Kawan - kawan

Wednesday, May 5, 2010

The First Cry

Share your first baby birth experience
Mari join contest kawan-kawan. Mesti your 1st baby birth experience tak boleh dilupakan . 
Betul tak ? 

Macam baru semalam Tifa dengar suara Farhan bila dia keluar daripada perut Tifa walaupun peristiwa tersebut sudah satu tahun berlalu.Walaupun begitu, pengalaman tu tetap tersemat di kalbu and Tifa consider as my sweet memory. Rasa diri ini sudah lengkap sebagai seorang wanita.Kisahnya macam ni, week 39 tifa ajak hubby pergi buat regular check up.Dalam hati ni dok fikir bilalah baby mau keluar nak oii. Rajin pula dia dok menendang. Tidur malam memang selalu terjaga sebab baby suka tendang ibu dia. Kadang kadang ayah pun boleh terjaga.
Tifa ada simpan video aksi tendang menendang Farhan as my simpanan peribadi. I told you sangat kelakar. Baby tak mahu dok diam.Tiap tipa malam hubby jadi tukang urut, urut kaki Tifa yang lenguh- lenguh.Sakit tuhan aje yang tahu. Baru tahu bagaimana perit, my mum melahirkan Tifa and adik-adik.


Masa tu kami dah bagi nama baby.Gender pn dah tau masa tu. Pendek kata semua kelengkapan sudah siap.Tinggal nak tunggu baby keluar aje :)
"Farhan" same meaning as my name "Farah". Farah Farhan oklah tu ....* Teringat my FIL mahu beri nama Abdul Razak.But my hubby tetap mahu bagi nama "Farhan". Kegembiraan@hapiness.
Anyway..tak kisahla.

Then masa check up, Puan doktor tak bagi any response.We all dah berdebar-debar di situ, bila baby nak keluar.*Kes tak sabar nak rasa macam mana jadi mak and ayah ni.Ayah pun dah excited tak ingat dah masa tu.All appoinment ke kursus yang relate dengan kerja outstation pun telah dibatalkan.
Semata mata mahu menunggu kedatangan orang baru.Kalau ada appoinment pun semua area Shah Alam sahaja.Senang mahu gerak in case of emergency call.

Then Dr Kam mahu check kat bawah la.Memang cuak masa tu .Takut pun ada.Mana ada experience .
Tapi dah tak boleh undur belakang .* Takut lah 1st time maaa...yang tengah baca jangan dok gelak ye....tu la akibatnya banyak sangat tengok cara nak bersalin dalam you tube. Perasan berani ...ihihi

So doctor pun masukkan tangan dia...Memang terasa senak . Sabar ajelah."Awak boleh datang esok ya, kita bersalin esok. Dah buka 3 cm dah " dengan selamba doktor berkata.Tifa senyum aje walaupun dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

Masa Tifa dengar tu , macam tak percaya. How come sudah buka 2cm tapi Tifa tak rasa apa-apa ?
Boleh ke ini macam? Esok suruh datang balik . Siap ambil MC lagi.Ayah memang sangatlah suka. Sebab dia tak perlu menggelabah .Date bila nak deliver sudah tahu.Waktu itu Tifa yang menjadi semakin takut. Kecut perut Tifa.

Sebelum apa-apa, Tifa ajak ayah singgah office, settlekan apa yang patut.Handover yang mana perlu. Yelah 2 bulan cuti, takkan nak buat tak tahu aje. Sempat berborak and say goodbye lagi.
Then ayah jemput ajak balik. Balik rumah, Tifa siap-siap kemas barang yang patut.Then ibu rehat sekejap ambil nap.Bangun-bangun aje ayah ajak ibu pergi melepaskan hajat yang belum dicapai..
"Nak makan apa? "
"Nak buat apa ?"
Since lepas bersalin perlu berpantang.So apa lagi,cepat-cepat ibu siap since dah dapat green light.Masa tu ibu ajak ayah makan Kenny Rogers.Bersungguh-sungguh ibu makan.Ada masa sikit lagi, kami tengok wayang. Seingat ibu, kami watch "ip man".Berkungfu bagai and waktu tu baby menendang.
"Sabar baby...esok je keluar, bagi peluang kat ibu berdating ngan ayah".Balik balik ibu tidur and get rehat yang cukup.

