Kawan - kawan

Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Medan Trip 2011 - Tempat shopping yang harus anda pergi

Tempat - tempat yang harus dilawati jika ke Medan . Tifa Google cari medan.com. So from there Tifa decide mana nak pergi. Info tentang medan tak banyak dan detail . So kumpul sana sini baru jumpa.

Pajak Ikan 
















 * Tifa dah macam diorang dah. Tak larat nak shopping , tunggu kawan-kawan shopping kat kaki lima.Diorang yang menjual ni sibuk tunjuk barang jualan dia.Nasib baik tak tergoda.
Apa yang lagi dasyat, kami jumpa orang yang jual barang di Garuda Plaza. Kantoi disitu. My hubby yang perasan. Nasib baik tak beli barang diorang . Lesson learn jangan mudah terperdaya.
 
Nama je pasar ikan ,tapi sebenarnya tak ada jual seekor ikan pun.
Banyak kain baju , telekung , kain lace dan macam macam lagi .
Agak sesak keadaannya. Kalau bawak si comel , kepanasanlah jawabnya .Tapi kalau dah perempuan , panas semua tu memang tak perasan .Kat sini boleh cari tudung , tak pun nak tempah langsir datanglah ke mari . Sehari dua dah siap .Cadar pun ada .
Rambang mata dibuatnya .But, not in our budget. Kami dah buat budget siap siap so lain kali ajelah ye.

Medan Plaza







 *Boring tunggu ibu dia, Farhan sudah bukak kipas dia






Sale gila - gila gila . Diskaunnyer toksah cakap .
Brand yang besar besar tu adalah . Tapi materialnya sangat cantik dan berkualiti.
Tifa dah pergi tahun lepas , sebab tu la tulah Tifa datang lagi .
Tempat makan Esteler pun ada di sini . 
Dunkin donut ada ditingkat paling bawah .Tiga jam shopping kat sini tak cukup .

Medan Fair Plaza 
Di sini ada Carrefour dan jugaMatahari yang lebih  besar compare to Medan Plaza.
Tu yang susah sikit nak control anak anak .
Kat sini lagi besar lagi ramai orang .
Tifa and hubby sambar seluar Levis sorang satu . Original hokey tapi harganya murah bangat.
Depends pada orang .Kalau Tifa suka ke Matahari di Medan plaza. Sunyi sikit .Bag laptop pun Tifa beli . Cik abang yang suka tapi dia belikan untuk wifey dia .
Tengs .

Sun Plaza
 * Sini ada playground. So budak budak boleh bermain.
 * Farhan dah tertidur dah masa ni . 3 jam tu.





 * Ini acara wajib, self camera









Sun Plaza ni high class punya shopping complex. Sekadar cuci mata. Ada playground. Dapat lepak di Starbucks cuci mata sementara si comel tidur .
























 * Di Sun Plaza si kecil still tidur. Kami gilir gilir dukung . Farhan kalau nak tidur, mana mana pun jadi.













Perhati orang lalu lalang .
Tengok baju apa depa pakai .Bag apa depa pakai .
Usha pun jadi.
Sogo dia tak macam sogo kita .
Takut nak masuk .
Cuci mata aje .
Berjuta juta rupiah harganya .  
Kalau convert lebih kurang di sini .
So cuci mata cukup . 
Nak shopping , baik shopping di Malaysia.
Tempat makan banyak kat sini .
Boleh pilih pilih .lagi . Sejuk . Sesuai bawak anak anak tapi tak boleh shopping .
Window ajelah :)



Ada lagi tempat yang boleh bershopping but not in my list.
Central Pasar
Factory Outlet
Sila google ye .





Wednesday, August 10, 2011

Medan Trip - 2011 - Jalan - jalan

8Sempat juga Tifa melawat sekeliling Medan sebelum Tifa balik .
Bukan apa pun , cuma ada masa lebih . Tak jalan jalan rugi pulak kan.

