Betul ke apa i cakap ni.
Ini Tifa focus on budak budak lah.
Rumah .
Kita rasa tempat yang paling selamat tapi tanpa kita sedari sangat sangat berbahaya kepada anak kita.
Kawasan yang berpotensi berbahaya kepada anak kita :
1. Dapur
Ni bahaya ni. Tanpa pantauan memang tak tahu apa jadi . Silap silap periuk belanga habis terbalik . Pinggan mangkuk boleh pecah . Pinggan mangkuk tu tak kisahlah tapi kalau kaca tu anak anak kita pijak apa akan jadi ?
2. Bilik air
Make sure baldi ke haram jadah tu dikosongkan . Lagi satu paling bagus tutup pintu bilik mandi. Sebab bilik mandi kan licin . Anak kita bukan tahu apa itu licin . Kalau sekali jatuh memang tak tau nak cakap lah .
3.Tangga
Kalau nampak tangga , apa lagi ..budak budak ni suka panjat lepas tu lompat. Tak pun di gayutnya.Lagi satu apa yang mereka suka buat adalah naik tangga sambil berlari.
4. Alas Meja
Perasan tak budak budak suka tarik alas meja. Bukan apa kalau ada barang atas meja tu, confirm semua barang atas tu jatuh . Kalau kena confirm kena kat kepala.
5. Alat tajam
Simpan semua barang barang yang tajam ye.
Jangan ingat pen tu nampak tumpul tak berbahaya kepada budak budak . Sangat berbahaya. Imaginasi mereka sangat tinggi okay.Mereka mungkin boleh membayangkan pen tu sebagai pedang . Logik tak ?
Tifa terfikir semua ni bila tengok Farhan masuk sekeliling rumah and main apa yang ada kat rumah tu.
So Tifa memang sudah mula beringat sebelum kena. Risau betul .
* Sangat risau farhan sudah mula panjat grill and lompat . Walaupun rendah tapi ngeri rasanya.
No comments:
Post a Comment