Bangun subuh-subuh lagi sebab doktor suruh masuk pukul 7 pagi. Ibu breakfast kuih sahaja.
Walaupun puan misi dah suruh makan banyak banyak bagi ada tenaga.Tapi tak ada seleralah.

Sesampai di sana, kami register and masuk ke bilik yang telah disediakan.Tukar uniform , buang air and rehat rehat tunggu sehingga staff nurse datang.Lepas satu jam, they all panggil ibu masuk bilik bersalin.Nak induce.Jarumnya panjang weyh. Tak takut pun sebab Tifa dah biasa nampak jarum.
Tapi cik abang macam mau pengsan.Ayah mabuk darah, bau darah pun dia tak tahan. Nak muntah katanya.

After satu jam di suntik baru start rasa sakit. Mula mula macam sengugut aje. Lama kelamaan bertambah lah sakit sehingga ibu tak tahan. Habis tangan ayah jadi mangsa dicubit, di pegang . Pendek kata tempat melepaskan geram.Ada juga nurse disitu advise suruh ambil epidural. Mula mula ibu taknak, then ayah yang tahan tengok ibu tahan sakit. Akhirnya dia minta epidural pada NURSE disitu.
Buat keputusan lambat, akibatnya dalam sakit-sakit itu terpaksa menunggu pakar bius sampai.Before dapat epidural, kena lagi sedas suntikan menyebabkan ibu separuh sedar. Cakap pun yang bukan-bukan.Mana taknya nak tidur mereka tak bagi tidur.

Doktor epidural sampai dua jam selepas itu. Masa itu, Tifa rasa macam ada benda nak keluar , tapi doktor kata jangan push selagi tidak diarahkan.Dugaan.After disuntik, ibu terlena. Sedar-sedar Dr. Kam sudah sampai check sudah buka ke belum."Ok, dah open 7cm, baby mahu keluar. Where is the father ? " Masa tu baru sedar ayah tidak ada kat situ . Peri lunch , lama sangat teman ibu lapar agaknya.Sesampainya ayah , doktor suruh push . Ahahaha ...ibu tak tahu push . Siap doktor ajar. Inilah akibatnyanya tak join antenatal class. Follow aje Dr. punya instruction. 1st time tak boleh. Then 2nd time push , "Saya dah nampak kepala. Lepas ni awak push ye , saya nak potong."

Sekali push , Tifa terdengar bunyi gunting kerat sesuatu. Masa tu kan tak rasa sakit sebab effect epidural. Then i heard suara baby crying . Wah..keluar keluar je dah nangis. Baby diletakkan di atas perut ibu. Berdarah2 lagi. Amazing. Kuasa tuhan. Bergenang air mata ibu. Syoknya this moment. Macam tak percaya. Baby yang dalam perut sudah keluar.Perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata . Unbeleivable.Last word, rugi tak bawa kamera/video untuk rakam this moment. Masa tu sakit hilang, rasa nak bersalin lagi aje masa tu juga :)

Lesson learn yang Tifa dapat, betapa bestnya perasaan menjadi ibu . Baru Tifa faham perasaan seorang ibu.
Hadiah pun menarik :
  1. Grand Prize Winner x 1 – FREE Designer Inspired bag of the winner’s choice (any bag available on the website)
  2. Consolation Prizes (Unlimited) – All submissions gets 15% Mother’s Day Cash Voucher To Shop At AliceWonders.com

Senang aje . Ikut aje macam kat bawah ni :

  • Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.
  • Must link AliceWonders.com and MomBloggersPlanet’s contest giveaway post
  • Must put the contest banner and link back to this contest page.
  • Leave the URL to your entry in the comment box below.
Jangan lupa lawat website mereka ...

http://AliceWonders.com
http://mombloggersplanet.com/3939/mothers-day-giveaway-by-alice-wonders/




1 comment:

sisdee said...

memang hanya IBU yang paham camne perasaan bila anak lahirkan :)
bygkan...manusia yg keluar dari perut kita :O
sungguh AGUNG kurniaan Allah itu..

i anak 2nd dpt tgk dia terus..yg 1st baby kena bawa lari sbb dia dah terberak kat dlm perut...tp nsb tak apa2 :)
masa 2nd deliver tu yg dgn darah2 dia letak kat perut..masa tu MASYAALLAH!!! tak tau nk ungkp kata2 :)

Click click Nuffnang