Kawan - kawan

Monday, April 5, 2010

apa yang best di hujung minggu

 Hari Bersuka Ria
Hujung minggu dalam dictionary Tifa adalah hari bersuka ria. Bukanlah nak bersuka suka sangat . Cuma masa yang ada tu digunakan untuk tengok wayang , window shopping tak pun makan makan. Apa yang wajib tifa buat adalah singgah mana mana kedai kopi untuk merasa keenakan coffee. Tak pun pergilah ke kedai donut atau kedai kek .
 Hari membeli barang rumah
Dan hujung minggu juga adalah hari membeli barang barang basah dan kering . Pergi Tesco atau seksyen 13 Tapi apa yang Tifa kurang syok sebab hari ni lah orang ramai keluar .Perkara yang perlu ditempuhi adalah traffic jam dan juga susah nak dapat parking . Tak pun beratur di cashier counter agak lama :) So kalau nak elak, kami dah gerak awal pagi.
 Tengok wayang
Tengok wayang pula adalah aktiviti wajib. Itu pun kalau ada yang nak jaga Farhan .Kalau tak pun kami tonton DVD senang sikit . Boleh spend time dengan Farhan .Kalau dah pergi tengok wayang tu, mesti teringat anak di rumah . Walaupun ada Farhan keadaan jadi huru hara, tapi kalau tak ada dia rasa sunyi pula.
 Balik Kampung
Lagi satu adalah balik kampung day.Bawa Farhan jumpa ayam itu :) Itu sampingan aje. Yang penting Farhan mesti jumpa atuk,wan, mbah and mak dia.Jadi kampung boy jap. Kalau balik kampung , ibu boleh nampak betapa gembiranya Farhan sebab dia ada geng .Sepupu sepupunya la siapa lagi .       
Hari mengemas rumah
Wajib buat ni. Kalau tak ayah sure bising punya . Itu je masa yang ada untuk berkemas.Kalau hari biasa dah start buat sikit sikit. No problem la.Kalau tak sempat, tahu la macam mana baju bertimbun, bertingkat baju nak digosok . Mana nak layan Farhan lagi .
* Kalau ayah baca entri ni agaknya dia nak bagi ibu maid tak ?

2 comments:

eynda said...

Bagus la weekend tak terbuang masa begitu saje kan :-)

Unknown said...

Memang rasa tak cukup masa . Rasa nak cuti aje hari isnin :)

Click click Nuffnang