 Mesjid Raya
Cantik masjid ni walaupun sudah lama . Keindahan yang tersendiri . Masa kami sampai semua orang berpusu-pusu masuk mau sembahyang Zuhur . Kalau Ramadhan depan masjid ni , pak supir kata Bazar Ramadhannya sangat meriah .
















Istana Maimoon
Ada cerita disebaliknya Istana ini . Sultan sekarang berumur 13 tahun . Muda sangat kan ?
Kata penjaganya , Misteri Nusantara pernah datang sini .















Bergambar depan singgah sana.
Seorang penasihat Istana ni yang explain detail . Kata dia Mak dia ada di Istana Klang .
Farhan panggil orang tu tu MBAH .

















Meriam ni ada kisah tersendiri. Dah patah dua . Ni sebelahnya aja. 















Muzium  
Lupalah pulak nama Muzium ni . Dalam medan aje.
Sejarah Medan ni dapat diketahui jika kita ke sini . Atap muzium tu tinggi, melambangkan budaya kaum Batak . Kalau dulu kita tahu kaum batak makan orang . Tapi sekarang tidak lagi .Masa kami kemari budak sekolah je ramai. Mana ada foreigner yang melawat muzium .
Teringat zaman budak budak dahulu.
Ada juga barang barang dalam muzium tu, macam ada di muzium negara.
Menarik juga tahu tentang sejarah di tempat orang .

















So ini adalah di antara tempat yang boleh dilawati di Medan.

Tempat yang Tifa tak sempat pergi adalah
Merdeka Walk
Plan nak pergi malam tapi dah hujan .
Sempat bergambar depan hotel
















Farhan dengan ayahnya.

Tuesday, August 9, 2011

Medan Trip 2011

Before Ramadhan menjelma, Tifa pergi ke Medan .
Kalau last year pergi dengan officemate, tapi tahun ni Tifa angkut family dan juga kawan kawan.
Book ticket masa ticket Air Asia murah hari tu .
So sempatlah ajak kawan kawan sekepala untuk pergi sama sama .
Cuma sorang aje ketinggalan  bas sebab pregnant . So sis, terpaksalah ditinggalkan tunggu deliver kita plan ke tempat lain pula ye :)





*Pinjam anak orang nak posing .







Inilah juga trip Farhan yang pertama naik flight .
Dia excited. Biasa tengok dari bawah , tapi this time dia ada kat atas.
Dalam flight, tak reti nak  duduk diam. Bila penat habis susu satu botol.

Yang penting Tifa dah jaga perut si Farhan ni.
Susu cukup makan cukup tak adalah dia mengamuk .
Disebabkan dia cukup kekenyangan, dia boleh tidur kat bahu mak bapak dia selama tiga jam.
Lenguh juga tangan ni sebab kena tampung berat Farhan . Faham - fahamlah , budak debab. Mak ayah size s .
Tapi tak kisahlah kan .
Asal hajat kami nak shopping sampai.



 * Rombongan Mak Temah .









Ada juga yang tanya , kenapa Medan , tak ke Bandung atau ke Jakarta? 
Sebab last year Tifa pergi tak habis round . Itu pun one day trip aje .
So bagi nak puaskan hati kami ambil tiga hari.

So trip kali ni Tifa ambil 3 hari 2 malam. Itu pun tak cukup .
Tema cuti kami adalah bershopping sahaja .
No Lake Toba , No lah Berastagi .
Walaupun kalau pergi Medan , tempat itu adalah tempat yang wajib pergi.
Bawa budak budak untuk trip naik kereta dua tiga jam , memang tak larat . Lagipun bukan tempat kita . Tunggu Farhan besar sikitlah baru datang lagi.
Kalau korang tanya Tifa , Tifa tak tahu ye ...
Kalau tanya shopping kat Medan kami dah khatam :) 

Kami tidur di Garuda Plaza. 
Nice place . Harga kira sederhana. Around RP 371, 000 satu malam.
Tengah bandar senang nak ke sana sini .
Itupun selepas direcommend oleh pak supir yang bawa kami jalan - jalan .
So Pak Supir yang bawa kami jalan jalan di recommend oleh kenalan kami .
So tak ada problem tipu ke apa ke ..semua settle....
Kami bayar RP 500, 000 sehari naik Innova.
Tifa naik dengan my friend yang bawak anak kecil .
So senang if anything . Kami bahagi lah transportation fee tu .
Nak pergi ke mana pun mereka akan bawa.

