Kawan - kawan

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

2D1N di Gold Coast Morib


Selepas berpantang inilah percutian kali pertama . Pilih tempat yang dekat dekat aje. Lagipun booking pun last minute. Tujuan utama nak bagi Farhan gembira. Lagipun dia yang banyak tolong Tifa masa pantang. Ambil itu ini. Nasib baik boleh diharap. Kami ambil package promotion 2 pax dinner + 2 pax breakfast + 2 pax waterpark . Untuk Farhan Tifa bayar tambahan for dinner dan waterpark.

Lebih kurang tiga petang kami bertolak dari rumah. Tak jauh mana, satu jam perjalanan dari Shah Alam kami pun sampai.
Tapi sebelum tu kami singgah makan di warung berdekatan dengan hotel. Kebetulan ada buaian kat situ, apa lagi letak Umar dalam tu maknya pun melantak makan soto. Hubby makan nasi and tifa order goreng pisang.
     
Dah kenyang barulah check in. Cepat jugak proses dia . Tak ramai orang masa kami sampai.
Farhan yang tak sabar sabar nak masuk dalam air terus tukar pakaian . Tifa tukang ambil gambar jer. Bilik dia boleh tahan. Ada jakuzi lagi. Tifa yang tak mandi dok berendam dalam tu je la. Tapi view bilik Tifa pemandangan dia tak best.

So lepas rehat rehat TIfa pun join turun. Dari memerap dalam bilik kan tak best. Lagipun channel tv tak banyak. Dah purpose nak main air, main air je la sila abaikan yang lain.
Mula mula Farhan takut takut lepas tu ok jer.

Sempat Farhan buli ayah.
Tifa dengan Farhan.
Selfie pun sempat jugak.

Selain tu kami sempat juga jalan jalan pantai.

Malam kami dinner di hotel. Ambil pakej ,senang untuk orang yang ada anak kecil macam kami. Kalau nak rate makanan, Tifa boleh kata food variety just fine. Nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab kami bukan jenis yang suka makan buffet. Kami cuma makan shabu shabu, nasi goreng, dan kek. So tak boleh komen banyak. 

Aktiviti malam cuma duduk di bilik since semua dah kepenatan. Hubby dan Farhan plan nak main air keesokan harinya. Tifa cuma bermalasan di bilik dan have me time dengan Umar.

Just nak bagi tips kalau nak main air lagi keesokan harinya jangan tanggalkan tag tu. So boleh main semula dan tak payah beli tiket yang lain. Itu yang bagus bila pergi hotel ni. Farhan main sampai puas.

Kami check out tengah hari. Walaupun aktiviti kami tak banyak tapi penat boleh tahan juga. Pulang ke rumah sambung tidur berjamaah satu family sampai petang. 


Thursday, September 26, 2013

Jalan jalan lost world of Tambun

Last week Tifa and Family jalan jalan ke Tambun . 
Ambil time weekday to avoid jam . 
Sambil sambil tu dah janji nak bawa Farhan jalan - jalan . 
Dah lama tak jalan jalan satu Family . 

Tempahan semuanya buat melalui online dari hotel dan juga tiket . 
Senang tak payah nak fikir fikir bila sampai sana. Lagipun dapat discount lagi .

Kami dapat check in awal . Dalam info tulis pukul 3:00 sampai sampai jer kul 11 terus boleh check in . Tak ramai orang kot .So senang semua barang dah bawa masuk dalam hotel .


Budak yang paling happy tak sabar nak masuk sebab Farhan dah tanya apa yang ada dalam tu . So Tifa dah tunjuk dia website . So dah plan siap siap plan apa kitorang nak buat kat sana. 

Bab makan , masa masuk tak boleh bawa apa apa . So kami lunch dekat dalam . Standardlah harga makanan dia mahal daripada di luar . So sila cari option kalau tak mau beli di dalam . Isi perut siap siap dulu ke . Macam Tifa memang tak rajin nak bawa bekal . So beli je lah . Kiranya dah ada dalam budget cuti cuti kami . 

