Kawan - kawan

Tuesday, December 20, 2011

Farhan & Toilet train

Semalam masa Tifa ambil Farhan, Tifa Nampak Farhan tak pakai pampers.

So Tifa tau Mak Mun mula balik Toilet Train Farhan selepas demam.

Mak Mun mengambil inisiatif sendiri untuk toilet train Farhan .

Ada budak yang Mak Mun jaga 2 tahun dah dia toilet trainkan .

Menjadi jugak . Budak perempuan .

Sekarang turn Farhan . Lambat sikit tapi still ok .

Sepuou sebaya dia dah pandai nak buang air sendiri . Yelah kan mak dia sendiri jaga.

Macam kita yang ada babysitter ni , kalau tak ada inisiatif daripada dia nak harapkan sapa lagi kan ?

Tifa tinggal continue jer .

Dia boleh tahan sampai ke petang .

Every one hour , hantar Farhan pergi toilet .

Kalau dia tak mau buang air kecil “ tak keluar la ibu “

Sabar je la .

Tapi ada juga sekali dua dia terkucil .

Anyway , Tifa rasa cubaan yabg sangat bagus .

Jimat pampers .

Tapi dia malu nak cakap kalau dia terkucil .

Kalau terkucil apa susah cucikan ajer.

Tapi nak berak still he needs pampers.

Geli kot .

Tapi kat rumah dengan Tifa nak buang air besar dia boleh cakap.

So Tifa ajar dia guna mangkuk tandas .

Sebab dia tend to follow what adult do, so dia senang nak terima arahan.

Kalau buang air kecil dia nak cuci sendiri .

Hubby memang rajin bab bab ni . Kat rumah hubby yang tolong toilet trainkan Farhan .

Ye lah dia kan lelaki nak lelaki jugak uruskan dia sebab dia dah pandai malu malu kucing .

Tak mau ibu buat semua tu .

Tak sangka Farhan dah 2 tahun 8 bulan .

Rasa macam baru semalam dia lahir .

No comments:

Click click Nuffnang