Ada juga suggestion from Pak Supir , tapi ada yang kami tapis , sebab kami dah pernah datang sini .
Mereka pun cari makan . Dah confirm mereka nak bawa ke tempat yang dapat komisen .
Mula mula kami ikutkan aje , lama lama, kami rasa macam buang masa, so kami pun decide untuk ikut plan yang kami rancang .

For this Medan trip , Tifa book hotel melalui internet .
Buat survey mana yang murah baru beli .
Kira rate yang Tifa dapat agak murah compare tu direct book bila sampai .
Best juga Garuda Plaza Hotel ni sebab makanan dia dijamin halal . 
So tak takut lah kan .
Tapi makanan dia nak kata sedap, biasa aje , cukuplah untuk mengalas perut .
Syukur . Sempat lagi kami urut refleksologi pada malam kedua kami di sini . RP 50,000.
Kalau convert duit kita dah kira untung .

Suasana di sini berbeza dengan Malaysia .
Hati hati . 
Kalau bermurah hati sangat , adalah yang ikut kita ke mana kita pergi .
Agak rimas. 
Tapi nasib baik bawa en hubby . Kurang sikit takut .


Tip nak shopping kat Medan ni , 

Please buat comparison sebelum beli - Jangan main beli aje tau sebab walaupun kita rasa murah, sebenarnya harga dia lagi murah . Sebab dia tau kita foreigner, sebab tu harga jadi mahal .
So sila tawar menawar .Manalah tau kalau rezeki kita baik dapat harga yang berpatutan.

Oklah sambung lagi di next entry .

Monday, March 1, 2010

Sakit tekak ...

Bila sakit tekak ...
Tak de selera makan 
Tak de mood nak bercakap ...
Tidur pun tak selesa.
Rasanya bengkak tekak kot + kemerahan 
Ada orang kata kumur air garam....
Sakit kepala ...tak de mood nak buat housework...
Sian Farhan , ibu tak larat .
Main la dengan makcik ko ye...

Saturday, February 27, 2010

Aktiviti masak lepas tu makan

This week ibu tak ke mana .
Cuma sibuk masak masak lepas tu makan sendiri.
Memang ternak lemak la cenggitu .
Tapi tak juga bila buat housework berpeluh jugak ibu :)1
Yelah ayah punya aktiviti minggu ini adalah service kereta.
Service kereta bukannya sekejap...Lama bukan main.
Tak kuasa la ibu ikut panas panas cenggini + Kalau Farhan mengamuk.
Tak ke haru biru .

Minggu ni menu kami ialah :

Mee goreng - Ayah kata ibu masak kering sikit tak macam before this :)
Sambal telur 
Ikan goreng 
Sayur goreng 
Masak lemak daging salai 
sambal kentang 
iakn goreng 
jerabu tauge

Ok la walaupun mood ibu untuk memasak tak berapa nak datang . Tak tau mengapa :)
Melayan Farhan lagi satu ke hal .
Nasib baik ada aunty aunty dia kat rumah .
Bolehla ibu masak serba sedikit :)

Monday, February 22, 2010

My huru hara weekend

Weekend ni berakhir juga .
Hari  Sabtu ibu join my company bowling activities. Untuk orang orang peremuan.
Selepas 2 tahun tak main any games.
Baru lah ibu terhegeh hegeh nak main.
Walaupun tak menang tapi ibu have fun.
Ibu angkut Farhan sekali.