So apa lagi kitorang terjah petting zoo dulu . Farhan memang suka haiwan .
Dia kata bau pony ni 'busuk " Mulut tak de insuran betul kan anak aku ni . Busuk pun nak pegang jugak .
Satu lagi marmoset . Farhan suka sebab dia kecil sangat and so cute . Pada dia si mamorset ni monyet versi size xxxxxs
Dulu dia takut nak dekat dengan haiwan . Sekarang dah nampak berani . Dah besar kot .
Farhan dengan ayah tangkap ikan longkang . Bukan mudah nak tangkap ikan ni . 

Event of the day , tiger feeding . Memang ini yang dia tunggu tunggu .  Seronok betul dia jumpa rimau . 

Lepas tu kitorang mandi manda . Masa mandi manda tak rajin nak ambil gambar . 

Kami tidor di lost world hotel . Service pun cepat tak ada banyak soal  . Semuanya cepat baik check in ke check out .  

Bab breakfast , kira buffet dia quite ok . Tak adalah variety sangat tapi cukuplah untuk kami isi perut ni .

Overall kami rasa lepas ni nak datang lagi . Sebab di sini tenang je. Lagipun Farhan memang animal lover . Main air dia tak heran sangat . 

Pengalaman tak boleh dilupakan , balik dari tapah , tayar pancit lah pulak . Dugaan tapi ada hikmahnya kan ? Tersadai jugalah kami di tepi jalan dalam satu jam . 
Farhanlah budak yang paling tak sabar sekali .

Wednesday, May 2, 2012

Haiwan haiwan di Zoo Melaka

tengok harimau
Apa yang aku suka masa pergi zoo melaka ni , aku dapat bawa Farhan tengok haiwan dengan lebih dekat .
Asyik tengok kat tv memnag tak aci .
Dia sangat excited .
Kelakar jugak bila tengok expression muka Farhan .
Especially masa tengok gajah .
Ada sekali tu bila lepas tengok rusa " Ayah, tadi rusa tu macam nak cakap dengan Farhan pulak "
" Comelnye monkey ni "
" Eeeeii Zebbera :) "
" Wau besarnya Rhino "

" Besarnya Zirahafah " sebenarnya dia nak cakap tinggi tapi tak cukup vocab pulak .
Sampai balik rumah pun dia dook teringat kat kambing gurun warna hitam .
Baguskan dekatkan dia kat real world .
Memang dia suka zoo pun .
Dia suka kat haiwan haiwan .
Ingat nak naik tram . tapi terkenangkan dia memang suka tengok haiwan dengan lebih dekat , kami pun berusaha berjalan kaki keliling zoo melaka .
Nasib baik tak ramai orang sebab bukan school holiday pun .

Rhino

Rusa kot

Tak ingat nama la pulak

Burung kot dalam ni

Burung kakak tua

Farhan sibuk nak tengok ostrich dengan lebih dekat
Apa ntah anak beranak dok tengok tu

Masuk Masukjer entrance jumpa buaya

Farhan buat strory telling tengah panas. Jumpa singa waktu ni

Si beruang
Aku rasa tempat dia bersih , aku suka kehijauan kat zoo ni, walaupun hari panas rasa sejuk jer .
Semua kemudahan puna da kat sini . So tak yah risau kalau bawak budak tecik .
Lepas ni nak explore zoo lain lah .
Asalkan Farhan suka , aku lagilah suka .
Lain kali nak datang lagi

Friday, August 12, 2011

Medan Trip 2011- Makan - makan

Kali ni Tifa nak cerita tentang mana nak cari tempat makan.
Kalau lapar macam mana mau shopping kan ?

Famili Restoran 




















Restoran ni seberang GarudaPlaza Hotel .
So kami makan di sini 1st day masa kami sampai ke Medan.
Tifa pernah datang sini last year .
Agak jakun bila mereka hidang lauk banyak banyak .
Pilih yang nak makan aje . Yang tu kita bayar .
Yang lain tak payah bayar .
Rating harga 7/10 .
Kira sederhana lah . Tak murah tak mahal .
Rasa boleh tahan sedpanya . Kiranya bolehlah masuk tekak Melayu Tifa ni.

