Kawan - kawan

Tuesday, January 5, 2010

Semakin aktif ...



Farhan dah masuk 8 bulan setengah . Semakin aktif tak tau nak kata la .Ibu pun Turut bersenam . Ibu ke dapur nak ikut, ibu ke toilet pun nak diikut . Kalau ayah ada memang senang kerja. Kalau tak satu apa pun tak boleh buat.Nak buat kerja rumah mestilah waktu farhan tidur . Kalau tak lebih baik jaga Farhan n tak buat apa - apa. Bukannya apa keselamatannya amatlah dipentingkan .

Cakaplah apa yang tak dipanjat . Jatuh pun dah banyak kali. Tapi tak juga serik serik.Panjat tangga pun dah pandai . Asyik kena jerit jer dengan ibu . Kalau ibu jerit , nanti ada aje sahutannya . Buat ibu yang nak marah rasa nak tergelak gelihati .


Tapi kalau pasal makan memang menurut kata . Bagila apa pun mesti dimamam sampai habis tak gerak gerak . Itu je la masa dia ikut kata ibu .

Dalam kereta pun tak duduk diam . Mesti mak tengok kat luar . Itu pun dah tak mahu dipegang . Sangat bahaya kalau ibu sorang sorang . Bagi mainan baru senyap.
Tapi paling senang skali adalah bagi dia pegang stereng kereta . Senyap tak ingat . Tapi nak digigit la pulak stereng kereta tu. Nak jadi driver F1 kot :)
* ni masa kereta berhenti okay :)

Sehari duduk dengannya memang penatlah . Macam mana la baysitter jaga. Mungkin sebab dia dah pro jaga anak orang kot . So boleh handle si kecik Farhan itu .


Dan paling tak sampai hati apabila melihat dia menangis . Itu lah perasaan seorang ibu agaknya ....

No comments:

Click click Nuffnang