Tapi tragedi haru biru berlaku.
Ayah hantar ibu pi tempat bowling diadakan.
Tengah tengah jalan tu, keretaku buat hal.
Engine mati tengah bawka kereta.
Cuak seh .
Bila cuba start balik tak mahu.
Stranded tengah jalan.
Nasib baik masa banyak lagi .
Terus tahan teksi.
Sian ayah .
Terpaksa tunggu orang tarik kereta tu.

Balik balik baru tahu puncanya adalah timing belt putus.
Ayah lupa nak tukarla tu.
So banyakla part yang perlu diganti.
Macam tahu tahu je.
Nasib baik plan ke Seremban batal.
Kalau rosak on the way ke Seremban, tak tau nak buat apa.
Kereta wiraku itu tak pernah buat perangai sejak awal dibeli.
Dah 10 tahun tau.
Ni 1st time.
Mungkin ada hikmahnya :) Kata ayah.

Tuesday, February 16, 2010

Hari berada di rumah ...

This long weekend, ibu bawa Farhan balik kampung walaupun it is a really long journey .
2 jam 1/2 jadi 5 jam woo..Farhan pun mengamuk tak larat duduk dalam kereta.
Memang tak expect pun .
Tak pe la ...asalkan Farhan dapat jumpa atuknya.
Atuk n wan punya pasal kami okay aje.....

So today , we all duduk rumah sahaja...Farhan demam lagi . So bad.
Kasihan kami tengok dia. Farhan pada malam nya sangat tension dengan hidungnya yang tersumbat .
Tapi waktu siang aktif semacam aje.
Makan ubat sudah sangat susah .And baru ibu tahu got a lot of different with ubat hospital kerajaan yang free dengan ubat klinik swasta.
Sangat pahit...patut la Farhan tak mau .
Nak tak nak kami terpaksa bagi juga....since masa kat kampung tu tak ada klinik swasta yang buka...
Orang kuala lipis beraya sakan ...

Ayah pula semangat nak pergi kerja ...tup tup bank and hq tuup lagi woooi.
Ayah balik rumah terus ibu gelakkan dia...
Ishh..sebenarnya bagus semangat yang begitu ..
Ye la kan orang kerja sendiri ...ihihi ....

Tak pe ayah boleh la spend masa ngan Farhan kan ?

So ibu isytiharkan hari ini adalah mode kemas rumah ...Banyak baju yang berlambak ...sape nak lipat ? Tentulah ibu ...:)

Friday, February 12, 2010

Selamat Bercuti


Cuti panjang weyh!!
Bestnya....
Nak rehat banyak2,,,
Farhan neneknye jaga la ...balik kampung mode ....
Jaga diri bebaik ye semua....
Lepas cuti Tifa sambung berblog lagi k ....

Sunday, January 10, 2010

Fun SATURDAY , bORING sUNDAY


On saturday , kami pagi pagi lagi sudah bangun...
Ibu bawa Farhan pergi my company family day .
Ibu and Farhan have fun . Ayah send kami to the family day since ayah kerja .
Nanti ayah datang balik :)
So ibu pun cepat cepat call my sistes to join the club :) Farhan pun tak boring .Ada orang melayan dia. Asyik tengok muka ibu je boring jugak dia :)




Banyak betul aktiviti yang dijalankan sampai ibu dan ayah tak tahu nak pilih yang mana.

Favorite ayah adalah watch the drive performance.










Ibu sangat happyla. Ayah layan je mana ibu nak pergi. Since this is my day :)
Ibu teman ayah lawat kilang and so on . Dah lama dia nak pergi tapi belum ada peluang. Bila dah ada peluang ni kami grab. Farhan pun join juga.
Ke hulur hilir ibu bawa dia. Sampa dua tiga kali dia tertidur :)



Farhan with Barnie :) EveRy saturday Farhan watch this program.










