Kawan - kawan

Thursday, December 31, 2009

Farhan main cak cak

Kitorang spend masa ngan Farhan cuma hujung minggu . Yelah ibu ngan ayah kan kerja....Bila kira kira dalam sehari tu hanya ada more or less dua jam je bermain bersama Farhan . Yang lebih tu masa Farhan tidur . Ibu memang tak halang Farhan tidur coz di rumah baby sitter nya Farhan tak mau tidur . kERJA NYA NAK main aje. Di rumah kerana ada tangga, kalau farhan nak main pun mestilah under pengawasan kami berdua . Kalau tidak jangan haraplah dia nak main .

Farhan dah membesar bagai juara. Ahahaha ...(Tiru ayat iklan)
Sekarang dia sudah pandai main cak cak ngan ayah dia. Dia sangat suka menjerit okay . Panggil ayah ngan ibu tak pandai pun ."Mak ngan abah " je yang dia tau .
Favorite dia adalah suka melihat burung terbang . Riuh mulut dia membebel dan bercerita .


Sejak dah pandai merayau ni , abis laci ibu yang bawah sekali "dikemasnya". Toys yang ibu beli tak mau main . Barang barang ibu juga yang dia nak maian . Lantakla Farhan.
Farhan main cak cak ngan ayah sampai nangis nangis dia. Tapi dalam nangis tu nak main juga.Kelakar betul budak kecik ni .


Aunty Farhan datang ke rumah memang sangat suka menyakat sampai dia menangis . Kadang kadang ditakutkan sampai dia tertidur . Sian anak aku di buli . Siap ko ecah . Lagipun memang Farhan ni gembeng sikit . Pantang kena tinggal nangis . Nangis sampai ibu datang pujuk, barulah dia berhenti . Oh anakku .

No comments:

Click click Nuffnang