Kawan - kawan

Monday, March 19, 2012

balik kampung

Last week kami balik Sabak Bernam . Semua adik beradik hubby balik kampung . Kumpul ramai ramai best sh rendah satu rumah dek suara budak budak . Suara Farhan paling riuh rendah . Anak seorang macam anak sepuluh riuhnyer .
Aktiviti  kat kampung kalau tak makan makan memang tak sah . Setiap waktu masak lepas tu makan , lepas tu masak balik lepas tu makan . Mana tak bulat maknya ni. Sambil duk kat dapur jenguk jenguk Farhan kat depan . Dia tak heran sebab rami sepupu dia, kawan gaduh , kawan main , kawan layan dia bercakap. So dia tak kisah pun mak dia tak ada depan mata dia .
Sempat jugak singgah Sungai Besar petang sabtu , cuci mata dan beli kain baju melayu Farhan .Maknnyer pun beli inner tudung kat sini . Rembat brooch . Teman kakak ipar beli baju cantik kat boutique kat kampung . Murah jugak harganya . Farhan mintak ultraman . Sempat jugak pusing pekan sugai besar cari. Akhirnya jumpa 15 hengger jugak tu .Selagi tak beli , selagi itu dia mintak kat ibu dan ayah . Belikan jugak lah . Sebenarnya, dah lama dia mintak , tapi tak belikan jer . Malas nak ajar. Ni dah tak tahan dengar dia ulang ulang cakap . So sebab 15 hengget belikan ajerlah :)
This time tak sempat nak jenguk pantai BNO . Ada jugak teringin nak makan mi udang . Biasa kami dok tepi pantai sampai makan aiskrem .Tapi sebab kami batuk, batalkan ajer lah niat singgah ke pantai.
Banyak betul bahan nak buat sambal goreng . Kerja yang renyah tapi time makan sekejap jer habis :)
Balik kampung sampat shopping :)
Mak yang shopping anak anak bapak bapak lepak kat luar kedai :)

No comments:

Click click Nuffnang