Bila ayah jumpa balik kami pada tengah hari, macam macam Farhan "cerita" kat ayah .Seronok betul Farhan bila nampak ayah .
Ibu tunggu upin dan ipin tapi sampai balik pun tak jmpa kerana kami balik awal .Kesian kat Farhan because Hari semakin panas.

But on Sunday was our boring day. Tak dapat pergi jalan jalan . Ayah pergi kursus hari ini . Kami stay at home dan Farhan cari ayahnya :(

Monday, January 4, 2010

Kemaskini laptop

Hari ini ibu terpaksa ambil cuti . Babysitter Farhan nak hantar anak dia pi sekolah.
Ok la tu since ibu pun dah lama tak ambil cuti.
Sambil berehat rehat dan mengemas rumah .

Lagi satu dah lama ibu tak menegemaskini data yang ada dalam laptop. Since adik adik pun menggunakan laptop ini macam macam yang ada dalam laptop ku ini .
*Patutlah lembab aje laptop ku ini . Macam macam benda yag tak perlu telah di download. Kebanyakannya benda benda segala haram jadah yang ibu tak pakai tersimpan di laptopku ini.

iBU masak sambal udang untuk tambah tambah lauk yang ada lagi smalam. Ayah tak pergi kerja lagi weih.
*Mentang mentang kERja sendirI .sO work at home la. Ayah settlekan proposal n presentation kat umah .Petang nanti baru jumpa klien .Best nye kalau ibu dapat buat cenggitu. Berangan ajelah .

Sunday, January 3, 2010

Penat lagi...

Penat smalam x abis lagi .

Actually ibu nak ajak ayah pi Aquaria . Ayah kata x payah . Rehat kat rumah . Kang dia kata mula la dengar ibu complain . Penatlah walaupun tak buat keje apa apa pun .

So kami pun duduk di rumah .

Melayan kerenah anak lelaki seorang itu . Bagi dia makan puas - puas.

Pagi pagi lagi kami sudah ke pasar at stadium melawati tu . 

Beli lauk nak masak tengah hari ni . Ayah mengidam nak makan pecal ikan pari macam mak dia masak .My mother in law memang pandai masak masakan jawa. Menantunya ni pun memang suka makan makanan jawa. Memang kalau makan jadi orang last skali la bangun :) Tak senonoh betul .

Balik layan Farhan sekejap , then masak masak .Dah siap masak sedar sedar dah pukul tiga .* Makan ke lunch .

Ayah kata patutla perut dia pedih semacam . Rupanya dah nak petang .Kami tak sedar pun sebab banyak kerja rumah yang perlu di buat .Yela weekday mana ada masa nak buat semua tu .Kalau ada pun spend masa dengan Farhan .

So komen masakan ibu , ayah kata ok tapi ada lain skit.Nasib baik !!!!

Siapa la nak puji masakan kita kalau tak suami sendiri kan ??

Lepas ni ibu mesti bersemangat untuk rajin masak . Lagi pun Farhan kalau dah besar mesti nak besar mesti nak makan macam macam.

Monday, December 28, 2009

Weekend sudah berakhir

1. Project kemas rumah
Alamak nampaknya x berapa sempat. Sebab ibu sibuk memasak , melayan Farhan dan macam - macam lagi . (Adakah inis atu alasan ? )
I
2. Shopping

Berjaya shopping baju ayah ...sanagt seronok kerana bukan mudah nak paksa ayah "bershopping " . Ayah memang susah nak pilih baju ni . Nak kena dengan gaya n umur jugak betul tak?
Ayah berminat dengan spek Ray Ban tapi dia tak jadi beli pula . Sayang duit la tu .Ayah ni kalau duit sendiri memang sayang dia nak guna. Kalau untuk wife n anak di atak lokek pulak .Alahai...

3. Tengok wayang

X berjaya. Lagipun x tau nak tengok citer apa. Banyak sangat citer x tau apa nak pilih . Lagipun plan telah bertukar secara besar besaran.