Teluk ibai 

*gurumi bakar


















Dalam banyak banyak Tifa suka makan ikan bakar di sini .
Harga pun berpatutan dan sedap . Free side dish lagi.
Sini makan ikan bakar dengan ayam bakar memang cun sangatlah .
Sedap betul .
Ikan Tilapia from lake toba buat bakar dan marinate.
Jus alpokat( avocado) adalah sangat sedap sepanjang Tifa duduk di sini .
Rating harga : 9/10 Murah .....

Koki Sonda
Makanan famous di sini adalah gurumi goreng ( tilapia).
Suasana nyaman sangat . 
Side dish free tau .
Rojak buat dengan ulam ulaman . 
Kami tambah dua kali .
Kangkung goreng belacan pun ada.
Restoran ini moden sikit . Pada menu ada harga . 
So bolehlah kira budget yang ada .
















 *Ulam ulaman & Rojak buah. Main menu dah habiskan dulu sebelum sempat disnap.Lapar sangat .

* Jus kedondong yang sedap.














Amalium Food Court 
Milik Garuda Hotel juga. From Garuda hotel ada shuttle bus kalau mahu ke sana. Tak sempat nak snap gambar. Tapi di sana Tifa merasa makan a bakso, my hubby makan nasi goreng pedas. Kuew teow goreng pun ada, makanan india pun ada. Banyak pilihan dan tempatnya bersih .
Masa Tifa makan, ramai yang tengah tengok bola. Masa malam yang Malaysia vs Singapura . Pada malam yang sama team indonesia pun ada game juga . Tak ingat siapa lawannya.


Option Lain , tempat ni tempat yang Tifa tak pergi tapi orang lain dah pergi .

Garuda Restoran , but no comment . Ada yang kata mahal . Tifa tak tengok lauk apa depa ambil. So tak experience tak boleh nak komen banyak banyak kan ?


Mc Donald
Ni Tifa sempat makan masa semua dah kepenatan . Sedap . Taste macam burger kampung . Rasa dia tak rasa western . Ikut tekak orang sana kot . Memang sedap :)

Hopefully my entry dapat membantu sapa sapa yang mahu ke sana

Thursday, August 11, 2011

Medan Trip 2011 - Tempat shopping yang harus anda pergi

Tempat - tempat yang harus dilawati jika ke Medan . Tifa Google cari medan.com. So from there Tifa decide mana nak pergi. Info tentang medan tak banyak dan detail . So kumpul sana sini baru jumpa.

Pajak Ikan 
















 * Tifa dah macam diorang dah. Tak larat nak shopping , tunggu kawan-kawan shopping kat kaki lima.Diorang yang menjual ni sibuk tunjuk barang jualan dia.Nasib baik tak tergoda.
Apa yang lagi dasyat, kami jumpa orang yang jual barang di Garuda Plaza. Kantoi disitu. My hubby yang perasan. Nasib baik tak beli barang diorang . Lesson learn jangan mudah terperdaya.
 
Nama je pasar ikan ,tapi sebenarnya tak ada jual seekor ikan pun.
Banyak kain baju , telekung , kain lace dan macam macam lagi .
Agak sesak keadaannya. Kalau bawak si comel , kepanasanlah jawabnya .Tapi kalau dah perempuan , panas semua tu memang tak perasan .Kat sini boleh cari tudung , tak pun nak tempah langsir datanglah ke mari . Sehari dua dah siap .Cadar pun ada .
Rambang mata dibuatnya .But, not in our budget. Kami dah buat budget siap siap so lain kali ajelah ye.

