Kawan - kawan

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Genting Highland Trip

It's our happy time .
2 Day 1 Night .
Walaupun singkat tapi sangat happy.
Lagipun dekat dengan Shah Alam .
Tak payah terkejar kejar . Rasa rasa ada dalam 8 tahun Tifa tak ke sana. 1st time pergi masa bercinta. 2nd time pergi masa dah bertunang. 3rd time pi masa anak satu .
Ini nak bawak si kecil punya pasal . Ini preparation before nak ke Legoland.
Maaf ye nak , Legoland telah bertukar menjadi Genting Highland atas sebab sebab tertentu .
Insyaallah nanti kita pegi okay.Yang penting ibu dah lepaskan hajat Farhan.

Cuaca cukup baik. Agaknya rezeki kami nak ke sana. Tak hujan . Tapi Genting tak sesejuk dahulu .

Senang jer nak kejut Farhan. Sebut nak jalan terus segar . Masuk bilik air tak ada susah pun . Lagipun dalam kereta pun sangat behave . Dia tak sabar nak sampai ke sana. Asyik tanya bila nak sampai ajer.


Muka tak sabar Farhan . Kalau boleh dia nak sampai sekarang jugak . Budak budak seminggu le[as lagi dia dah bercerita.





 Pemandangan di atas . Suka tengok awan dan kabus . Tapi Genting Highland dah tak sesejuk dulu.



Kami berhenti breakfast kat Genting Sempah . Sila percaya kami bawa bekal. Hubby nak makan nasi lemak dekat dengan rumah . So Tifa siap bawak tuppaware sendiri bagi kat akak gerai tu .
Senang bawa guna tuppaware sebab malas nak cuci minyak . Lagipun makan kat kedai belum tentu rasanya menepati kehendak kita .

Sampai sampai terus ke beli tiket outdoor. Kitorang dah survey and decide ambil tiket outdoor. Sapa nak ambil all pass pun ok . Tiket outdoor RM50 for adult , RM35 for children .
Main sampai puas. Farhan super excited . Kami tukang teman . Banyak main yang family package sebab nak main sama sama . 

Time ni roller coaster tak buka . Lagipun orang tak ramai so takdelah nak beratur lama menunggu giliran . Jangan ajak aku masa budak cuti sekolah . I will not join walaupun free . Nak nak bawak sikecil .

It's time to have fun ...


Kuda ni jugak yang Farhan cari .Payah nak snap gambar dia tengok camera .

 Farhan kagum tengok orang naik buaian. Belum boleh naik lagi . Kalau tak dah lama naik .

 Space shot ....ramai sangat orang beratur.
 Ambil gambar dengan ayah masa main merry go round
 Tunggu boat nak pusing Dinosaur land
 Muka curious tengok dinosaur
Inilah dinosour tu
Telur dinosaur . Adalah 20 minit naik boat pusing dinosourland.
Yang best dinosour tu boleh bergerak gerak . Tu yang buat Farhan geli geleman.
 Turun dari boat kami jalan jalan dalam dinosourland pulak .
 Kat situ ada jambatan gantung .

 Chamworing laki bini masa naik mini train . Payah sungguh nak suruh Farhan amik gambar.
 
 Aku unofficially jadi cameraman guna iphone. Malas nak bawak DSLR aku . Macam berat ajer.
 Pirate ship kan ? Sunway lagi tegak 90 degree.
 Nak jugak amik gambar dengan singa.
 Naik monorail yang bentuk catepillar tu . Last permainan kami pada waktu siang . Sebab Farhan dah kepenatan. So we all decide to check in .

Kami dah booked bilik through online. Ambil superior deluxe. So balik balik lapo, makan maggi boleh tak ? Yelah waktu sejuk makan maggi paling best . Nasib baik aku bawak bekal maggi. Lepas kenyan tido amik nak .

Si budak ini dah landing baik . Conquer satu katil sambil minum susu.


Sambung malam pulak ....aku tak larat layan bagi hubby layan Farhan . Naik motorlah, tengok performance. Cuci mata kat kedai kedai kat situ. Ada Sale lagi .
Banyak lagi piccas kat handphone hubby waktu malam. I tak rajin nak mintak gambar kat hubby. Tunggu dia icloud gambar lambat la pulak . Cerita dah basi.