4. Masak memasak

Hari Jumaat makan di rumah ibu . Hari sabtu berkampung di Putrajaya since mak nak tidur sana pula.
Kami masak ayam kampung , bbq , sambal udang , sayur goreng, dan macam macam lagi . Memang pulun habis habisan sampaikan ayah kata dah tak mau makan nasi . Kami makan roti sahaja semalam . Percaya tak ??

5. Menyumbat fARhan

Farhan memang seronok makan . Aunty auntynya sangat rajin menyuapnya. Ibu pun senang .Sekali makan dua mangkuk .Nasib baik dia nak makan .

6 . Wedding ??

X pi wedding tu .Sebab mak ngan abah dah ada kat rumah. :(


7. Pi airport

Ibu pergi airport tapi sampai lambat. Hujan sangatlah lebat . Sempatla say goodbye to him . Bye bye Ayer .Semoga bergembira di samping isteri tercinta.Sumer orang sangat kuat dan tiada siapa pun menangis .

8. Project Direct Breast feed

Ni project yang sangat berjaya . Si kecik Farhan memang sangat suka minum susu ibu . Dia sangat manja okay .

9. Jumpa kawan /client ayah .

Ibu teman ayah jumpa client di Subang Parade. His client ni actually menghidap hepatitis. Doctor sahkan dah stage 4 . Hanya menunggu saat saat...Mereka sangat tabah dan redha menghdapinya. Sedih sungguh ibu .Sayu bila mendengarnya.Ayah sangat sedih as a friend and merangkap clientnya. He will fight for the insurance claim untuk masa depan isteri dan anak his friend. Insyaallah.
Moral of the story , kita kena bersedia dan ready dengan musibah yang bakal terjadi . So ayah dah insuredkan kami sumer .Kata orang sediakan payung sebelum hujan.

10. Jalan- jalan uptown shah alam.

1st time pergi Uptown shah alam .Memang rambang mata tak tau nak beli apa . Dalam begitu pun ibu dan ayah sambar jam satu sorang . Farhan ?
Wan nyer jaga.Diorang bagi kami peluang berdating .


Weekend ini sungguh busy tapi kami tetap gembira...Rupanya banyak jugak aktiviti yang ibu n ayah buat ...x kusangka...rasa malas nak masuk kerja.

Thursday, December 24, 2009

Cuti ...

Program cuti minggu ni ...
Macam - macam ada di kepala ibu .

1. Project kemas rumah

Ibu akan mengerah tenaga my siblings yang pompuan pompuan tu .Actually depa dah start mengemas pun. Tq ya. Tinggal nak kemas my accesories n bag bag yang melambak lambak tu . Nak asingkan sama ada nak let go kat diorang atau nak simpan . Yang ibu suka confirm ibu simpan. Baju baju pun begitu . Since ibu dah tukar penampilan , so baju baju yang ketat ketat tu x kena bagi kat adik la tak pun kena gayakan dengan kardigan .

2. Shopping

Ajak ayah shopping sikit2. Ikut budget yang ade lorrr....Since ibu x banyak long sleeve , terpaksala cari satu dua buat sementara. Tengah tengok tengok mana yang sesuai di mata ayah . Ayah adalah ibu nyer fashion advisor n ibu adalah fashion advisor ayah . Kalau sedap di mata ayah ibu pun dah ok lor...

3. Tengok wayang

Tak tau lagi nak tengok citer ape. Bergantung kepada ayah . Ibu follow je . Yang penting malam coz ibu nak masak memasak di waktu siang . To be confirmed later. Farhan ..kena tinggal ngan makcik makciknya . Bagila can kat ibu ngan ayah ko ye,,,

4. Masak memasak ..

Ini wajib since ayah x suke makan kat luar sangat . So ibu akan ke pasar n masak untuk ayah . Mesti ayah suke. Masak asalkan pedas. Tgk pikir ape resepi ...

5. Menyumbat fARhan

Ini of course. Since anak ibu suka mamam ..ibu akan masak yang sedap untuk Farhan . X sabar rasanya sebab apa yang ibu bagi Farhan tak kan menolak .

