makanan yang dia nak makan atau teringin nak makan.

kdg2 ada masanya dia nak nieza masak rasa macam kat kedai yg dia makan. Fening tauuuu .. mana nieza nak ingat rasanya.

tp nieza tetap nieza ... campak2 gasak, lama2 dia dah rasi dgn air tangan nieza ...dia tak komplen dah.

** 1 lagi kalo dia bawak pi makan sedap2 pastu mesti dia cakap " cuba ibu masak macamni..rasa pastu ingat, nanti kat umah boleh buat" haihhhhhhh ... mana la nak ingat rasa masakan tue last2 nieza google jerk tenet pastu campak-campak ..licin jugak hahahahah. Belasah cukup.

tifa said...

air tangan isteri dia dah sedap ..campak campak pun sedap :)

Click click Nuffnang