Kami pi tempat game . Bagi anak aku puas bermain sambil tak terkata.
Ibu ayah dia yang ingat lapar. Anak seronok main .
 Masa makan Farhan tertidur . Kami tapau kot kot dia bangun .
Makan kat sini almaklum mahal sikit lah dan tak banyak pilihan . Chinese style banyak . 
So kami makan di Kenny Rogers . Sejuk sejuk cepat lapar kan ? So lesson learn bawak bekalan banyak banyak :) 

The next day kami pun decide untuk balik . Breakfast kat hotel, pun tak banyak choice. So kalau nak sedap jangan banyak complain, bawak bekalan sendiri kay.....Nak pergi lagi tapi bila tinggi dia reach 122cm baru berbaloi dan dapat main sama-sama.



 So bye bye .....tamat our short vacation before ibu kije tempat baru :) Yang penting dapat spend quality time dengan anak . We try not to raised our voice during vacation and be more patient supaya Farhan happy. All the rules, masa vacation time is considerable ....:)








Friday, August 12, 2011

Medan Trip 2011- Makan - makan

Kali ni Tifa nak cerita tentang mana nak cari tempat makan.
Kalau lapar macam mana mau shopping kan ?

Famili Restoran 




















Restoran ni seberang GarudaPlaza Hotel .
So kami makan di sini 1st day masa kami sampai ke Medan.
Tifa pernah datang sini last year .
Agak jakun bila mereka hidang lauk banyak banyak .
Pilih yang nak makan aje . Yang tu kita bayar .
Yang lain tak payah bayar .
Rating harga 7/10 .
Kira sederhana lah . Tak murah tak mahal .
Rasa boleh tahan sedpanya . Kiranya bolehlah masuk tekak Melayu Tifa ni.

Teluk ibai 

*gurumi bakar


















Dalam banyak banyak Tifa suka makan ikan bakar di sini .
Harga pun berpatutan dan sedap . Free side dish lagi.
Sini makan ikan bakar dengan ayam bakar memang cun sangatlah .
Sedap betul .
Ikan Tilapia from lake toba buat bakar dan marinate.
Jus alpokat( avocado) adalah sangat sedap sepanjang Tifa duduk di sini .
Rating harga : 9/10 Murah .....

Koki Sonda
Makanan famous di sini adalah gurumi goreng ( tilapia).
Suasana nyaman sangat . 
Side dish free tau .
Rojak buat dengan ulam ulaman . 
Kami tambah dua kali .
Kangkung goreng belacan pun ada.
Restoran ini moden sikit . Pada menu ada harga . 
So bolehlah kira budget yang ada .
















 *Ulam ulaman & Rojak buah. Main menu dah habiskan dulu sebelum sempat disnap.Lapar sangat .

* Jus kedondong yang sedap.














Amalium Food Court 
Milik Garuda Hotel juga. From Garuda hotel ada shuttle bus kalau mahu ke sana. Tak sempat nak snap gambar. Tapi di sana Tifa merasa makan a bakso, my hubby makan nasi goreng pedas. Kuew teow goreng pun ada, makanan india pun ada. Banyak pilihan dan tempatnya bersih .
Masa Tifa makan, ramai yang tengah tengok bola. Masa malam yang Malaysia vs Singapura . Pada malam yang sama team indonesia pun ada game juga . Tak ingat siapa lawannya.


Option Lain , tempat ni tempat yang Tifa tak pergi tapi orang lain dah pergi .

Garuda Restoran , but no comment . Ada yang kata mahal . Tifa tak tengok lauk apa depa ambil. So tak experience tak boleh nak komen banyak banyak kan ?


Mc Donald
Ni Tifa sempat makan masa semua dah kepenatan . Sedap . Taste macam burger kampung . Rasa dia tak rasa western . Ikut tekak orang sana kot . Memang sedap :)

Hopefully my entry dapat membantu sapa sapa yang mahu ke sana

Thursday, August 11, 2011

Medan Trip 2011 - Tempat shopping yang harus anda pergi

Tempat - tempat yang harus dilawati jika ke Medan . Tifa Google cari medan.com. So from there Tifa decide mana nak pergi. Info tentang medan tak banyak dan detail . So kumpul sana sini baru jumpa.

Pajak Ikan 
















 * Tifa dah macam diorang dah. Tak larat nak shopping , tunggu kawan-kawan shopping kat kaki lima.Diorang yang menjual ni sibuk tunjuk barang jualan dia.Nasib baik tak tergoda.
Apa yang lagi dasyat, kami jumpa orang yang jual barang di Garuda Plaza. Kantoi disitu. My hubby yang perasan. Nasib baik tak beli barang diorang . Lesson learn jangan mudah terperdaya.
 