6 . Wedding ??

Tak tau lagi sebab mak datang umah . So terpaksalah ibu bincang ngan ayah dulu .Ada wedding my friend sama sama blajo kat sungai buluh .

7. Pi airport

Ni wajib since my brother kena pi ikut his wife at Aberdeen . Tak tau la bila dia nak come back to Malaysia. Semua adik beradik campur makcik pakcik sibuk nak pi nganto.

8. Project Direct Breast feed

In wajib since demand daripada Farhan dah berganda ganda. Ibu kena wajibkan Farhan mengemping. Main main jugak, Nak minum cari ibu ye...

Agak busy jugak cuti kali ni tapi mmg besh la sebab ada ramai orang kat umah .Farhan pun hepi jugakla kan sebab ada orang main ngan dia. Nanti ibu snap beberapa gambar untuk tatapan sumer ye.....
So stamina pun kena tinggi kerana aktiviti aktiviti yang memerlukan masa yang lama.

Selamat bercuti !!!!

Monday, December 21, 2009

Hari Bergembira

Mari bergumbira mode. X delah gembira sangat just hujung minggu nie ibu decide nak keluar dari rumah hari Ahad. Alang2 ayah nak jumpa consultantnya di Midvalley, ibu ambil masa keluar bersama-sama my siblings. 4 orang semuanya . Memang cukup korum and ditambah pula dengan anak buah yang sudah banayk cakap itu .Siapa lagi kalau tak Farhan

Seronok Farhan makan-makan , jalan jalan , dan dia cukup tertarik melihat lampu lampu di shopping compleks itu . Sungguh menarik perhatiannya. Mengomel aje sambil jalan2. Bila keletihan , Farhan tertidur sambil di'angkut oleh ibu .ahahah
Pakai carrier . Kami bergilir-gilir mengangkat Farhan kerana sudah tidak larat . Pakai stroller lagila dia tak mahu.
Ambil gambar dengan pokok kismas. Tidak ada maksud untuk menyambut krismas okay . Cuma kerana pokok itu cantik .
Kami sangat gembira !!!!
Posted by Picasa

Sunday, December 20, 2009

Santai2 di hari Sabtu

Hari Sabtu ni memang betul-betul santai lah .....tak buat apa apa pun kecuali memasak .
Pagi-pagi lagi ibu dah ajak ayah pergi pasar borong klang . Memang sangat murak okay kalau nak compare dengan pasar malam and yang paling penting fresh.
Ibu masak ikan terubuk bakar , jantung pisang , dan yang paling penting adalah jodohnya iaitu budu. Sedap tak ????
Ibu pi kenduru kawin kawan masa belajau kat kat Korea dulu . Ramai kawan2 ibu jumpa . Farhan ibu tinggal dirumah since dia pun boleh dijaga oleh makcik makciknya itu .
Ibu rasa Farhan sungguh happy main dengan aunty auntnya itu sehinggakan Farhan pecah rekod tak tido. Lantak la Farhan . Tapi malamnya nak tido bukan main susah. Merengek rengek pulak tu .

Thursday, October 22, 2009

Wan nak datang rumah!!!

cSemalam, mak nak datang rumah ibu but since ayah ada kerja nak buat di waktu malam ,terpaksalah membatalkan hasrat nak menghantar mak ngah Farhan ke KLIA. Mak beriya2 ajak , bukannya apa mak nak jumpa cucunya bukan nak jumpa anaknya. Ini mesti kes rindu nak jumpa Farhan.Mak Jan kata x yah la pegi sebabnya malam2 drive sorang sorang bukan ke bahaya. Betul tak ?
Tapi, Abah pesan kat mak , dah alang alang sampai shah alam pi la tengok Farhan ..... So Farhan malam ni adala yang nak meneman dia main .....Ibu plak nak order ape ye kat mak ....x sabar nih ....eheheh ....

Click click Nuffnang