Medan Plaza







 *Boring tunggu ibu dia, Farhan sudah bukak kipas dia






Sale gila - gila gila . Diskaunnyer toksah cakap .
Brand yang besar besar tu adalah . Tapi materialnya sangat cantik dan berkualiti.
Tifa dah pergi tahun lepas , sebab tu la tulah Tifa datang lagi .
Tempat makan Esteler pun ada di sini . 
Dunkin donut ada ditingkat paling bawah .Tiga jam shopping kat sini tak cukup .

Medan Fair Plaza 
Di sini ada Carrefour dan juga,  Matahari yang lebih  besar compare to Medan Plaza.
Tu yang susah sikit nak control anak anak .
Kat sini lagi besar lagi ramai orang .
Tifa and hubby sambar seluar Levis sorang satu . Original hokey tapi harganya murah bangat.
Depends pada orang .Kalau Tifa suka ke Matahari di Medan plaza. Sunyi sikit .Bag laptop pun Tifa beli . Cik abang yang suka tapi dia belikan untuk wifey dia .
Tengs .

Sun Plaza
 * Sini ada playground. So budak budak boleh bermain.
 * Farhan dah tertidur dah masa ni . 3 jam tu.





 * Ini acara wajib, self camera









Sun Plaza ni high class punya shopping complex. Sekadar cuci mata. Ada playground. Dapat lepak di Starbucks cuci mata sementara si comel tidur .
























 * Di Sun Plaza si kecil still tidur. Kami gilir gilir dukung . Farhan kalau nak tidur, mana mana pun jadi.













Perhati orang lalu lalang .
Tengok baju apa depa pakai .Bag apa depa pakai .
Usha pun jadi.
Sogo dia tak macam sogo kita .
Takut nak masuk .
Cuci mata aje .
Berjuta juta rupiah harganya .  
Kalau convert lebih kurang di sini .
So cuci mata cukup . 
Nak shopping , baik shopping di Malaysia.
Tempat makan banyak kat sini .
Boleh pilih pilih .lagi . Sejuk . Sesuai bawak anak anak tapi tak boleh shopping .
Window ajelah :)



Ada lagi tempat yang boleh bershopping but not in my list.
Central Pasar
Factory Outlet
Sila google ye .





Wednesday, August 10, 2011

Medan Trip - 2011 - Jalan - jalan

8Sempat juga Tifa melawat sekeliling Medan sebelum Tifa balik .
Bukan apa pun , cuma ada masa lebih . Tak jalan jalan rugi pulak kan.

 Mesjid Raya
Cantik masjid ni walaupun sudah lama . Keindahan yang tersendiri . Masa kami sampai semua orang berpusu-pusu masuk mau sembahyang Zuhur . Kalau Ramadhan depan masjid ni , pak supir kata Bazar Ramadhannya sangat meriah .
















Istana Maimoon
Ada cerita disebaliknya Istana ini . Sultan sekarang berumur 13 tahun . Muda sangat kan ?
Kata penjaganya , Misteri Nusantara pernah datang sini .















Bergambar depan singgah sana.
Seorang penasihat Istana ni yang explain detail . Kata dia Mak dia ada di Istana Klang .
Farhan panggil orang tu tu MBAH .

















Meriam ni ada kisah tersendiri. Dah patah dua . Ni sebelahnya aja. 















Muzium  
Lupalah pulak nama Muzium ni . Dalam medan aje.
Sejarah Medan ni dapat diketahui jika kita ke sini . Atap muzium tu tinggi, melambangkan budaya kaum Batak . Kalau dulu kita tahu kaum batak makan orang . Tapi sekarang tidak lagi .Masa kami kemari budak sekolah je ramai. Mana ada foreigner yang melawat muzium .
Teringat zaman budak budak dahulu.
Ada juga barang barang dalam muzium tu, macam ada di muzium negara.
Menarik juga tahu tentang sejarah di tempat orang .

















So ini adalah di antara tempat yang boleh dilawati di Medan.

Tempat yang Tifa tak sempat pergi adalah
Merdeka Walk
Plan nak pergi malam tapi dah hujan .
Sempat bergambar depan hotel
















Farhan dengan ayahnya.

Click click Nuffnang