Nama je pasar ikan ,tapi sebenarnya tak ada jual seekor ikan pun.
Banyak kain baju , telekung , kain lace dan macam macam lagi .
Agak sesak keadaannya. Kalau bawak si comel , kepanasanlah jawabnya .Tapi kalau dah perempuan , panas semua tu memang tak perasan .Kat sini boleh cari tudung , tak pun nak tempah langsir datanglah ke mari . Sehari dua dah siap .Cadar pun ada .
Rambang mata dibuatnya .But, not in our budget. Kami dah buat budget siap siap so lain kali ajelah ye.

Medan Plaza







 *Boring tunggu ibu dia, Farhan sudah bukak kipas dia






Sale gila - gila gila . Diskaunnyer toksah cakap .
Brand yang besar besar tu adalah . Tapi materialnya sangat cantik dan berkualiti.
Tifa dah pergi tahun lepas , sebab tu la tulah Tifa datang lagi .
Tempat makan Esteler pun ada di sini . 
Dunkin donut ada ditingkat paling bawah .Tiga jam shopping kat sini tak cukup .

Medan Fair Plaza 
Di sini ada Carrefour dan jugaMatahari yang lebih  besar compare to Medan Plaza.
Tu yang susah sikit nak control anak anak .
Kat sini lagi besar lagi ramai orang .
Tifa and hubby sambar seluar Levis sorang satu . Original hokey tapi harganya murah bangat.
Depends pada orang .Kalau Tifa suka ke Matahari di Medan plaza. Sunyi sikit .Bag laptop pun Tifa beli . Cik abang yang suka tapi dia belikan untuk wifey dia .
Tengs .

Sun Plaza
 * Sini ada playground. So budak budak boleh bermain.
 * Farhan dah tertidur dah masa ni . 3 jam tu.





 * Ini acara wajib, self camera









Sun Plaza ni high class punya shopping complex. Sekadar cuci mata. Ada playground. Dapat lepak di Starbucks cuci mata sementara si comel tidur .
























 * Di Sun Plaza si kecil still tidur. Kami gilir gilir dukung . Farhan kalau nak tidur, mana mana pun jadi.













Perhati orang lalu lalang .
Tengok baju apa depa pakai .Bag apa depa pakai .
Usha pun jadi.
Sogo dia tak macam sogo kita .
Takut nak masuk .
Cuci mata aje .
Berjuta juta rupiah harganya .  
Kalau convert lebih kurang di sini .
So cuci mata cukup . 
Nak shopping , baik shopping di Malaysia.
Tempat makan banyak kat sini .
Boleh pilih pilih .lagi . Sejuk . Sesuai bawak anak anak tapi tak boleh shopping .
Window ajelah :)



Ada lagi tempat yang boleh bershopping but not in my list.
Central Pasar
Factory Outlet
Sila google ye .





Wednesday, August 10, 2011

Medan Trip - 2011 - Jalan - jalan

8Sempat juga Tifa melawat sekeliling Medan sebelum Tifa balik .
Bukan apa pun , cuma ada masa lebih . Tak jalan jalan rugi pulak kan.

 Mesjid Raya
Cantik masjid ni walaupun sudah lama . Keindahan yang tersendiri . Masa kami sampai semua orang berpusu-pusu masuk mau sembahyang Zuhur . Kalau Ramadhan depan masjid ni , pak supir kata Bazar Ramadhannya sangat meriah .
















Istana Maimoon
Ada cerita disebaliknya Istana ini . Sultan sekarang berumur 13 tahun . Muda sangat kan ?
Kata penjaganya , Misteri Nusantara pernah datang sini .















Bergambar depan singgah sana.
Seorang penasihat Istana ni yang explain detail . Kata dia Mak dia ada di Istana Klang .
Farhan panggil orang tu tu MBAH .

















Meriam ni ada kisah tersendiri. Dah patah dua . Ni sebelahnya aja. 















Muzium  
Lupalah pulak nama Muzium ni . Dalam medan aje.
Sejarah Medan ni dapat diketahui jika kita ke sini . Atap muzium tu tinggi, melambangkan budaya kaum Batak . Kalau dulu kita tahu kaum batak makan orang . Tapi sekarang tidak lagi .Masa kami kemari budak sekolah je ramai. Mana ada foreigner yang melawat muzium .
Teringat zaman budak budak dahulu.
Ada juga barang barang dalam muzium tu, macam ada di muzium negara.
Menarik juga tahu tentang sejarah di tempat orang .

















So ini adalah di antara tempat yang boleh dilawati di Medan.

Tempat yang Tifa tak sempat pergi adalah
Merdeka Walk
Plan nak pergi malam tapi dah hujan .
Sempat bergambar depan hotel
















Farhan dengan ayahnya.

Click click Nuffnang